23 Mei 2009

Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding

KUALA LUMPUR: PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calon di Penanti, turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.

"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun kalah.


"Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi.

Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calon di Manek Urai.

Isnin lalu Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac 2008 .

Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.

Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004. Mstar.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pi mai pi mai tang tu juga!
berani BN bertanding.Jom bantai kuat2 sama dia.

al-khalil berkata...

ana sokong cadangan ust lim, sokong sokmo

zizi3131 berkata...

Najib tak boleh nak tipu rakyat lagi.Kalau PRK Penanti dia cakap tak bertanding sebab rakyat diutamakan tidak mahu membazir wang rakyat.Kali ini Allah akan buktikan yang Najib ni penipu besar.Kalau BN bertanding pula di Manek Urai.

Tanpa Nama berkata...

apa reaksi najib.....
tak bertanding di penanti.., alasan = itu mainan politi pembangkang.... kita banyak lagi agenda yang perlu dilaksanakan.., satu pembaziran wang rakyat.., dan lain2

kalau tak bertanding jugak di manik urai, najib dan konco2 nye memang takde telur....,sah..,

sazmiesaz shah alam/kelate berkata...

saya yakin BN tak berani letak calon kat Manek Urai kalau letak pun insya-Allah 'wat abis duit jah'

Ruslan Mamat berkata...

Saya nak pulak dengar apa kata UMNO @ BN, sama ada nak bertanding atau tidak di kerusi Manek Urai ini. Sebabnya, macam di Penanti, belum bertanding dah angkat bendera putih. Sebabnya, mereka tahu UMNO @ BN akan kalah. Samalah juga di Manek Urai ni. Sure kalah punya......sebab rakyat tengah marah kat IMNO @ BN.
Sekali pilihanraya kecil, UMNO @ BN akan habis berjuta-juta ringgit sebab nak ambil hati pengundi. Buat pembangunan ekspres, janji sana-sini. Mahu tak habis duit banyak. Bila bertanding.....kalah pulak tu. Heheeeee.....baik jangan bertanding jugalah!!!