KUALA KRAI : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan beberapa ketika sebelum solat jenazah ADUN Manek Urai beliau menerima pangilan talipon dari Tengku Mahkota Kelantan yang mengucapkan Takziah. Sehubungan itu beliau melahirkan ucapan penghargaan dengan ucapan dari Tengku mahkota yang disifatkannya sebagai berjiwa rakyat.
Sebelum itu Tuan Guru menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan parti PAS.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, 60, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung, sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.
Nik Aziz mengimamkan sembahyang jenazah Ismail di Masjid Manik Urai Lama di sini dengan disertai oleh lebih 3,000 yang lain, sebelum dikebumikan selepas sembahyang Jumaat. Ramainya yang hadir menyebabkan jemaah melimpah sampai keatas jalanraya.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.
Ismail mewakili kerusi Manik Urai selama lima penggal sejak memenanginya pada pilihan raya umum 1985.

2 ulasan:
tahniah & terima kasih kpd Tengku Mahkota Kelantan, krn berjiwa rakyat ( lebih tepat berjiwa hamba) sbb Nabi Junjungan Besar sendiri adalah seorang hamba, namun yang membezakan seseorang i2 d sisi Allah azza wajalla adalah ketaqwaan kpdNya. kpd Sultan2 yang b'jiwa Umeno Be End bertaubatlah!!! sebelum terlambat, b'ibadatlah sblm ddatangi malaikat, berjiwa rakyatlah sblm d laknat rakyat...
Ya Allah jadikanlah sultan kami ini yang taat patuh pd agamaMu, yg tidak melanggar laranganMu, yg sntiasa mengingatiMu... Amiiin Ya Rabbal a'lamin!!!
tengku mahkota kelantan yang berjiwa ISLAM
Catat Ulasan