18 Mei 2009

Kemelut Perak: Husam jumpa Ku Li

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti.

"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


"Tapi kalau dia nak datang atas kapasiti parti, kena dapat mandat parti dia lah," katanya dalam satu sidang media di ibu negara, petang ini.

"Kita mesti bersama untuk menubuhkan satu barisan untuk mendesak pembubaran DUN Perak," katanya.

Kemelut politik di Perak yang berlanjutan sejak Februari lalu, telah mendapat reaksi daripada beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional antaranya dari MCA dan Gerakan yang mahukan DUN Perak dibubarkan.

Tengku Razaleigh adalah antara pemimpin Umno yang mahukan pembubaran DUN Perak untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Jumpa Ku Li petang ini

Lajnah Politik PAS, tambah Husam, bersetuju diadakan usaha menyatukan semua pihak yang mahukan pembubaran DUN Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri tersebut.

Ditanya sama ada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain telah dimaklumkan mengenai hasrat tersebut, Husam berkata:

"Pemimpin Pakatan telah dimaklumkan. Tetapi masa perundingan itu berlaku, saya terpaksa pulang tergesa-gesa ke Kota Bharu, saya belum tahu apa maklumat dalam perbincangan tersebut.

"Tetapi saya rasa pada umumnya ia tidak ada halangan," katanya.

Selain bekas presiden parti Semangat 46 itu, tambah Husam, beliau juga akan bertemu dengan Timbalan MCA, Dr Chua Soi Lek, dan pemimpin Gerakan yang turut mendesak agar DUN Perak dibubarkan.

Husam telah menemui Tengku Razaleigh petang tadi, dan akan menemui Dr Chua esok atau pada hari Isnin

Ketika ditemui di kediaman Tengku Razaleigh selepas pertemuan mereka, Husam yang juga exco Kelantan, menyifatannya sebagai "positif".

Tengku Razaleigh dijangka mengeluarkan kenyataannya berhubung perkara tersebut, kata Husam. Malaysiakini.

8 ulasan:

Awanama berkata...

tolong jangan banyakkan tulisan di muka depan..biar orang klik baru lanjutkan tulisaN YB.hARAp yb TteriMaa komEN sAya ini...wassalam

Awanama berkata...

berbicara dengan umno tak boleh tapi dengan ku li boleh.bukankah ku li pun umno?orang pas ini memang memeningkan kepala,betul2 flip flop lah.

Abdullah Ngah berkata...

Apa guna mengharapkan orang yang tidak ada power dalam Umno.Kalau Ku Li ada power sudah lama dilantik kejawat menteri.

Siapa yang hendak dengar cakap orang yang sudah muflis politik seperti Ku Li itu.Rakyat dah mula lupa, kecuali rakyat Gua Musang dan orang orang PAS yang gopoh sahaja.

Orang yang berbuat demikian iaitu mengadakan pertemuan dengan orang yang sudah muflis politik sudah tentu ada udang disebalik batu.

Maaf. saya dah dapat baca politik Husam Musa sejak dari dahulu lagi. Kelihatan semacam hendak tiru orang Umno dalam mencari pengaruh.

Beliau kelihatan suka tonjol diri dalam banyak majlis untuk dapat undi dalam muktamar 5 Jun nanti.

Inilah gaya politik orang Umno.

Oleh itu, pertemuan Husam dengan Ku Li sia sia sahaja. Cuma dapat pablisiti murah untuk pancing undi.

Kalau pendapatnya laku sudah tentu Najib ikut sahaja saranannya supaya Dewan Perak di bubarkan, kerana itulah satu satu kaedah untuk menyelesaikan kemelut politik Perak yang semakin hari semakin haru biru itu.

Awanama berkata...

Kalau tak boleh brbcara dgn umno, mcm ane jiran kita yg umno...? takkan tak tgur sape kot...? Nabi pun brbcara dgn abu jahal yg sah ahli neraka... jgn brfikiran kolok. PAS tak boleh masuk/bersatu/combine/bersekongkol/(ntah ape lagi yg sewaktu dgnnya...)dengan bn, tuu je.. Kalau utk ISLAM apa salahnya PAS berbicara...? ISLAM FOR ALL kan....

Awanama berkata...

Orang Pas ni ada mata ada telinga ada mulut dan ada otak, tak seperti orang UMNO yang hanya ada spring kat leher hanya boleh anggugk angguk, terutama zaman Che Det, tak siapa berani berhujah.
Apa salah jumpa Ku Li, walau pun dia ahli UMNO tapi pemikiran nya tak seperti MR PASS THE BUCK.

ubatkuat berkata...

apa yang diulaskan oleh tanpa nama tu betul,,hei orang2 sekular aku nak berpesan,,jangan ada lagi yang PM yang macam APANAMA tu,,hei orang2 sekular.. kerana perbuatan APANAMA lah,,MALAYSIA yang permai indah ni jadi kucar kacir,,pemerintahankuku besi dia menyebakan institiusi KEHAKIMAN,PDRM,SPR,BPR,jadi busuk lagi meloyakan dan tak lebih jadi kuda tunggangan!sedih amat sedih,,hei orang2 sekular,,kerana APANAMA LAH kuasa SULTAN/RAJA dipertikaian dan dikurangkan,mari tegakkan ketuanan islam,dirikanlah hukum HUDUD dan YA ALLAH HANCUR LEBURKANLAH SEKULARISME DI BUMI BERTUAH INI,,TAKBIR TAKBIR DAN TERUS TAKBIR

abdullahngah berkata...

Tidak dinafi ada orang umno yang baik tapi baiknya tidak boleh pakai. Kalau kita pakai pendapatnya punahlah kita.

Macam presiden PAS yang pakai pendapat yang dicetuskan oleh Ku Li itu.

Sekarang apa sudah jadi dengan prsiden PAS yang cuba cetus kerajaan perpaduan.

Ramai orang PAS yang tidak berkenan dengan kaedah itu.

Bukan setakat itu sahaja malah sudah dipertikaikan siang malam akan kewibawaannya dan Nasruddin Mat Isa terpalit juga.

Kalau sudah terpalit dengan isu itu sudah barang tentu kalahlah jangan diharap akan menang dalam jawatan itu jun ini.

Inilah akibat buat sesuatu yang salah dalam melayari perjuangan Islam.

Saya masih ingat ayat Allah dalam surah Ali Imran ayat 179 yang bermaksud: "Allah tidak sekali kali akan membiarkan orang orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampuraduk mukmin dengan munafik, bahkan ia tetap menguji kamu)sehingga ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman)dan Allah tidak sekali kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara perkara yang ghaib, akan tetapi Allah memilih dari Rasul rasulnya sesiapa yang dikehendakinya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara perkara yang ghaib itu). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul rasulnya dan jika kamu beriman dan bertakwa maka kamu akan beroleh palaha yang besar."

Ingatlah.

Awanama berkata...

Ku Li boleh jadi pengantara dengan Istana Perak. Dalam kacau bilau ini tentu pihak istana ingin menjaga imej yang telah kusut. Oleh itu saya sokong Ku Li main peranan utama atas kapasiti kerabat raja. Jejuak umno mmg panas miang bila Zamry /Umno terhimpit di Perak.