23 Mei 2009

Keputusan menyebelahi Zambry, saya mohon semua bertenang.

Keputusan yang diterima sebentar tadi memang saya yakin mengecewakan banyak pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat di Perak. Jadi saya memohon supaya semua pihak bertenang dan menerima dengan hati terbuaka buat sementara waktu keputusan yang diumumkan sebentar tadi.

23 ulasan:

-pendidikhati- berkata...

asalamualaikum..agak terkilan..

tetapi masih loagi betenag..allah bersama kita..

nak tnye..saya tak ariff sangat dgn perjalanan mahkamah..

nak tnye..boleh lagi ke PR buat rayuan @ bantahan selepas ini?

zizi3131 berkata...

Hanya Allah yang tahu akan hikmahNya

Tanpa Nama berkata...

hakim mahkamah rayuan terpaksa beri kemenangan kepada zamri kerana tidak mahu dianggap derhaka kepada sultan agaknya.ini adalah kerana zamri jadi MB atas lantikan sultan.

Tanpa Nama berkata...

Apapun,kite terima je lah keputusan hakim tu.Kite bukan tak biasa dengan kezaliman BN.Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang bersabar..Just wait for PRU 13!!

محمد حكيمى بن عبد المطلب berkata...

Sabar...ada hikmahnya...Allah nk bg yg lebih elok lpas ni..sabar²..itu yg paling penting...tunggu saja....org yg dizalimi xda hijab doanya.....sabar....................

anakYB berkata...

saya rasa ramai juga yang telah dpt menjangkakan keputusan pd hari ini. Namun apa yang telah diputuskan pasti ada hikmahnya..... DS Nizar tahniah dan terus berjuang....Allah sentiasa menyebelahi orang2 yang bersabar....

Tanpa Nama berkata...

alhamdullillah..semoga ade hikmah disebalik semua ni..sekurang2 nyer kite bersedia dgn lebih giat utk memastikan juak2 yg menjual undang2 ni berkubur pada pru akan dtg..semoga Allah memberi taufik & hidayah nyer pada pemimpin kite di atas setiap tindak tanduk mereka..semoga hakim yg tidak adil akan mendapat pembalasan demi Allah..

Toyol berkata...

Memang celaka le segala hakim2 yg tidak mengadili setiap kes dengan seadil2nya...Allah akan melaknat semua Hakim2 tersebut sampai keakhir hayat mereka...Dunie Mereka semua terlepas...Akhirat pasti tidak akan terlepas

Tanpa Nama berkata...

sebone nye teman bila dgr berita dr hakim tentang keputusan tu rasa macam lawak dan jadi tak paham langsung tentang sistem perundangan kat malaysia ni. udah malas rasanye nak jadi orang perak.

Tanpa Nama berkata...

ujian dari Allah pd mereka yang pada nya

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung berkata...

Tiba-tiba jiwa rasa kosong.. namun Alhamdulillah.. inilah dia bukti bahawa Allah SWT itu Maha berkuasa! Dan ujian yang sebenar belum lagi bermula! Sebagai mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam, WAJIB bagi kita bersangka baik dengan apa yang ditentukan oleh tuan empunya alam,Allah SWT.
Ayuh!! semua pejuang kebenaran! kita mulakan langkah semula! teruskan momentum kebangkitan Islam dan rakyat ini! jangan sekali-kali hentikannya! jangan sekali-kali khianatinya! Inilah amanah rakyat yang mahukan perubahan! Inilah amanah rakyat yang mahukan kebenaran! dan yang paling penting, inilah amanah Allah SWT iaitu menegakkan Islam hingga ke mercunya!!

Tanpa Nama berkata...

Allahuakhbar!!!

semoga DUN dibubarkan

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

TAHNIAH!!!!! Boleh ler MB HARAM tidur lena lepas ni
Perlu lagi ker nak bawa ke Mahkamah Persekutuan? Tak perlulah, penat ler.
Biarkanlah MB HARAM terus memerintah sampai 2020. Kepada Pakatan Rakyat PERAK, sudah2 ler membuang masa dan membiarkan PERAK terus dilanda konflik. Kepada SPEAKER PERAK, letak terus jawatan, biarlah SPEAKER HARAM tu naik. Kalau PR menang pon, belum tentu lagi Sultan PERAK memperkenankan untuk BUBAR DUN PERAK.

