23 Mei 2009

Hairan, BN sudah umum tanding di Manek Urai, adakah mungkin BN letak calon di Penanti esok?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan di Singapura bahawa BN akan meletakkan calonnya bagi mencabar PAS di kerusi manek Urai Kelantan.

Sementara itu Barisan Nasional dikatakan akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, umum timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Tanpa ada mesyuarat rasmi dan sebagainya nampaknya UMNO sudah membuat keputusan "berani mati" @ berani kalah bila mengesahkan akan bertanding di DUN Manek Urai Kelantan itu setelah ada kekosongan bila ADUNnya kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.

Sedang kenyataannya bagi mengumumkan tidak berlawan di Penanti BN dan UMNO melalui sekurang-kurang tiga mesyuarat penting.

Hairan dan ajaib cepat pula Najib dan Muhyiddin satu kepala membuat keputusan untuk bertanding sedangkan di penanti belia sangat takut kepada Pakatan rakyat.

Melihat kepada reaksi mereka berdua pada hari ini saya semacam tidak percaya mereka tidak akan meletakkan calon di Penanti esok. Apapun kita tunggu dan lihat adakah benar sangkaan saya , manalah tahu tiba-tiba Najib dan Muhyiddin akan muncul di Penanti dengan calonnya.

Alasan saya kalau boleh di Manek Urai, kenapa tidak boleh di Penanti ?

21 ulasan:

Unknown berkata...

Salam... Bila ada dinegara orang. Dengan Tabik dada dan kembang hidung ubn mahu meletakkan calun di manik urai. Nak cover malu tu. Tup-tap bila balik malaysia tarik balik kata-kata tu. sapa yang tahu... keh-keh.

mamat berkata...

lidah becabang.....pemimpin jenis biawak tidak boleh dipercayai....

Tanpa Nama berkata...

Saudara. Ini adalah perangkap. UMNO akan letak calon nye esok. kemenangan nizar di mahkamah tinggi hari tu pun adalah polemik BN. ESOK MEREKA AKAN LETAK CALON! xkira sekarng dieorg kate xmau letak skalipun, PR kena bekerja keras! tunjukkan kite bersungguh2 nak menang di penanti. bukan ambil sambil lewa. sume parti PR kena kerjasama!

Tanpa Nama berkata...

najib cakap putar belit....
kta pihak PR berpantang maut sebelum ajal...takbir

Tanpa Nama berkata...

mampus lah BN kat Manik Urai. Jangan sesekali berani masuk area kami. Nyah kau BN...

Tanpa Nama berkata...

ada beza dia..di penanti ADUN PKR letak jawatan sebab nak pegi sambung belaja...tp di Manek Urai..ADUN dipanggil mengadap Ilahi...itulah beza dia kalau ko nak tau..

jd mana satu sebab yg betol2 logik utk bertanding di p/raya??sudah pasti di kelantan..kalau tak boleh nak fikir gak sebab dia..taktau la otak kamu tahap mcmana..jgn la bodoh sgt ikot nafsu...pakai le otak dan iman

Yong berkata...

Yeay! yeay! Dapat pembangunan mee segera!!!

Tanpa Nama berkata...

Najib dan Muhyidin macam-macam ada taktik.

zizi3131 berkata...

Tunggu dan lihat........
kalau dah makan duit haram .......yang haram jadi halal....

Tanpa Nama berkata...

mereka yakin boleh makan di manek urai kerana disana kawasan orang-orang melayu, faham-fahamlah orang melayu, di penanti pulak mereka tak berani kerana ramai orang bukan melayu yang solid molid tolak bn, maklumlah orang-orang bukan melayu bukan mudah diperbodohkan !!!

alamalikut berkata...

BN nak letak ker tak letak ker...dia punya pasal. PR kena keje keras tu saja...soal Penanti PKR kena fhm jg anggap PAS dan DAP bak melukut ditepi gantang.. jg ckp lebih lebih nanti tersinggong kawan.

FutureLeader berkata...

