23 Mei 2009

5 Minit untuk umumkan Zambry MB Perak.

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan lebih 200 orang di luar mahkamah, melaungkan "bubar DUN" dan "Allahuakbar" apabila rombongan peguan DS. Nizar keluar dari bilik maahkamah.

52 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat Najib kerana membuat rakyat bertambah benci pada BN.

SNIPER berkata...

Keputusan yang berat sebelah. Sistem Kehakiman Kerajaan Malaysia memang tak boleh pakai langsung! Dark Justice!

Naufal berkata...

apa lagi yg nak diharapkan dgn sistem perundangan kita ni. Terang terang keputusan 180 darjah antara mahkamah tinggi dengan mahkamah rayuan. Rakyat nak percaya mahkamah mana pulak lepas ni.

Anak Didik Sarawak berkata...

Apa dah jadi sekarang ini? Saya tak faham dengan sistem keadilan Malaysia.

denaihati berkata...

Apa juga berlaku pasti ada HIKMAH disebaliknya ....kesabarn pasti ada balasan dari ALLAH swt

Busbar berkata...

keadilan?? mahkamah hanya utk menghukum rakyat jelata dan menyelamatkan org kaya... takde duit..xdelah keadilan

clixniaga berkata...

BUBARKAN DUN SEGERA!! BIAR RAKYAT PULAK JADI HAKIM

Tanpa Nama berkata...

piiiraaahhh............

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

TAHNIAH!!!!! Boleh ler MB HARAM tidur lena lepas ni
Perlu lagi ker nak bawa ke Mahkamah Persekutuan? Tak perlulah, penat ler.
Biarkanlah MB HARAM terus memerintah sampai 2020. Kepada Pakatan Rakyat PERAK, sudah2 ler membuang masa dan membiarkan PERAK terus dilanda konflik. Kepada SPEAKER PERAK, letak terus jawatan, biarlah SPEAKER HARAM tu naik. Kalau PR menang pon, belum tentu lagi Sultan PERAK memperkenankan untuk BUBAR DUN PERAK.

Yang penting sekarang rakyat sudah tahu siapa yg dipihak yg BENAR. Sokongan rakyat lebih penting drpd segalanya. Kalau ditakdirkan PR memerintah, Insyaallah, PRU ke-13 tak lama.

Tanpa Nama berkata...

BN pasti tumbang dalam PRU yang ke 13 nanti, InsyaALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Biasa le...

Biasa le ...kalau menang...bersorak.
Biasa le ...kalau kalah....memberontak.
Biasa le....kalau tak pandai menari, katakan pentas tinggi rendah..

Terima lah .....
Terima lah....dengan hati yang terbuka
Terima lah....hakikatnya sudah takdir
Terima lah....

LIAS berkata...

Nak buat macam mana, Mahkamah Malaysia juga pun bwh telunjuk UMENO...Barangkali hakim2 tu kena sogok jutaan ringgit...Ni la juga tanda2 dunia akhir zaman, bila Hakim sudah tak berlaku adil...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd Zamry.. Kpd DS Nizar.. perjuangan masih belum tamat.. Insyaallah kemenagan pasti akn tiba bersama-sama keberkatan..

Tanpa Nama berkata...

Tidak kisah, DS Nizar. Rakyat Perak dan Malaysia menyokongmu sepenuhnya. Teruskan perjuanganmu, DS Nizar, Menteri Besah Perak yang sah!

faida berkata...

saya jugak sudah pening. apa nak jadi tak tahu la! harap-harap ada jalan keluar yang adil dari kekusutan politik di Perak sekarang ini. bukan susah pun, pulangkan balik je mandat pada rakyat, settle.

Tanpa Nama berkata...

Tanda-tanda BN nak lebur....

Tanpa Nama berkata...

Semalam lagi aku dah jangkakan bila tangguh keputusan kepada hari ini.
Tapi takut nak cakap sebab nanti kata fitnah pulak, sebab benda ni mesti kena discuss dengan PM dulu. Kalau pandai2 nanti hilang jawatan.

Mahkamah pun dah terpalit rasuah jugak. Rasuah dalam bentuk jawatan.

Tanpa Nama berkata...

marilah kita sama sama berdoa moga moga allah tunjukkan siapa yang benar...hanya mahkamah keadilan allah sahaja yang maha adil, setiap yang berlaku ada hikmahnya dan setiap perbuatan akan ada pembalasannya.. namun begitu dalam kes Perak, kita mengharapkan agar berlaku pembubaran DUN dan rakyat akan buat keputusan...allahuakbar.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang dijangkakan oleh Raja petra memang benar...

BN akan menang dalam round ini.

Art Pokon berkata...

Biarkan mereka dengan keputusan ini. Adil atau tidak bukan rungutan tetapi dari segi jangka panjang akan menguntungkan PR, Sabar.....

