Link : http://www.youtube.com/watch?v=bjo9y3nYj8o
Kitab mana yang dirujuk, hadis mana yang diteladani, dalil apa yang dipakai sehingga ada pihak yang sanggup menghidangkan tarian wanita di khalayak ramai lebih-lebih lagi kepada para bakal ulamak mahasiswa Islam Al Azhar.Kejadian ini mungkin tidak menjadi hal dan isu sekiranya penontonnya semua wanita atau gadis. Fikirlah sendiri!
Apakah atas nama kebudayaan anda sanggup membiarkan ibu, kakak ,adik atau isteri anda berdansa mengiburkan orang ramai. Bagi orang yang tidak faham tentang keluhuran Islam pasti fenomena ini biasa sahaja tetapi cuba bayangkan ia dihidangkan buat bakal ustaz dan ustazah.
Darurat sangatkah sehingga atas nama budaya kita merelakan gadis muslimah kita berdansa, berlenggang-lenggok punggung dan kepala mempamerkan kelembutan gemalai susuk tubuh di khalayak ramai.Apakah dengan mengenakan tudung dan berpakaian sopan sudah dianggap melepasi syarat, hukum dan tatacara berbudaya menurut Islam.
Siapa yang ajar? kitab fekah mana yang dirujuk untuk mengharuskan pengeksploitasian gadis atau wanita muslimah atas nama budaya ini.Bukankah kita perlu berbudaya mengikut Islam bukan Islam terpaksa mengikut kehendak budaya kita.
Bukankah jalan yang lebih selamat boleh difikirkan untuk wanita berbudaya misalnya persembahan tarian tersebut hanya dipersembahkan kepada penonton wanita muslimah sahaja. Islam amat bertoleransi dalam semua hal namun kita yang ambil kesempatan memandang mudah dalam segala hal, kononnya atas nama kesederhanaan.
Bukan sederhana namanya kalau begitu, sudah terbalik menjadi songsang.
Sepatutnya ulamak harus begini
Peranan bakal ulamak sepatutnya ialah mewarisi kerja Nabi Muhammad SAW melaksanakan proses Islamisasi budaya. Bakal ulamak perlu mewarisi kerja nabi mengislahkan budaya jikalau kita memang sayangkan budaya bangsa. Sayangkan budaya bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang mencampur adukkan maksiat dalam sebarang program yang dianjurkan. Malah ia menyalahi konsep kesederhanaan dalam Islam bahkan melampaui batas tatasusila berbudaya sebagai bangsa nusantara yang begitu lama memahami Islam sejak zaman berzaman.
Ingatlah! jikalau bertudung sekalipun wanita muslimah tetap tidak sama sekali akan dianggap manis berakhlak jika tergedik gedik menari dihadapan lelaki yang sentiasa memandang. Apakah kita terlalu dangkal untuk memahami kemuliaan yang sebenarnya yang harus kita letakkan kepada muslimah kita.
Membiarkan muslimah walaupun bertudung bergencok di hadapan lelaki yang bukan mahram hukumnya tetap haram. Ia sebenarnya tidak jauh konsepnya dengan tarian penari wanita gelek Mesir yang hanya membezankan hanya ialah pakaian dan cara tari yang lebih nampak bersopan namun yakinlah ianya tidak lebih dari itu. Apakah betul untuk menanggapi bahawa dengan mengenakan tudung di kepala kita sudah diharuskan melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan adab Islam. Apakah ia menepati usaha Islamisasi budaya yang harus kita warisi dari manhaj kenabian.
Bukankah nabi mengislamkan dua perayaan Musyrikin Mekah yang penuh dengan maksiat, nabi menghalang wanita menari di khalayak ramai sambil lelaki bertepuk dan bersiul memuji dan memuja, budaya penyair yang memuja wanita dalam bait syair mereka, arak menjadi hidangan, semuanya nabi Islamkan menjadi amalan yang baik dan bernilai ibadah.
Ingatlah! bertudung bukan syarat menghalalkan wanita menari dihadapan para lelaki ajnabi. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Bukankah Islam sudah jelas panduannya, kalaulah nak bergencok sangat menarilah puas-puas sesama wanita sahaja, itulah kewajarannya bukan?.
Apa yang lebih dikesalkan ialah penglibatan para aktivis dakwah daripada NGO dakwah seperti Abim dan Isma bersekongkol dengan Nadi Umno bagi menjayakan festival yang dicemari dengan aksi tarian yang amat tidak sesuai dipersembahkan kepada ummat Islam lebih-lebih lagi para Mahasiswa Al Azhar.Dimanakah keperihatinan mereka sebagai NGO dakwah untuk memberikan teguran jika ada yang dilihat janggal dalam program tersebut, atau berkemungkinan Abim dan Isma lebih suka memilih jalan selamat untuk menjaga kepentingan dan survival diri dari memberikan teguran terhadap keaiban yang berlaku.Insafilah! sesungguhnya NGO Islam perlu bingkas bangun tegas dengan perinsip dan wadah yang jelas.