Yang penting sekarang rakyat sudah tahu siapa yg dipihak yg BENAR. Sokongan rakyat lebih penting drpd segalanya. Kalau ditakdirkan PR memerintah, Insyaallah, PRU ke-13 tak lama.

Nojie Alias berkata...

Tak tahu nak kata apa. Apapun ALLAH lebih mengetahui apa yang akan berlaku. Kita harus menerima kekalahan ini dengan hati terbuka, anggaplah ia sebagai satu ujian ALLAH. Sesungguhnya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Terimalah keputusan dgn tenang dan hati terbuka. Usah kita melatah nanti dijadikan modal oleh UMNO/BN menghentam kita. Mahkamah Persekutuan adalah medan terakhir utk kita buat perhitungan..

Tanpa Nama berkata...

sampai bila nak bagi org anaya kita?

arielasso berkata...

sy harap kita semua akan terus berdoa kepada Allah walaupun dalam susah dan senang kita...hanya Allah sahaja yg mampu membantu kita....rancangan Allah lagi hebat...pasti ada hikmahnya...walaubagaimana pun keputusan ini amat mendukacitakan saya dan seluruh rakyat Malaysia...takbir!!!!! Allahuakhbar!!!

mddawn berkata...

YB , walaupun perit menerima keputusan, InsyaAllah para ahli dan penyokong dapat
menerima keputusan tersebut dengan kesabaran.
Ada hikmah di sebalik semuanya ini.Hakikatnya,
Rakyat dapat mengerti tahap sistem judisiari di
negara ini, begitulah juga nanti persepsi antarabangsa terhadap sistem itu di mata dunia,
telah lama dikuburkan...

Tanpa Nama berkata...

salam, semaun rkan2 pjuanngan ini meurpkan satu tarbiyyah dr Allah utk kita terus bjuang, ini llatihan menguji kesabaran, terima hati tbuka teruskan lg pjuangan jgan besedih ... lwn tetap lawan sesungguhnya Allah bersma kita

RakyatCeria berkata...

Semua orang dah tahu permainan Najib dan BN untuk merampas Perak. Anda boleh terus melawan tetapi kekuatan mereka berganda-ganda dari semua arah.

Elok semua orang tumpukan perhatian untuk kumpulkan tenaga untuk 3 tahun lagi. Ya! Bersabar dan BEREHATLAH DULU susun strategi... Allah bersama orang-orang yang benar!

ubatkuat berkata...

wahai pejuang dan pencinta iskam di bumi perak,,adakah korang putus asa,,jangan sekali-kali menyerah!!!!takbir dan terus takbir hingga bumi malaysia ini dan perak amnya bertuankan islam dan berlandaskan AL OURAN DAN SUNNAH

MERAFAK PENUH KEINSAFAN PADA ALLAH DAN PADA ALLAH JUA LAH TEMPAT KITA MENGADU

MENGUNDUR DARI BERJUANG TIIDAK SEKALI KALI

TAKBIR,TAKBIR DAN TERUS TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

Semua orang dah tahu permainan Najib dan BN untuk merampas Perak. Anda boleh terus melawan tetapi kekuatan mereka berganda-ganda dari semua arah.

Elok semua orang tumpukan perhatian untuk kumpulkan tenaga untuk 3 tahun lagi. Ya! Bersabar dan BEREHATLAH DULU susun strategi... Allah bersama orang-orang yang benar!

Tanpa Nama berkata...

Sejak kemenangan DS Nizar pd 11 Mei lalu, saya dah jangka ada agenda di sebaliknya. Kemudian Mugabe buat rayuan dan tak sampai beberapa jam, dah boleh masuk. Semalam keputusan tak keluar, lagi jangkaan saya hampir tepat yang BeEnd akan menang kali ini. Jadi hari ini, keputusan memihak pada Mugabe. Tak pe, kita tunggu langkah selanjutnya, samada bubar DUN atau tidak. Maka kali ini, BeEnd siaplah kain kapan, keranda dan liang lahad untuk anda dikuburkan terus dari bumi Malaysia ini, hingga cucu cicit saya pun tak pernah dengar nama Be End tu. Salam reformasi, Takbir, Makkal Sakti dan ape ape je lah!!