Tanpa Nama berkata...

Betul lah apa yang dikata PR boleh upah peguam2 yg bijak tapi BN dah ada Hakim2 yg cemerlang dan terbilang. Tahniah BN

Tanpa Nama berkata...

saya mendoakan semoga hakin yang mengadili perbicaraan akan menerima balasan yang setimpal dengan usaha yang dilakukan. samada baik atau pun buruk.perlu ingat keadilan tetap dipihak yang benar.ingat semua para-para hakim, sekiranya kehakiman yang kamu lakukan bercanggah dengan islam ,suatu hari nanti kamu akan dapat merasai azabnya nanti.

Bario berkata...

semoga dalam proses kehakiman di mahkamah persekutuan adil dan bersih... tiada campur tangan politik...

semoga Allah membantu hamba-Nya yang ingin menegakkan Islam di muka bumi ini

Tanpa Nama berkata...

apa nak hairan kan kalau kerajaan pun BN boleh songlap... ini kan badan kehakiman yang memang kita tahu ... ?????

captain berkata...

semua ini hanyelah ibrah(pengajaran ) long term
satu negeri VS satu malaysia
satu menteri VS perdana menteri

Pembawaan imej parti adalah penting
sekian
tak leh comment banyak2x
bahaye

Tanpa Nama berkata...

Inilah demokrasi ala UBN, tak yah bubar DUN, tak yah undi tak caya, leh jadi MB. UBN boleh!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

lepaih ni tambah le undang2. syarat utk mb kena pecat:

1.mb letak jawatan
2.undi tak percaya
3.bubar DUN
4.MB HILANG MAJORITI DALAM DUN.

sejarah betul negeri aku ni

Gedung Akal berkata...

Berapa orng yang benci BN? Esok lusa bila jomheboh bertandang semula...yang benci akan jadi rindu pada BN. apa hikmahnya kepada PAS jika pemuda-pemudi PAS masih gitu2 saja?

Tanpa Nama berkata...

adil jika memihak pada kita....kalau tidak memihak pada kita maka tidak adil....
contohnya utayakumar....nak taraf bumiputera....setuju ker semua pembangkang....

Tanpa Nama berkata...

Tunggu & sama2 kita lihat. Ini akan menambahkan hasrat raktyat yg cintai keadilan utk menamatkan riwayat Umnoo dgn pakal shj kpd mana2 parti selain dpd BN dlm pilihanraya yg akan dtg.

firdaus.nje berkata...

aku mati2 ingat nizar menang sebab ingat najis tak boleh kuasai mahkamah. tapi hakim cokelat haks. takpo kito ingat

A true Malaysian berkata...

Saya berpendapat jikalau dia orang inginkan kemenangan bermati-matian, bagi sajalah. Yang penting, akhirnya, rakyat yang menentukan siapa yang 'pemenang tulin'.

Bagi PR, lebih baik masa ditumpukan atas 'recruitment' dan 'training' lebih ramai pemuda-pemudi yang berkeliber bertanding sebagai MP dan Adun pada masa akan datang. Lupakan 3 katak yang berakhlak demikian yang sudah pun hilang maruah.

Bagi saya, YB Nizar adalah pemenang di hati rakyat, dan dia sentiasa adalah MB Perak.

Tanpa Nama berkata...

Caya lah BN dan Zambry...gali kubur sendiri nampak....siap lah korang semua P13 nanti...sangap betoi

Tanpa Nama berkata...

caya lah Zambry dan UBN ...korang semua memang suka gali kubur sendiri nampak...pentingkan kuasa dari kehendak rakyat...tak sabor tunggu P13

Tanpa Nama berkata...

caya lah Zambry dan UBN ...korang semua memang suka gali kubur sendiri nampak...pentingkan kuasa dari kehendak rakyat...tak sabor tunggu P13

Tanpa Nama berkata...

caya lah Zambry dan UBN ...korang semua memang suka gali kubur sendiri nampak...pentingkan kuasa dari kehendak rakyat...tak sabor tunggu P13

Datuk Nikah Kawin berkata...

undang-undang kanda yang bikin..itu semua boleh tukarrr...semalam datuk terima call dari kawan yg kerja mahkamah, keputusan memihak kpd nizar...tapi tak boleh isytihar sebab PM masih kat Singapura..takut malu nanti..bila PM pulang dari Singapura..semua bertukarrrr

Tanpa Nama berkata...

taraf bumiputera yang mereka mahu cuma taraf rakyat malaysia yang sama rata tanpa membezakan kaum, bukannya nak ambil hak orang lain pun, cuma hak asasi yang lebih adil di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Semalam lagi wa sudah bilang.. Hakim semua kroni2 depa.. Itulah dulu korang bangga sgt bila Mahkamah Tinggi umum Nizar sbg MB. Konon keadilan dah dikembalikanlah dan bla bla bla. Aku sikit pun tak caya mahkamah Malaysia. MAHATHIR lah perosak segala sistem yg ada di Malaysia ni.

Lepas ni aku harap DSAI jumpa Agong dan umumkan Najib hilang Majoriti. Tak yah g Parlimen.. BODOH tahap CIPAN.

Tanpa Nama berkata...

arakian sebermula alkisah, maka terlalulah amat gembira tidak terhingganya si mamak bendahara mendengar keputusan para hakim yg maha bijaksana lagi bijaksini,

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya negara kita telah dijangkiti wabak selesema Babi Negara (BN) yang memualkan dan meloyakan.

datojambak P.RENGAS berkata...

teruskan berjuang

Tanpa Nama berkata...

malam tadi hakim2 ni dah discussed dgn najis...inilah keputusan yg kita dpt...memang dah agak pun...

Apa2 pung di hati rakyat jelata semua..DS Nizar tetap MB Perak yg sah..

Hidup Rakyat !

Tanpa Nama berkata...

WAHAI PEMBANGKANG YANG BUDIMAN, JANGAN FIKIR KITA BETUL. KEBANYAKAN YANG MENJADI PEMBANGKANG KERANA MEREKA DALAM UMNO TAK DAPAT APA YANG DIIMPIKAN. PAS PULAK TENGOK LA SEJARAH KENAPA PAS DITUBUHKAN. SEKARANG NI BARU KATA NAK ISLAM. WAL HAL NAK KUASA. BAKAR KELAMBU NAK LEPASKAN GERAM. INGAT ANAK CUCU KITA WEH. NANTI KERANA KITA SYOK JADI PEMBANGKANG NEHARA TERLEPAS KE TANGAN ORANG! ANAK CUCU KITA AKAN SUMPAH SAMPAI BILA-BILA... JADI PEMBANGKANG MEMANG SEDAP KATA SEMUA ORANG TAK BETIL, JAHAT, RASUAH, GILA KUASA, DAN MACAM-MACAM LAGI....

Tanpa Nama berkata...

Salam

Kita jangan terlalu emosi terhadap keputusan ini. Mungkin ada pengajaran yang dapat diambil. Kemungkinan keputusan ini diambilkira dari awal proses berlaku kehilangan mejoriti di dalam DUN tetapi mahkamah tinggi kelmarin hanya ambilkira kaedah jawatan MB gugur.

Tanpa Nama berkata...

SEDARLAH TUAN-TUAN JANGAN IKUT PERASAAN! TANYALAH DIRI SECARA IKHLAS KENAPA KITA JADI PEMBANGKANG WALHAL BANYAK NIKMAT YANG KITA KECAPI HARI INI ADALAH PERJUANGAN UMNO. KITA MERDEKA UMNO, KEADILAN MUNCUL HASIL NAK BALAS DENDAM BUKAN KERANA PERJUANGAN SUCI, PAS LAHIR KERANA KECEWA KALAH DALAM PEMILIHAN. DAP LAHIR NAK SAMARATAKAN MALAYSIA. MANA BOLEH PENDATANG KUASAI NEGARA TOK NENEK KITA. BUMI BERTUAH INI ADALAH WARISAN BANGSA BUMIPUTERA.....

Tanpa Nama berkata...

BN=BENCI NAJIB

Tanpa Nama berkata...

Pendatang tak kuasai negara tapi Pemimpin Negara yang memberi muka pendatang menguasai negara. Apa dah jadi dengan Singapura, Pulau Batu Putih dan seterusnya Pulau Pinang. Apakah ini pekerjaan Pembangkang kalau tak disebabkan kesilapan Pemimpin yang memerintah Negara.

Tanpa Nama berkata...

BIASA LA TU...MAHKAMAH MAGGI ME....SEGERA..
BUAT PENGHAKIMAN BERTULIS..SELEPAS BAGI KEPUTUSAN KEHAKIMAN....SEMINGGU BARU SIAP...LEBIHKURANG HAKIM COKLAT HACKS JUGA LA TU..

Tanpa Nama berkata...

macam kes adun perak lompat2 jugak. Mula2 adun BN lompat PR, lepas tu dia lompat BN balik dengan 3 orang lagi. Kalau orang pertikai depa kata, waktu adun BN lompat masuk PR tak dipertikai. Skarang ni keputusan mahkamah jugak di umpan macam tu jugak bagi menang dulu.....
lepas tu bagi kalah dah tak leh pertikai.
Wayang.......Wayang.........

john berkata...

HAKIM SUDAH DIBELI OLEH UMNO!!!
APA NK BUAT..
KITA SEBAGAI UMAT ISLAM KENA SABAR..
SKANG NI DEPA MENG KT DUNIA,KAT AKHIRAT BELUM TENTU LG...

Tanpa Nama berkata...

jgn dabik dada wahai ameno,menang cara tipupn nk nk bngga.