26 Mei 2009

Zambrylah MB Mahkamah .

Melihat kepada kenyataan Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengatakan DS. Nizar adalah MB Mahkamah oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya kata Zambry.

Namun begitu saya suka membetulkan apa yang dikatakan Zambry kerana sebenarnya umumnya mengetahui bahawa dalam persoalan siapakah yang sebenarnya menjadi Menteri Besar di sesebuah negeri dalam sistem demokrasi dalam negara kita adalah ditentukan oleh majoriti undi yang diperolehi.

Menjawab persoalan ini, pilihan raya ke 12 pada 3 Mac 2008 memihak kepada gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat 54 % undi dengan jumlah kerusi sejumlah 31. namun begitu pada 5 Februari 2009 Zambry telah "mencuri" 3 orang wakil rakyat dari PR. Saya tegaskan yang dicuri cuma ADUN tetapi pengundi mereka tidak dapat dicuri malah mereka membantah tindakan ADUN mereka.

Benarlah kerana itu 3 ADUN berkenaan takut untuk muncul bertemu rakyat mereka, apa yang ditakutkan kerana mereka ternyata mengkhianati amanah rakyat di dun nya.

Kerana itu saya yakin rakyat pun saya rasakan begitu bahawa Nizarlah "Menteri Besar Rakyat" bukan nya yang dikatakan MB Mahkamah.

Zambrylah Menteri Besar mahkamah, kerana mahkamah telah memutuskan dialah MB Perak.

Tidak percaya Bubar lah DUN Perak, serah lah kuasa kepada rakyat untuk memilih sekali lagi. Lihatlah siapakah yang akan dipilih rakyat, Nizar ataupun Zambry.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hello kenapa lak aku kena bubar DUN. Kan akulah yang digelar MB haram opss silap MB Mahkamah oppss silap lagi MB 'rakyat'....

Tanpa Nama berkata...

apa lagi nak kecoh2. dah ditetapkan zambry MB. Terimala seadanya. PRU depan kempen la balik. takut tembelang pecah ke?

buat keje tu, jgn asyik sibuk dgn blog ni je.

Pendekar Laut berkata...

Zambry MENTERI BESAR MAHKAMAH RAYUAN...MB Rayuan...

Tanpa Nama berkata...

bila bubar dun dah sah ....sudah terang lagi bersuluh nizarlah bakal menjadi pilihan..... tak caya buabar DUN....

Tanpa Nama berkata...

popularkanlah Zambry MBM

Tanpa Nama berkata...

Mulai 22 May 09 secara rasmi mari kita gelarkan Zambry sebagai Datuk Seri Menteri Besar Mahkamah (MBM). Sebab dia pun tahu lebih 90% mahukan DUN dibubar tapi dia enggan kerana dia tahu rakyat Perak akan tolak dia, jadi dia akan terus kekal dengan gelaran Menteri Besar Mahkamah selagi bulan dan bintang wujud. Sejarah akan mencatatkan bahawa beliau adalah MBM Perak yang pertama dan satu2nya. Keturunannya akan menanggung malu selama2nya kerana ketamakkan dan gila kuasa Zambry @ Cambry. Sejarah juga akan mencatatkan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai petualang. Dan YAB Dato Seri Nizar akan dikenang sehingga hari kiamat sebagai Pejuang. Beliau akan sebaris dengan Datok Maharajalela.

DoL berkata...

Assalamu'alaikum YB,

Hj Nizar MB rakyat. Hj Nizar yang memerintah ketuanan rakyat. Zambry memerintah mahkamah supaya tunduk padanya. Mahkamah pun taat pada telunjuk Zambry. Tu namanya MB Mahkamah. Dia berkuasa atas mahkamah dan hakim lembu cucuk hidung jer

Muhammad Fahmi berkata...

yang betulnya Zambry patut kata Nizar jadi MB Mahkamah Tinggi dan dia pulak MB Mahkamah Rayuan. yang pasti orang yang tinggi di atas dan orang yang merayu di bawah. kena lagi Zambry...

Tanpa Nama berkata...

Mari, mari kita popularkan panggilan MBM - MB Mahkamah!

MB Mahkamah curi ADUN.
MB Mahkamah curi ADUN.
MB Mahkamah curi ADUN.
MB Mahkamah dapat "sokongan majoriti",
dengan curi ADUN.
Curi oh curi ADUN.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perang psikologi kita, sampai psycho si MB Mahkamah tu. Dimana-mana kita laungkan MB Mahkamah...

Biar, secara efektifnya kemenangan mahkamah itu tidak bermakna kepadanya. Tak de nilai 1 sen pun!

Tapi janganlah lupa pulak, ketua segala ketua perancang ialah Najib Tuya!

Tanpa Nama berkata...

korang ni dah teruk dah. perangai mcm setan..!!

malaysia baru berkata...

Janganlah lupa pulak, ketua segala ketua perancang ialah Najib...
Najib lepas & cuci tangan
Zambry dan Nizar yg kena...

malaysia baru berkata...

Janganlah lupa pulak, ketua perancang politik huru-hara di perak ialah Najib.

Najib lepas tangan....yang kena ialah Zambry dan Nizar.

ok, Nizar jadi pejuang rakyat.

Mcmna Zambry pula? Berikhlaslah tanya hatimu, seronokkah pengalamanmu dlm BN/UMNO? Pulanglah kepada kebenaran. Tinggalkan BN/UMNO.

zambry berkata...

Suka untuk saya tegaskan di sini bahawasanya antara saya dengan Dato' Seri Nizar, kedua-dua kami adalah Menteri Besar Mahkamah. Dato' Seri Nizar menang di Mahkamah Tinggi, jadi beliau adalah Menteri Besar Tinggi (MBT).

Sementara saya pula menang di Mahkamah Rayuan, jadinya saya Menteri Besar Rayuan (MBR). Sekarang Dato' Seri Nizar sudah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Kita lihat apa hasilnya nanti. Sesiapa di antara kami yang akan menang nanti tetap akan menjadi Menteri Besar Mahkamah juga. Menteri Besar Persekutuan (MBP).

Saya berharap saudara berhenti memfitnah ketiga-tiga katak ini daripada Changkat Jering, Behrang, dan Jelapang. Betul mereka sudah tidak turun ke kawasan masing-masing. Tapi itu bukanlah kerana mereka tidak berani berdepan dengan rakyat di kawasan mereka.

Sebenarnya sebelum Coup d'etat tempoh hari pun mereka sudah tidak turun ke kawasan masing-masing. Kalau semasa menjadi EXCO pun mereka sudah malas hendak turun, apatah lagi selepas menjadi ADUN bebas tanpa jawatan.

p/s: Oh ya YB, macam mana nak letakkan video di sidebar blog ni. Saya dah cuba dekat blog saya tapi tak jadi

Tanpa Nama berkata...

Siapa MB BONEKA? cuba teka..hehe!!

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Oh ye YB,

Kalau DS Zambry jadi MB Mahkamah. Macam mana pula kita nak panggil rakan YB di DUN Ladang??

Boleh kita panggil dia YB Mahkamah jugak ke? Hahaha... seronok kan memberi gelaran pada orang ni.

ubatkuat berkata...

shonzu kau ni bersekolah takat darjah 3 dan tak mampu nak sambung balik ke??ape ke bengap sangat,,satu soalan?? kepada pihak manakah segala kos penghakiman itu ditanggung???sekolah beb jangan ponteng