18 Mei 2009

Tutup hidung dan mulut depan menteri

Fauzi Irwan Shah

Beginilah suasana "berjaga-jaga" ketika petugas media menghadiri sidang akhbar Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang pulang dari Amerika Syarikat.

Tutup hidung badan mulut, selain pastikan jarak 10 kaki daripada menteri ini sebagai langkah berjaga-jaga, manalah tahu kalau-kalau terbawa bersama virus maut. (yang duduk sebelah menteri tidak boleh buat apa-apa, terserah kepada takdir sahajalah, kalau pakai penutup mulut, nanti kecil pulak hati menteri).

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Yang mencuit persoalan kita ialah adakah datuk menteri sudah "dibersihkan" sebelum melangkah keluarkan balai ketibaan, atau mentang-mentang beliau menteri maka boleh bolos begitu sahaja? Barangkali ada juga yang nak minta beliau dikuarantinkan, cuma tak berani nak bersuara.....

Jangan marah datuk, sekadar meluah kebimbangan. kita juga bimbang dengan keselamatan datuk andai ada kalangan media yang tidak memakai penutup hidung tu baru lepas interview mat salleh yang masuk sebelum pc datuk.

kebimbangan adalah wajar demi mengelak petaka.

bypass308.blogspot.com

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

Nampak sgt ada birokrasi..sepatutnya Pak Menteri pun kena kuarantin. Kita dah sedia maklum Amerika kena H1N1 so Pak menteri tak payah datang keja kena Kuanrantin dulu baru boleh keja. Selamat di kuarantin pak menteri.

Kekacang berkata...

Pak Menteri pun tak terkecuali dari mendapat penyakit H1N1. Jadi eloklah dikuarantin dahulu. Nanti kalau sakit, dah pasti banyak wang rakyat dihabiskan pulak.

http://kekacang.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Bagus pun orang media tutup hidung...bukan apa takut tersebar penyakit bawaan "angin"......kalau boleh tutup telinga sekali...maklumlah takut berjangkit pula penyakit "fitnah" maklumlah orang tu kan baru lepas berjumpa orang penting di amerika(kawasan yang bermacam-2 penyakit.....kita semua dah tau dah...sapa mamat sorang ni.....

komeng berkata...

sebenar orang media terpaksa berjaga-2 takut terbau angin busuk yang keluar dari mulut pak menteri tersebut.....sekali tercium terpaksalah mandi air 7 kolah mesjit....he he he....kema semua kat perak ni semua dah tahu.......

yes berkata...

Pak menteri tu kebal. Kebal dari segala segi, hinggakan virus flu babi pun tak berani rapat.
Tak apalah, kita doakan agar semuanya selamat.