Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .
Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.
Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.
Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?
“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya
Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.
“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,” ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.
Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatan Datuk Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.
Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.
Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad.
Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi 'precedent case' (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk Ahmad segera melepaskan jawatan Menteri Besar secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO. - buletinonline

5 ulasan:
Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Bagaimana boleh jadi begitu, sedangkan menteri besar itu dilantik kerajaan dengan persetujuan sultan.
Adakah dengan sebab tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN diluar dewan jawatan menteri besar boleh lucut sendirian sedangkan proses pelucutan jawatan mesti melalui undi tidak didalam Dewan yang menjalankan persidangan.
Tidakkah ianya melanggar prosedur undang undang yang digubal.
Tidak dinafikan mereka yang ada kuasa boleh buat apa yang mereka suka, tetapi ingatlah sikit apa yang dilakukan itu suatu yang amat dimarahi rakyat serta mendapat kemuarkaan Allah jua.
Setiap kita akan mati dan akan disoal oleh Allah apa apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini.
Kita bukan haiwan apabila mati tidak disoal akan apa yang dilakukan diatas muka bumi ini. Tetapi manusia lebih lebih lagi mengaku beragama Islam yang pasti akan dibalas dengan azab kekal didalam negera dan kekal didalam syurga.
Ingat wahai manusia yang dianugerahkan agama Islam.Sebaik baik anugerah bukan akal, tetapi agama Islam menjanjikan kebahagiaan didunia dan diakhirat.
Mungkin mereka merasa bahgia didunia kerana dapat pangkat yang tertinggi dan gaji yang lumayan. Sebab itu mereka bertindak tanpa mengambil kira peringatan Allah akan betapa azabnya jika tersilap.
Bermacam macam alasan akan dikemukakan untuk menegakkan benang basah mereka. Hari ini Ghani Patail kata pulak sultan tidak pecat Hj Nizar tapi jawatan MB terlucut kerana tiada sokongan majoriti. Siapa majoriti? Ketika itu BN juga ada 28 ADUN ..3 adun lagi telah meletakkan jawatan dan kemudian menjadi ADUN Bebas.
Mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, kerana kes merka adalah sama seperti di Perak.
lawati http://muslimatpaskampar.blogspot.com/
hai gani! PI BUAT RAYUAN BATU PUTIH ADA JUGA BAIKNYA!
lembula korang ni... kalau ikutkan pas ,dap,pkr tak leh memerintah perak sebab mereka bukan majoriti,, yang majoriti ialah umno...tapi disebabkan pas +dap+pkr =kerajaan campuran bersetuju bergabung tu yang boleh memerintah kerajaan,,, bodo lembu betul ka u ni anamuslimah...lembu
is jangan le kutuk muslimah macam tu kesian dia
i setuju dengan hakim batu hitam
patut perah otak nak dapat kan batu putih bukan porak peranda kan negeri teman
Catat Ulasan