Saya sebagai salah seorang ADUN Negeri Perak atas alasan masih belum terlambat sebelum sidang akan datang pada 7 Mei ini telah mengutus sepucuk surat kepada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengenai penghinaan kepada Speaker,DUN dan Ahli-ahli yang Berhormat apabila kami dinafikan hak untuk masuk bersidang dalam Dewan Negeri pada 3 Mac yang lepas.
Insiden dari penafian hak kami oleh pihak yang tidak bertanggung jawab itu kami terpaksa mencipta sejarah dengan bersidang di bawah sepohon pokok tidak berapa jauh dari bangunan Dewan Negeri.
Berdasarkan surat pengaduan dan laporan saya menyebabkan Speaker telah memanggil satu Mesyuarat Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh beliau. Saya sebagai pelapor dipanggil sama dalam mesyuarat tersebut yang diadakan pada jam 3.30 petang tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr.Abdul Rahman Hashim dan OCPD Ipoh, Azisman Alias dan Dato Ngeh Khoo Ham di panggil sama untuk memberikan keterangan. Namun yang hadir hanyak Dato' Ngeh. Dua yang lain memberi jawapan untuk tidak hadir dalam surat yang sama nadanya dengan alasan tidak cukup waktu dan tidak mematuhi peraturan tetap. Alasan tersebut dinafikan speaker dalam sidang akhbar sebentar tadi.
Menurut Sivakumar panggilan mesyuarat mematuhi peraturan tetap 72 (1) dan (2).
Selain itu beliau memaklumkan kepada media bahawa tiada sebarang keputusan diambil pada hari ini, cuma proses siasatan dan mengambil keterangan. Sebarang pengumuman akan diadakan dalam dewan nanti.

1 ulasan:
Assalamualaikum...
Blog YB antara mendapat rating tertinggi... Apa kata buat satu undian suara pilihan rakyat PERAK.
contoh: Apakah pendapat anda mengenai kerajaan perak sekarang?
a) Kerajaan sekarang adalah kerajaan yang sah
b) Teruskan berkonfrontasi antara BN dan PR
c) Dapatkan mandat baru dari rakyat
Catat Ulasan