Penulis amat bersimpati kepada pihak penganjur yang terdiri daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang terpaksa berhadapan dengan isu tarian gadis di khalayak ini, berkemungkinan mereka tidak tahu menahu tentang persembahan tarian tersebut. Usaha kedua-dua pihak terbabit untuk memperkenalkan budaya bangsa di Mesir telah dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mencemarkan nama baik masyarakat Malaysia Mesir yang terkenal dengan ketinggian akhlak Islam dek pembabitan tarian gadis di khalayak ramai.
Akhirnya, demi nama baik masyarakat Malaysia di Mesir,mana-mana pihak yang terbabit menjayakan persembahan tarian tersebut digesa tidak mengulangi lagi kecacatan tersebut dalam apa jua progaram mendatang.Kalian perlu bertanggungjawab dan berkewajipan memohon maaf kepada semua masyarakat Malaysia Mesir yang merasa malu dek kerana bahana tarian yang amat menjengkelkan tersebut.
Tegasnya kita sebagai ummat Islam tidak menolak sebarang kebudayaan tetapi biarlah ia diselarikan dengan tuntutan Islam.
Fikirkanlah rasionalnya.
Sekian.

11 ulasan:
yg penari2 tu pn bleh setuju nk menari....x kn tak tahu program yg di adakn tu utk tujuan apa....lahanat punya org...merosakkan pemikiran org tu bknkah keja setan....takutlah pd ALLAH...
damak...
assalamualaikum....terima kasih kerana 'highlight' perkara ini. sebetulnya, MSD Cairo mmg suka anjuran begini...untuk me'moden'kan ustaz2 dan ustazah2 keluaran Mesir!
Mungkin ini fahaman Islam Hadhari yang telah berkubur setelah pelopornya diganti dengan 1 Malaysia.
Isma tetap mengakui akan 'kekuatan tarbiahnya'.kalu cik zainudin dgn prof jamilnya mengakui tarbiah hebat,mereka juga sama dgn berdiam diri pabila program isteri2 pegawai kedutaan yg menghidang nyanyian karoeke di DMAK.mereka utusan menjaga anak ISMA dan JIM mereka di mesir pun boleh bersama dlm prgrm sebegitu,apatah lg anak2 didik mereka.TARBIAH KUAT,TEGUR LA MAKSIAT DEPAN MATA..bukan hanya benci dgn hati.ISMA sanggup bersama kemaksiatan asal dapat terus bergerak..MATLAMAT MENGHALALKAN CARA???em..usul fiqh mana yg mereka fahami ni..atau saja nak buat..biar islam ikut kita atau KITA YANG KENA IKUT ISLAM???thahlah..isma oo isma..
aku pun tak paham ngn abim mesir ngn ismamesir nih..
Boikot UMNO!!!! Boikot JPMK!!! Boikot KBMK!!!
Dan boikot semua yg bersekongkol dgnnnya!!!
terutamanya gerakan 'Islam' spt ABIM dan ISMA!!!
Yg telah berjaya menganjurkan program utk men'tarbiyah' pelajar2 Al-Azhar!! supaya ulamak2 kita menjadi lebih 'baik'!!!
Boikot!!! Demi kepentingan Islam!!
Bangkit Islam dri segala fitnah dunia!!!
http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=134:kenyataan-rasmi-penglibatan-isma-mesir-dalam-feksas-09&catid=54:setempat&Itemid=113
harap yb siasat dulu sesuatu berita sblm menuduh pihak tertentu. setiap tulisan kita akan dihitung oleh Allah. Bila tulisannya x tepat...dibaca orang...orang pun percaya...disebar2kannya.. owh alangkah besarnya kesan. Kalau di dunia boleh lg dibetulkan. tp di akhirat nak jwb apa? http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=134:kenyataan-rasmi-penglibatan-isma-mesir-dalam-feksas-09&catid=54:setempat&Itemid=113
kenyataan di atas kertas tidak sama dengan realiti yang berlaku.(view=article&id=134:kenyataan-rasmi-penglibatan-isma-mesir-dalam-feksas-09&catid=54:setempat&Itemid=113) ...
4. Kesemua ahli Jawatankuasa penganjur Festival tidak tahu menahu langsung tentang persembahan acara tarian oleh kumpulan persembahan tersebut kecuali pada saat mereka telah naik ke atas pentas.
adalah AMAT MUSTAHIL pihak penganjur tidak tahu LANGSUNG tentang persembahan tu... kalau xtahu, buat ape buat program...kalau nak buat kenyataan pun... jaga sikit bahasa tu...jangan sampai kantoi kubro sudah!
Mungkin YB pun nak jadi tukang bawa api neraka? Tunjuk bukti jangan mudah menuding jari. Penganjur dan jemputan ada bezanya.
Salam... nampaknya ada FITNAH yg berlegar di sini.. semoga kita menyiasat sebelum menuduh....
