Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (HINI) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikurantin di rumah berkuatkuasa serta.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat memberita sidang media hari ini bahawa penerbangan tersebut berlepas dari LCCT Sepang pada jam 11 pagi hari berkenaan.
Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat memberita sidang media hari ini bahawa penerbangan tersebut berlepas dari LCCT Sepang pada jam 11 pagi hari berkenaan.
Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.
Katanya, jabatan kesihatan negeri-negeri terbabit juga telah diberi senarai nama penumpang terbabit untuk mengesan mereka, lapor theStar.
"Pegawai kementerian kesihatan akan melawat mereka yang diletakkan di bawah kurantin di rumah dua kali sehari," katanya.
Mengenai dua individu yang disahkan menghidap influenza A (H1N1), Dr Ramlee berkata mereka berada dalam keadaan stabil.
Pesakit pertama, katanya, masih lagi mengalami sedikit demam manakala penghidap kedua sudah tidak demam lagi.
Manakala anggota keluarga mereka, tambah Dr Ramlee, masih dikurantin di rumah masing-masing.
Mengenai penumpang pesawat MAS MH091 dari Newark yang dinaiki dua pesakit HINI itu, Dr Ramlee berkata, pihak kementerian mendapati 95 daripada 119 penumpangnya turun di Malaysia.
Katanya, mereka yang terdiri daripada 80 rakyat Malaysia dan 15 rakyat asing, telah diletakkan dikurantin tempat kediaman.
Kementerian juga, tambahnya, sedang berusaha untuk mengesan baki penumpang - seorang rakyat Malaysia dan 23 rakyat asing.
"Lima belas krew penerbangan MH091 dikurantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat," tambahnya. malaysiakini
7 ulasan:
SETIAP PENYAKIT MESTI ADA PENAWAR KECUALI SATU. SETIAP WABAK MESTI ADA HIKMAHNYA. KITA TUNGGU DAN LIHAT NATIJAHNYA.
Mereka-mereka yang naik pesawat bersama pessakit H1N1 MESTI serah diri untuk kuarantin dan diagnosis. Sekiranya tidak melakukan demikian, penyakit itu akan merebak kepada rakyat jelata.
Tidak adakah undang-undang yang mana, mereka yang tidak serah diri disabitkan dengan denda dan hukuman.
Kalau ikutkan sikap orang Malaysia, kebanyakannya tidak akan serah diri, sama seperti tidak mahu mengaku salah dalam kemalangan jalan raya, atau seumpamanya. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jujur dan mempunyai integriti yang tinggi.
Mengikut berita terkini, hanya lebih kurang 45 orang saja yang menaiki pesawat MAS dari USA yang telah serah diri. Saya syorkan mesti ada undang-undang dan peraturan demi keselamatan rakyat umum.
Hairankan... nampak persediaan macam dah ketat sebelum kemasukan ke pintu masuk Malaysia tu. Tup tup kena juga... Benda yang patut dicanggihkan tak dicanggihkan sebenar-benarnya, tapi kalau bab membazir, buat yang bukan-bukan memang macam-macam dapat sponsor dan sokongan
salam.. boleh saya tau, yang kena tu melayu cina atau india
Drs,Mohon YB siarkan doa menghindari wabak utk dimanfaati oleh para pengunjung dilaman ini. Nona Ratana Chulaborn.
Ni bala namanya. Bala dari Allah untuk hamba Nya tak ambik kisah tentang kezaliman yang ada .....
Bila aku tengok flu yang melanda akhir-akhir ni macam buatan orang yang bijak je. Macam pencipta virus komputer. Bila ada virus mesti akan keluar vaksinnya.
Catat Ulasan