26 Mei 2009

Bubar DUN : Pelancaran Puasa Sunat dan Mogok Lapar pagi ini

IPOH : Satu pelancaran puasa sunat dan mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat akan disempurnakan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhamaad Nizar Jamaluddin dan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar bertempat di perkarangan Wisma DAP Ipoh pagi ini pada jam 10.00 pagi.

Setakat yang saya maklum dijangkakan ramai umat Islam khususnya untuk warga Perak telah memulai puasa sunat 3 hari bermula hari ini bertutur-turut sehingga Khamis ini.

Selain itu untuk mereka yang berminat melakukan mogok lapar mereka akan disediakan khemah-khemah yang akan menempatkan mereka diperkarangan Wisma DAP mulai pagi ini.

Dijangkakan program ini akan menarik minat penyokong pakatan Rakyat yang bukan Islam. Inilah pertama kali program seumpama ini dilakukan di Perak dan di Malaysia.

3 ulasan:

ziey30 berkata...

Ketahuilah....
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun.........
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Tanpa Nama berkata...

mcm mn situasi skrg sdr drs khalil idham?dah ada ke geng2 topi merah kat sana?

al amin ahmad berkata...

memoga puasa ini di jalankan dengan aman dan lancar...saya harap ALLAH mlindungi semua yang hadir...