Ekoran dari penghakiman di Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Dr. Zambry Abdul Kadir kelmarin dengan ini saya mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :
1. Saya menghormati dan menerima dengan hati yang terbuka segala keputusan yang telah diputuskan oleh 3 panel hakim yang semuanya memihak kepada Zambry dalam menentukan siapakah MB Perak yang sah, namun saya sangat kesal seolah-olah 3 panel hakim mahkamah rayuan itu seolah-olah tidak menghormati keputusan rakan sejawatnya di mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas..
2. Perkataan "khilaf" sebenarnya boleh diselesaikan dengan mengaitkan tafsiran Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz pada fasal 16(6) bahawa Nizar perlu dilucutkan dalam sidang tergempar dengan diadakan undian tidak percaya. Ini sekaligus menjawab Fasal 16(2) yang dikatakan oleh Panel Hakim mahkamah Rayuan tidak memperuntuk keadaan bilamana ada kelayakan seorang MB yang hilang kepercayaan ahli dewan.
3. Kerana itu saya tidak dapat memastikan adakah penyokong Pakatan Rakyat dapat menerima keputusan itu, saya menyerahkan kepada mereka untuk menilai sejauh manakah badan kehakiman negara masih perlu dihormati atau sebalik ?
4. Selain itu saya berharap semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berdiri teguh tanpa rasa luntur sedikitpun semangat juang di belakang DS.Muhamaad Nizar Jamaluddin dalam perjuangan mendapatkan kembali hak rakyat yang telah dirompak oleh BN sejak 6 Mac 2009.
5. Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada Ahli-ahli yang Berhormat supaya melakukan tugasan sebagai ADUN di kawasan masing-masing seperti biasa dengan menerangkan kepada rakyat dan terus memberi tekanan semaksima mungkin kepada BN sehingga ke satu tempoh pilihanraya akan datang,adakah di masa terdekat dan paling lama PR Umum ke 13 nanti.
6. Dengan ini saya juga menegaskan sekali lagi perjuangan kami Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat di Perak tidak akan luntur dan goyah dengan keputusan kelmarin.
Titi Serong, 23 Mei 2009,
DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

7 ulasan:
Kami dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit katil,Melaka bersetuju dengan pandangan YB dan menyedari akan hakikat bahawa senario yang melanda badan kehakiman negara adalah belum lagi pulih sepenuhnya malah dilihat semakin parah.
Kepada semua ADUN Pakatan di Perak bersabarlah,teruskan khidmat cemerlang YB-YB semua nescaya rakyat sedang melihat serta menilai setiap gerak kerja tuan-tuan Yang Berhormat sekalian.
Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT menghancurkan konspirasi kezaliman ini beserta dengan pencatur-pencaturnya sekali.
Kita doakan juga semoga pembubaran DUN Perak dibuat dengan segera.
Setinggi-tinggi tahniah dari kami kepada YB-YB Pakatan sekalian atas kecemerlangan khidmat yang ditunjukkan.
http://pemudabukitkatil.blogspot.com
Dimana rasionalnya BN untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.Yang nyatanya tidak memihak kepada BN.Contoh yang nyata adalah PRK Bukit Gantang,dimana undi popular BN telah menurun.Adalah satu kesilapan besar BN apabila tidak membubarkan DUN Perak.Kerana ingin memerintah Negeri Perak yang hanya berbaki beberapa tahun sahaja,BN sanggup mengambil risiko.Sedangkan kalau BN membubarkan DUN Perak yang pasti BN akan kalah,sekurang-kurangnya BN boleh bangkit kembali pada PRU 13.Tetapi BN telah melakukan kesilapan dengan tidak membubarkan DUN Perak.Ini akan membuat rakyat semakin membenci kerajaan BN.
Daripada 1,195,160 pengundi yang layak,hanya 461,036 sahaja yang keluar mengundi iaitu mewakili 61.42% termasuk yang terbaru iaitu Bukit Gantang.Dengan Pakatan Rakyat telah mendapat sebanyak 450,978 undi(61.43%) dan BN mendapat 282,220 undi(38.44%).Ini adalah berpandukan pada undian Parlimen.
Disini kita akan dapat meningkatkan simpati rakyat terhadap Pakatan Rakyat dengan apa yang telah dilakukan oleh BN terhadap DS Nizar.Berpandukan kepada apa yang berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Walaupun kita kalah diMahkamah Rayuan tetapi Mahkamah Rakyatlah yang sebenarnya akan mengadili krisis di Perak.
Perak adalah Negeri yang menjadi perintis kepada kekalahan kerajaan BN yang akan diikuti dengan negeri-negeri lain.Kerajaan pusat sudah menjadi goyah dengan isu diNegeri Perak.Jadi sama-samalah kita memperkukuhkan Pakatan yang telah kita usahakan.Sudah sampai masanya kita mengunakan segala jentera kita untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang apa yang yelah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN.Dedahkanlah segala kekayaan keluarga,adik beradik dan kroni-kroni mereka.Sebarkan gambar istana-istana mereka.Inilah peluang kita yang kita tunggu selama ini semasa kemarahan rakyat masih memuncak.
Terima kasih kepada Blogger-Blogger kita yang bekerja tanpa memdapat apa-apa imbuhan.Segala perbelanjaan mereka adalah daripada poket mereka sendiri.Maka sama-samalah kita membantu mereka dari segi kewangan untuk mereka.
jangan berangan-anganlah PR
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,,,
teruskan perjuangan wahai khalifah dan pendukung panji2 islam,,kami akan terus berjuang walau dalam apa jua cara sekalipun
sayangkan ALLAH kasihkan ISLAM dan tegakkan TIANG UGAMA
ALLAH HU AKHBAR,ALLAH HU AKHBAR,ALLAH HU AKHBAR
WALILLAH HIL HAM
WASSALAM
woi tanpanama...kalau takat nak taruk nama pun takut mcmana nak nak lawan PR sama mcm najib &zombie la jugak....
tak payah taruk nama...lawan PR buang masa aje!!!!
kepokgondle..ni kepokgote nok tanyo..perangai org PAS ke ni cakap kasar..macam tak diajar bercakap........astaghfirullohal'azim
Catat Ulasan