06 Mei 2009

YB Kuala Nerang tidak perlu letak jawatan ?

Harris Prince

Dikatakan bahawa ADUN Kuala Nerang telah diisytiharkan muflis atau dalam bahasa harian - Bankrap. Seperti biasa Pakatan Rakayat mendesak agar ADUN tersebut letak jawatan manakala BN pula pertahankan kedudukan ADUN tersebut dengan mengatakan bahawa beliau tidak perlu letak jawatan.

Adakah perlu ADUN Kuala Nerang letak jawatan? Saya berhujah bahawa tidak ada keperluan berbuat demikian. Alasan-alasan saya adalah berikut: -

Mengikut Fasal 6(1) (b) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan seseorang itu hilang kelayakan (disqualified) daripada menjadi Ahli Dewan Undang Negeri apabila seseorang itu merupakan seorang undischarged bankrupt. Dalam erti kata lain – beliau telah
diisytiharkan bankrap dan perintah kebankrapan tersebut belum lagi dibatalkan oleh Mahkamah. Lazimnya pembatalan hanya boleh berlaku apabila kesemua hutang sipemiutang telah dijelaskan dan Mahkamah perintahkan agar perintah-perintah adjudikasi dan penerimaan yang telah mengakibatkan kebankrapan tersebut dibatalkan.

Sekiranya benar ADUN Kuala Nerang telah diisytiharkan bankrap dan kebankrapan tersebut belum lagi dibatalkan maka perkara yang perlu dilakukan bukan memberi tekanan agar ADUN tersebut meletak jawatan akan tetapi mengikut Fasal 8(1) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, Dewan perlu bahaskan persoalan samada betul atau tidak ADUN berkenaan merupakan seorang undischarged bankrupt dan apa-apa sahaja keputusan Dewan berkenaan isu tersebut adalah muktamad.

Apabila Dewan, selepas perbahasan, berpendapat bahawa ADUN bekenaan sememangnya seorang undischarged bankrupt, maka ADUN tersebut hendaklah dianggap sebagai telah disqualified daripada menjadi ADUN. Dalam bahasa mudah - seorang ADUN yang telah diisytiharkan bankrap dan perisytiharan tersebut belum lagi dibatalkan hendaklah dianggap sebagai terbatal pemilihan beliau sebagai ADUN.

Walaubagaimanapun, Dewan boleh tangguh sebarang keputusan berkenaan dengan kedudukan ADUN tersebut untuk membolehkan ADUN berkenaan menggambil tindakan untuk membatalkan perintah kebankrapan tersebut atau sekiranya tindakan sedemikian telah diambil, sehingga Mahkamah membuat keputusan sewajarnya. Keputusan Mahkamah yang disebut disini bukan keputusan berkenaan dengan kedudukan beliau sebagai ADUN akan
tetapi keputusan samada terbatal atau tidak status kebankrapan ADUN berkenaan.

Dari fahaman saya, apabila ketetapan telah dibuat oleh Dewan bahawa seorang ADUN telah disqualified atau dilucuthak atas sebab telah diisytiharkan bankrap maka dengan sendirinya kerusi DUN tersebut hendaklah dianggap sebagai telah kosong dan Speaker perlu maklumkan perkara tersebut kepada SPR. Memandangkan keputusan Dewan adalah muktamad, SPR pula tidak boleh memberi sebarang alasan selain daripada
mengadakan pilihan raya kecil dikawasan tersebut. Berdasarkan pada apa yang dihujahkan diatas, maka mana datangnya keperluan ADUN yang telah disiytiharkan bankrap meletak jawatan?

Saya syorkan, Dewan Undangan Negeri Kedah dengan segera bahaskan persoalan ADUN Kuala Nerang dan ajukan ketetapan yang bakal dibuat oleh Dewan kepada SPR dan seterusnya beri tekanan kepada SPR agar pilihan Raya Kecil Kuala Nerang diadakan dengan segera.

Jangan buang masa lagi !!!. ADUN Kuala Nerang telah diisytiharkan bankrap sejak November, 2008 dan atas sebab itu kerusi Kuala Nerang juga adalah dianggap sebagai telah dikosongkan sejak November 2008 melainkan sekiranya kebankrapan tersebut telah dibatalkan.

link: www.pkrraub.blogspot.com

8 ulasan:

*~De' Reza Family~* berkata...

Ayuh!!!!...segera gunakan peluang ini utk menyerang mereka...kerana mereka tidak pernah tidur utk mengganggu gugat kestabilan pemerintahan yg telah diamanahkan kepada kita..sebagaimana kjaan PR Perak, Penang & Selangor....saban hari dan waktu mereka meroyannn

Tanpa Nama berkata...

setuju 100%. Speaker Kedah kena tunjuk bahawa speaker dari PR ada kualiti. Tidak seperti speaker dari BN.

Tanpa Nama berkata...

setuju 100%. Lepas ni kita berentap pula di Kedah. Pulun Kedah pulun.

Tanpa Nama berkata...

abis22 awat terhegeh sangat..cepat lah bahas!!!

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat speaker kedah ni kurang pengetahuan tentang menguruskan dewan...
jangan bikin malu pakatan la...
segeralah bertindak,tunggu apa lagi
nak tunggu letak jawatan bukan caranya...
spr kan tali barut umno so depa akan cuba sedaya upaya utk elakkan prk lagi....

Hamba Miskin berkata...

Saya ada satu soalan bang idham..

ada ke kemungkinan umno akan bayar segala kebangkrapan yang di hadapi kuala nerang tu?

Harris Abdullah berkata...

Ayuh layari www.pkrraub.blogspot.com untuk cerita-cerita seterusnya

Harris Abdullah berkata...

Ihya biar saya jawab bagi pihak YB. Betul apa yang ihya katakan itu ... itu sebabnya Speaker kena bertindak cepat sebelum perkara kebankrapan itu dibatalkan.