Nasharuddin Mat Isa akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PAS yang disandangnya pada pemilihan parti yang akan berlansung pada awal bulan Jun ini.
“Saya akan tetap bertanding jawatan itu (Timbalan Presiden). Saya tak akan tarik diri,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian beliau sama ada bertanding atau sebaliknya jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS yang ke-55 pada 2 hingga 6 Jun ini.
“Saya sudah lama menghantar surat jawapan untuk bertanding kepada jawatankuasa pemilihan. Kenapa perlu tarik diri bila saya sudah cukup pencalonan ?,” katanya.
Nasharuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendiriannya itu.
“Saya akan beri kenyataan lanjut mengenainya dua atau tiga hari lagi. Tunggu lah selepas jawatankuasa pemilihan umumkan calon-calon yang layak bertanding esok,” katanya.
Hari ini merupakan tarikh tutup bagi setiap calon menghantar surat jawapan untuk bertanding kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding, mereka ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS semakin menarik apabila, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan penarikan diri masing-masing daripada bertanding jawatan tersebut minggu lalu.
Ia sekali gus membuka ruang kepada pertarungan tiga penjuru antara penyandang, Nasharuddin, Husam Musa dan Mat Sabu. Berita asal dari Mstar.

4 ulasan:
husam x perlu tanding.....sabar sikit masa lg
Dato' Husam tak sabar, mungkin benar kata-kata Dato' Dr. Harun Din....
Salam....
Semua orang berhak bertanding jika mendapat pencalonan yang mencukupi seperti yang disyaratkan tetapi tanyalah dulu kepada hati sendiri beberapa soalan.
PERTAMA - Apa tujuan aku bertanding? Untuk menaikkan diriku bagi manfaat masa depan diri aku atau untuk masa depan parti?
KEDUA - Di mana lebihnya aku berbanding penyandang yang sekarang? Adakah aku selama ini hanya mengkritik atau aku telah menunjukkan jala tetapi penyandang enggan berubah?
KETIGA - Apa tujuan aku bergabung dengan jemaah ini? Untuk tujuan dakwah? Untuk tujuan politik? Untuk kenyangkan tembolok dan perut sendiri? Atau apa?
Walau apa pun jawapan yang ditemukan, anda hanya punya dua jalan iaitu sama ada jalan ke syurga atau jalan ke neraka.
www.saynotomunafiqeen.blogspot.com
Sempena muktamar nanti, segarkan dan kembangkanlah kepala otak kita ahli2 jemaah terutamanya yg baru dng memahami penulisan di....
http://micelup.blogspot.com/
Catat Ulasan