UMNO-BN akan buat apa saja demi mendapatkan kuasa untuk memerintah. diharapkan pada YB-YB dan sahabat-sahabat sentiasa berjaga-jaga. saya kurang setuju dengan fenomena kita mengatakan BN takut, BN pengecut sebab, dalam keghairahan kita menganggap mereka takut, rupa-rupanya mereka akan tikam kita dari belakang. Jangan ulangi sejarah pilihanraya 2004 yang menyaksikan PAS kurang mendapat sokongan apabila agak ghairah dengan kemenangan pilihanraya 1999. diharap para pemimpin PR di Perak khususnya dan seluruh Malaysia amnya, berhati-hati dengan BN, sebab mafia-mafia ini tak kenal erti kesopanan dan kesusilaan, mereka akan redah apa saja selagi rakyat masih menyuap mereka-mereka ini dengan sokongan yang jahil tentang diri mereka sebenarnya.

BERWASPADA SEBELUM MEREKA MEMUSNAHKAN KITA SECARA SENYAP-SENYAP.

Itu pandangan saya. wasalam.

Corong Kita berkata...

kambing...kambing...siapa lagi nak jadi kambing????

http://corongkita.blogspot.com/2009/05/kambing-hitam-kata-boleh.html

musafirlalu berkata...

Kepada Pakatan Rakyat khususnya ahli Pas,sudah tiba masanya kita bekerja dengan lebih keras lagi untuk menarik lebih ramai ahli-ahli UMno.Sudah lebih 60 tahun kita berjuang dalam menegakkan syariat Allah s.w.t.Bermacam dugaan dan tekanan telah kita tempohi.Kalah dan menang sudah menjadi darah daging buat kita.Bermuhasabahlah diri kita dalam kita memcari keRedhaan Allah s.w.t.Banyak tenaga,harta dan darah telah kita curahkan dalam perjuangan kita.

"Apakah kamu sudah mengaku kamu beriman tanpa diuji oleh Allah s.w.t.seperti orang-orang yang terdahulu".Lihat dan bacalah akan ujian yang telah Allah s.w.t. uji terhadap saudara-saudara kita dalam mempertingkatkan iman mereka.

Apa yang berlaku selepas mahkamah membuat keputusan yang tidak memihak kepada kita adalah mempunyai suatu perkara yang Allah sembunyikan daripada kita.Mungkinkah itu adalah hayat yang Allah berikan kepada BN untuk memerintah sebelum PRU 13 nanti.

Allah tidak memberikan kemenangan tanpa usaha kita yang perlu dipertingkatkan.Seperti kata Almarhum Ust.Yusuf Rawa"Tarbiahkanlah diri kita sebelum kita memtarbiahkan orang lain.Satu kata-kata yang ringkas tetapi padat isinya.Persiapkan diri kita sebelum kita mengambil alih pemerintahan sekarang ini.

Usah kita mengikut rentak tari yang di mainkan oleh UMno yang akan kita talkinkan nanti.Janganlah kita terlalu bermegah dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita.Gunakanlah kuasa yang diberi dengan sebaik-baiknya.Dekatilah rakyat tanpa mengira apa idologi politik mereka kerana itu adalah sebaik-baik perbuatan.

Rakyat sedang memerhati kita setelah 4 negeri diberi perluang memerintah.Usahlah kita menyimpan dendam apa yang telah mereka lakukan kepada kita dimasa lalu kerana ini membuatkan kita sama perangai dengan mereka.Selalulah turun padang mendekatkan diri dengan rakyat jelata.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh.

