06 Mei 2009

Hanya dua agenda, dua usul hari pertama sidang DUN - Speaker

IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya mempunyai dua agenda apabila ia bersidang semula Khamis ini di sebalik krisis politik yang menghantui Perak sejak awal Februari lalu.

Selain ucapan diraja Raja Muda Perak Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, sidang dijangka memberi tumpuan ke atas dua usul yang berkaitan dengan kedudukan Speaker, kata Speaker DUN, V. Sivakumar.

"Setakat ini saya cuma ada dua usul iaitu pertamanya untuk menyingkirkan Speaker dan kemudian melantik Speaker yang baru," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan pendiriannya tentang dua usul tersebut sama ada menerima atau menolaknya.

Malah beliau juga enggan menyatakan apa-apa apabila ditanya mengenai susunan kedudukan anggota DUN kali ini.

Tinjauan di DUN selepas sidang media itu mendapati kedudukan masih seperti sebelum sesi sidang lalu ditangguhkan November lalu.

Bagaimanapun papan tanda nama Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kudeta, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak kelihatan.

Krisis politik Perak bermula 5 Februari lalu dengan menyaksikan kerajaan negeri berubah tangan daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN) hasil dari satu rampasan kuasa oleh pemimpin BN yang menyaksikan kebangkitan rakyat semakin membenci BN.

Mengenai hasil mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Sivakumar memberitahu, ia membincangkan aduan yang diterima daripada ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim A Jumaat lalu bahawa wakil rakyat telah dihalang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Ketua Polis Ipoh daripada memasuki DUN untuk hadiri sidang tergempar 3 Mac lalu.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak hadir atas alasan notis tidak cukup masa dan tidak mengikut Perintah Am.

Kata Speaker, hanya Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham memberikan keterangan kepada jawatankuasa itu.

Sivakumar menambah, meskipun SUK Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias 'memulau' daripada menghadiri sesi inkuiri itu beliau tetap akan mengemukakan laporan kepada DUN Khamis ini.

"Surat kedua-dua Rahman dan Azisman sama bulat-bulat. Saya telah tulis surat kepada Rahman meminta penjelasan apa yang dimaksudkan tidak mematuhi Perintah Am," katanya.

Ngeh datang pukul 3 petang dan sepatutnya disusuli oleh Rahman dan Azisman pada 3.30 petang dan 4 petang.

Berita Asal dengan edit dari Mstar

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

u- untuk
m-mereka
n-neraka
0-only

Tanpa Nama berkata...

lawan , lawan,lawan Nizar dan geng mesti mara, pantang undur sebelum berjuang!jangan nak harapkan Mahkamah sangat , ....

Tanpa Nama berkata...

Semoga kebenaran dan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak.