06 Mei 2009

Jangkaan Saya: UMNO Tidak Akan Tanding Kerusi Di Pilihan Raya Kecil Penanti

Go Malaysian

Keputusan Barisan Nasional sama ada akan bertanding pada pilihanraya Penanti ditundakan lagi, ramai yang menjangkakan PM Najib akan umum keputusan ini di Sabah nampaknya kecewa sekali lagi. Jadi kita hanya boleh tunggu dan lihat sama ada BN akan turut serta dalam pilihan raya kecil kali ini.

Tetapi saya jangka BN tidak akan tanding kerusi ini ekoran beberapa sebab di bawah:

1) Sejak mula lagi Najib sudah cuba mempengaruhi pemikiran pengundi bahawa pilihan raya ini adalah membazirkan wang rakyat, maka jika mereka menyertai pilihan raya kali ini di saat akhir maka mereka telah menampar muka mereka sendiri.

2) BPR membuat keputusan tidak mendakwa Fairus.

3) Media aliran utama dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya turut sama dengan Najib membuat laporan dan mempengaruhi pemikiran pengundi bahawa pilihanraya kecil adalah membazirkan duit rakyat, maka jika BN tidak serta dalam pilihan raya kali ini maka mereka akan melaporkan BN memilih jalan bijak kerana tidak membazirkan wang rakyat (walaupun kita semua tahu kenapa BN tidak bertanding kali ini).

4) Mahathir pada mulanya mengutuk keputusan Najib untuk tidak bertanding akhirnya bertukar ke kata yang lebih lembut maka saya percaya mungkin Najib telah terang kepadanya sebab BN tidak bertanding kerusi ini.

5) Parti dalaman BN seperti MCA, Gerakan dan MT UMNO tidak menyeru BN untuk bertanding malah bersetuju dengan pendapat Najib untuk tidak bertanding kecuali hanya Mukhriz yang menentang keputusan ini (ya, sekiranya Mahathir setuju maka saya 100% percaya Mukhriz akan turut bersetuju).

6) Kekalahan lima kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia telah menjatuhkan imej BN.

7) Najib tidak akan senang sekiranya Media masa dan pembangkang menjadikan pilihan raya kecil kali ini sebagai undi tidak percaya terhadapnya (seperti yang biasa diperkatakan Pembangkang). Lihat saja kenapa dia tidak muncul di pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ini jelas memberitahu kita bahawa dia tidak mahu melibatkan dirinya sendiri dalam pilihanraya kecil, supaya rakyat tidak akan jadikan pilihanraya kecil ini sebagai ukuran terhadapnya.

8) Penanti merupakan kubu kuat PKR.

Tapi saya jangka PKR tidak akan menang tanpa bertanding di Penanti ini kerana saya percaya calon bebas akan muncul pada saat terakhir. Pada ketika itu, kita akan tertanya-tanya siapakah mereka? dari mana datangnya mereka? siapa yang sponsor duit bertanding dan kempen mereka? tentunya banyak persoalan yang akan wujud. Tapi saya percaya situasi di Bukit Selambau tidak akan wujud di Penanti ini iaitu sehingga belasan calon yang keluar bertanding.

Maka dengan ini saya percaya, pilihan raya kecil Penanti ini tetap akan dipertandingkan cuma apa yang kita risau ialah majoriti yang akan diperolehi oleh PKR.

Tapi semua ini hanyalah jangkaan saya, politik akan berubah setiap masa, maka tidak sampai saat akhir kita tidak akan tahu keputusannya.

http://gomalaysian.blogspot.com/2009/05/jangkaan-saya-umno-tidak-akan-tanding.html

Tiada ulasan: