23 Mei 2009

Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker

KOTA BHARU, 22 Mei : - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud akan memaklumkan secara rasmi kekosongan kerusi di Dun Manek Urai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini.

Beliau berkata, pemakluman secara rasmi akan dihantar pada tarikh terbabit disebabkan hari ini dan esok cuti mingguan di Kelantan. Manakala Ahad pula cuti mingguan di Kuala Lumpur.

Perkara 46 (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan menyatakan sesuatu kekosongan luar jangka kerusi di Dun perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas tarikh dipastikan kekosongan oleh SPR.

"Saya akan kempilkan bersama surat kematian Adun terbabit bagi memaklumkan kekosongan tersebut. Surat rasmi akan dihantar kepada Pengarah SPR Kelantan dan ibu pejabat SPR," katanya di sini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ismail mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi, manakala Zulkifli (4,394 undi).

Pada pilihan raya ke-11 tahun 2004, Zulkifli menang dengan majoriti tipis sebanyak 53undi mengatasi calon PAS ketika itu, Ustaz Zamzuri Mat Lazim. Harakahdaily.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPR kena siasat dahulu kesahihan kematian ADUN tersebut, sebagaimana di Perak dimana SPR menyiasat kesahihan surat perletakan jawatan 3 ADUN 'katak lompat'.

Siasat juga surat notis dari Speaker itu sahih atau tidak....dan kalau boleh siasat Speaker juga samada Speaker DUN Kelantan itu sah atau tidak perlantikannya.

Macam mana nak siasat? perlu gaji semula kubur ? Terpulanglah kepada SPR ! Yang penting siasatan dijalankan.

Lepas itu rakyat tak perlu siasat...rakyat terus buat hukuman. Memang 'sah' SPR jadi alat UBN !

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah. Semoga roh Ust Ismail mendapat cucurab rahmat Allah SWT. Harap keluarga Allahyarham menerima ketentuan dengan sabar,sesungguhnya benar janji Allah. Kita yang hidup sama-sam lah sentiasa mencari kerdhaan Allah

Tanpa Nama berkata...

Baru semalam Ketua Penerangan UMNO YB Ahmad Maslan mengatakan bahawa BN tak akan menyertai PRK jika bukan kerana wakil Rakyat meninggal, pagi ini Allah telah meninggalduniakan seorang wakil rakyat. Kita tunggu apakah BN akan bertanding di Manek Urai.

Sg Samak
http://drazharum.blogspot.com

kangkalikong berkata...

BN mesti mengutamakan rakyat dlm semua hal,terutama soal kewangan rakyat.demi untuk menjimatkan wang rakyat,BN wajib tidak meletakan calon..