Orang Melayu berpecah, bercakaran, berebut harta dan kuasa sebab Allah murka kerana tidak mengikut peraturannya sebagaimana Surah An-Nisa Ayat 12 dan 13.
Cuba dengar senikata lagu M Nasir "Hud-Hud" perenggan awalnya. Apalah ada pada dunia fana' ini yang sewaktu-waktu kalau Allah nak tarik nikmatnya, dengan kunfayakun boleh berlaku. Kalau nak satukan umat, satukanlah Islam yang benar terlebih dahulu. Formulanya telah disampaikan Nabi SAW 1,400 tahun dahulu. Kita harus cari dan kupas semua nikmat ini dengan nikmat pendengaran, penglihatan dan hati yang ikhlas. Empayar Islam yang begitu cemerlang, terbilang, gemilang dan gagah perkara yang telah menguasai dunia sekalipun, boleh berkubur. Inikan pula sekelumit Malaysia ini. Ingatlah amaran Allah "wayastabdil qauman ghairakum" dimana Allah berkuasa menukar bangsa dengan sekelip mata kiranya Allah menghendaki.
Ingatlah sebagaimana yang disebut Nabi SAW bahawa kita hidup di dunia ini tak lebih seperti berhenti makan dan pulang ke negara akhirat sebab 1 hari di akhirat 1000 tahun didunia dengan nisbah 70 tahun kita hidup bermakna hanya kurang dari 30 minit waktu akhirat untuk selama-lamanya. Saya mengingatkan diri saya dan saudara bahawa sandiwara dunia tidak akan menjadi realiti kalau kita tidak kembali seperti apa yang dituntut Allah dan utusannya.
Alhamdulillah jazakumullahu khairoh.
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

bodoh ke cerdik pemilik blog ni

Tanpa Nama berkata...

penanti tu tak yah hantar calon...sebab saje je pkr buat pasal..kat kelantan ni nak buat macam mana adun meninggal...bodoh..drs khalil..kena pi sekolah balik..cabut je kopiah tu..muka pun tak bersih..ala2 pengganas dari seberang..pengganas bertopeng islam

Tanpa Nama berkata...

drs ke macam nih..malu je...buat blog biarlah ikut akal waras ni macam org separuh gila

Idham Lim (林川興) berkata...

dua tanpa diatas sebetulnya komunis, masuk blog YB pun guna tanpa nama, memang penakut macam tikus pondan, nasib baik YB siarkan ulasan bodoh anda, apa kaitan dengan kopiah dan sampai YB dikatakan komunis dan gila. komenlah dengan ilmiah dan keadaan sedar.

Kalau nak bela BN jangan sampai jagi macam orang tak ada otak, jangan harap selepas ini YB siarkan komen orang bodoh dan tidak waras macam saudara berdua dimasa akan datang, jangan siar lagi YB..WMCI

FutureLeader berkata...

hehe... sebenarnya yang tanpa nama tu saje nk provoke YB, dia tu penakut tahap apa tak tau la... yang penting YB Drs kuatkan semangat dan tabah menghadapi sebarang dugaan dan jangan cepat melatah. saya sentiasa mengikuti sebarang perkembangan dari semasa ke semasa mengenai perak khasnya... Allahuakbar

nurikhsan2002@yahoo.com

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH:
nak komen atau ulas pada blog ni adalah bebas,,caci maki tak payah lah taruh,,cuma yang 2 ulasan tanpa nama yang berbunyi seperti bermusuh dengan perjuangan islam, kalau berani lah,,tujuk sikit jantan kau tu dengan memberikan ulasan yang sopan sikit,,jangan diikut perasaan tau,,empunya blog ni tunjuk ulasan kau supaya semua orang boleh memikir mana yg baik dan mana yang buruk,,akhirnya bila pembaca yg berotak membacakannya,,nampak terserlah lah kurang bijaksana nya si pengulas tadi,,ibarat kau menyalak bukit bukit tak runtuh anak tekak kau yg sakit,,belum lagi orang membalas kau dengan cacian serta dapat dosa percuma menfitnah orang tanpa bukti,,nak tanya sikit,,ada ke bukti yg menuduh empunya blog ni komunis,,apa kata kalau kau tak ada bukti dan kau mati lepas tu sempat ke kau nak minta ampun dan bertaubat,,buka mata celikkan hati dan basuhkan anggota badan kau dengan wudhu dan dirikanlah solat sunat,,nasihat percuma dan tak perlu bayar serta diupah ni khas buat diri aku dan semua2 umat islam kat blog ni

TAKBIR,TAKBIR DAN TERUS TAKBIR