KENYATAAN RASMI
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA CAWANGAN MESIR
BERKAITAN ISU FESTIVAL ASEAN 2009
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Puja dan puji syukur diucapkan kepada Allah SWT yang sentiasa mengaruniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan mulia, Muhammad Rasulullah SAW. Ammaba’du;
1. Kenyataan rasmi ini terpaksa dikeluarkan memandangkan tulisan yang bertajuk “Tarian Wanita di Festival Asean 09, Suatu Teguran” yang ditulis oleh Puterisulong dan telah dikirim oleh Paktam ke laman web Detikdaily.net pada hari sabtu, 18 April 2009. Artikel tersebut telah memberi kesan buruk kepada Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Mesir secara khusus dan Angkatan Belia Islam Malaysia secara keseluruhan.
2. Artikel tersebut telah menulis, “Apa yang lebih dikesalkan ialah penglibatan para aktivis dakwah daripada NGO dakwah seperti ABIM dan ISMA bersekongkol dengan Nadi UMNO bagi menjayakan festival yang dicemari dengan aksi tarian yang amat tidak sesuai dipersembahkan kepada ummat Islam lebih-lebih lagi para Mahasiswa Al Azhar.” Penyataan tersebut jelas merupakan sebuah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas. Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Mesir (ABIM MESIR) sama sekali tidak terlibat dalam menjayakan Festival Asean 2009 disebabkan alasan-alasan tertentu.
3. Sebagai sebuah pertubuhan yang bernaung dibawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), ABIM Mesir menyokong semua kegiatan yang dianjurkan JPMK dan mana-mana badan, pertubuhan dan persatuan yang bernaung dibawahnya selagi ia bermanfaat dan mampu memberikan ruang bagi masyarakat pelajar Malaysia di Mesir untuk meningkatkan potensi dan mengasah bakat. Sebagai sebuah pertubuhan berasaskan Islam ABIM Mesir meletakkan syarak ditempat tertinggi sebagai kayu pengukur dan petunjuk dalam setiap kegiatan dan aktiviti.
4. ABIM Mesir perlu meyatakan kekesalan terhadap insiden yang terjadi pada acara kemuncak Festival tersebut yang telah menampilkan tarian pelajar-pelajar perempuan wakil dari Indonesia. ABIM Mesir juga berterima kasih kepada pihak bertanggungjawab yang telah memberi keterangan atas ralat yang telah berlaku. Insiden ini diharapkan menjadi pengajaran dan tidak berulang kembali di masa akan datang.
5. ABIM Mesir menasihatkan kepada mana-mana badan, pertubuhan dan persatuan yang ingin menganjurkan program yang melibatkan badan, pertubuhan dan persatuan luar agar melampirkan garis panduan, etika dan tata-tertib bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang kembali. ABIM Mesir juga menyarankan agar mana-mana penganjur dapat terlebih dahulu melaksanakan raptai bagi memastikan kandungan persembahan yang akan ditunjukkan.
6. ABIM Mesir mengutuk perbuatan Puterisulong dan mana-mana pihak atau individu yang telah membuat tuduhan tidak berasas bahkan fitnah kepada ABIM Mesir dan pihak-pihak lain yang tidak terlibat. Perbuatan tuduh-menuduh dan fitnah-memfitnah ini perlu menjadi perhatian semua individu dan pihak-pihak yang beriman kepada Allah. Allah SWT mengutuskan risalah Islam yang sangat menitik beratkan masalah akhlak dan tingkah laku. Perbuatan keji yang semakin membudaya di masyarakat muslim dilihat sebagai suatu yang sangat memalukan lebih-lebih lagi ia bertentangan dengan nilai-nilai asas yang diterapkan di dalam Islam. ABIM Mesir ingin juga menasihati agar saluran media digunakan dengan bijak dan sebaik-baiknya. ABIM Mesir turut menasihati pihak-pihak dan individu yang melakukan perbuatan keji ini agar bertaubat dan memperbetulkan kenyataan-kenyataan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Besar Ampunannya dan Maha Dahsyat Siksaannya.
7. ABIM Mesir mencadangkan bagi mereka yang menginginkan keterangan lanjut berkaitan isu ini untuk merujuk penyataan rasmi ISMA Mesir di laman rasminya: (http://ismamesir.com)
8. Akhir sekali, ABIM Mesir mengajak semua pihak agar membudayakan nasihat-menasihati dan meninggalkan fitnah-memfitnah. Semoga insiden ini menjadi peringatan bagi kesemua pihak dan tidak berulang dihari-hari akan datang. ABIM Mesir juga menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester bagi masyarakat Malaysia di Mesir. Semoga Allah SWT mempermudah usaha kita dan memberikan taufiq dan kejayaan kepada kita.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kaherah, 20 April 2009
Abdul Shahiid Shafruddin
Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia
Cawangan Mesir 2008/2009
Catat Ulasan