22 Mei 2009

ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....

30 ulasan:

toytian berkata...

Salam takziah.
Dari ALLAH kita datang kepada NYA kita dikembalikan.

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,,
saya mewakili kaum kaluarga dan sahabat handai ingin mengutuskan salam takziah baat waris dan kaum keluarga ALMARHUM HJ ISMAIL,,SEMUGA JASA2 TUAN KAT DUN MANIK URAI DIRAHMATI ALLAH DAN SENTIASA DI KENANG OLEH KAWAN MAHUPUN LAWAN

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUA LAH KITA KEMBALI

GUGURNYA SEORANG LAGI PANGLIMA PAS DI BUMI INI

TAKBIR!!!!!

Program Tendai Master& Kundalini Reiki Master berkata...

salam takziah..buat keluarga allhyarham...semuga allah mencucuri rahmat atas roh nya..amin

suealeen berkata...

Al-Fatihah...

Mesol berkata...

takziah..
Al-Fatihah

PENDEKAR LAUT berkata...

Semoga Allah mencucuri Rahmat atas Roh Allahyarham dan ditempatkan di golongan syuhada'..Amin..
Kepada kita yang masih hidup..PERJUANGAN MASIH PANJANG DAN MESTI DITERUSKAN...Pemimimpin datang dan Pergi..

Jamsari Suhaimi berkata...

Al-Fatihah....Pergi seorang Syahid

Jamsari Suhaimi berkata...

AL-FATIHAH......PERGINYA SEORANG SYAHID

pasnational_unity berkata...

Salam Takziah kepada ahli keluarga YB.Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Tanpa Nama berkata...

takziah.. semoga rohnya bersama org2 dicintai Allah... dan kami insyaAllah akan mengikuti tuan kesana juga nanti...

semoga Allah permudahkan segala urusan al marhum ketika didalam kubur...
amin!

kekosongan lagi satu.... semoga kebenaran sentiasa mengatasi kebathilan... PAS tidak akan pernah gentar dalam menegakkan agama Allah dibumi ini... insyaAllah.. Allahu Akbar!

zm.azami berkata...

takziah dan Al-Fatehah

rambai berkata...

Takziah di ucapkan,,sesungguhnya setiap orang daripada kita ALLAH telah menetapkan tarikh dan masa untuk untuk menemuiNYA,,,,tunggulah giliran kita seterusnya,,,,aminnnn

Ibnu Muslim berkata...

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. kehilangan seorang pejuang Islam yang lama di DUN Kelantan.

Ibnu Muslim berkata...

al Fatihah.

Ex-Lynxcrew berkata...

Al-fatehah,semoga roh Allahyarham paksu mail dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,kepada keluarga Allahyarham semoga tabah menghadapi ujian dari Allah,darinya kita datang dan kepadanya kita kembali,Amin.

Ex-Lynxcrew berkata...

Al-fatehah,semoga roh Allahyarham paksu mail dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,segala jasa dan pengorbanan akan tetap dikenang,kepada keluarga Allahyarham semoga tabah menghadapi ujian dari Allah.Darinya kita datang dan kepadanya kita kembali.Amin

anakjatiperak berkata...

Salam takziah untuk keluarga allahyaham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. semoga ahli keluarga dan rakan2 srta sahabat handai juga rakyat yang beliau wakili agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah ini. Akhirnya kita juga akan menyusul nanti cuma beliau telah menamatkan janjinya dengan Allah pada hari ini.
AL Fatihah

insankerdil berkata...

Al-Fatihah..Moga Allah membalas segala amalannya..amin.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

perginya seorang mujahid bertemu rabbul jalil...semoga ditempatkan bersama roh2 pejuang islam...amin...

Tanpa Nama berkata...

Al FATIHAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI ALLAH TAALA

Tanpa Nama berkata...

AL FATIHAH

Tanpa Nama berkata...

Alfatiha

zackeye berkata...

Alfatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.

الحقير الذليل berkata...

سلام تعزية!!! الفاتحة للمرحوم يغبرحرمت إسماعيل يعقوب. لعل الله يجعلك من أهل جنته الفردوس, ودعاءنا معك يا مجاهد فى سبيل الله, اللهم آمين يا رب العالمين!!!

zizi3131 berkata...

al fatihah Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.

Cekgu Yusa berkata...

al fatihah....
kita kehilangan seorang lagi pejuang islam..
semoga ALLAH akan mengantikan dengan yang lebih baik..

Tanpa Nama berkata...

Al-fatihah

Saya merupakan anak jati kg Manek Urai
Takziah diucapkan utk keluarga Allahyarham Paksu Mail

Insyaallah Sy akan balik ke Manek Urai utk mengundi nanti...

Perjuangan Tetap Diteruskan!
Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah

Sy merupakan anak jati Kg Manek urai
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Paksu Mail

Insyaallah sy akan balik mengundi nanti

Perjuangan Tetap Diteruskan!
Allahuakbar!

org kuat berkata...

AL FATIHAH...

Tanpa Nama berkata...

SAYA ANAK JATI KAMPUNG MANEK URAI MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM PAK SU WILL.....
KAMI PEMUDA TERUS MENYOKONG PEJUANGAN ISLAM...

TAKBIR.......ALLAHU AKHBAR...TAKBIR ALLAHU AKHBAR........