23 Mei 2009

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain. Mstar.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong buat rayuan.....

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap semua ADUN akan kembali bertugas seperti sediakala. InsyaAllah, rakyat tetap menyokong pihak yang benar. Teruskan berbakti kepada rakyat. Undi sokongan kepada kebenaran akan muncul dalam PRU ke 13.

Tanpa Nama berkata...

Kalau gopal sri ram jadi hakim sekurang2nya ada satu hakim yang akan menyebelahi DS Nizar

al-basori berkata...

Inilah ujian bagi menegakkan kebenaran...
lawan tetap lawan.Sebagai rakyat terlebih dahulu terima keputusan ini. Di samping bersama - samalah kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Sejarah telah membuktikan bahawa pejuanng kebenaran akan sentiasa melalui liku - liku perjalananan.

http://albasori.blogspot.com

Puan Ainon Mohd. berkata...

Hakim-hakim Melayu itu memalukan bangsanya!

Tanpa Nama berkata...

syukur dgn keputusan..
alhamdulillah..

Puan Ainon Mohd. berkata...

Menjatuhkan keputusan yang begitu besar dan serius implikasinya kepada sistem demokrasi dan pemerintahan negara ini dengan tiada mengemukakan hujah bertulis. Tidakkah mereka menjaga profesionalisme mereka.

PAS sejak kecil berkata...

saya harap BN tak tanding di DUN Manik Urai nanti seperti keputusan yg mereka buat di DUN Penanti...PM mungkin boleh bagi alasan yang ADUN PAS tu sengaja mati utk saja-saja nak adakan pilihanraya...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

saya harap DS nizar bersabar. tapi sy juga anggap lebih baik DS nizar tak buat rayuan. jangan terus menerus buang masa rakyat perak mcm datuk zambry buat 3 bulan ni.
biar la kalah x jadi MB pun. yang penting negeri perak ada kerajaan untuk urustadbir. jadi pembangkang pun kira berkhidmat jugak kn :)

satu yang pasti, PR akan menang pilihanraya akan datang. insya Allah...

-anak perak-

Tanpa Nama berkata...

umno memang memualkan.parti beragenda utk perut boroi,makan benda harrram pencuri harta rakyat dan pemeras rakyat.elit2 umno bercakaran utk kayakan kantung mereka sebelum pencen dan tidak popular lagi...kita hanya tahu mereka itu banyak duit bila ada orang pecah masuk istana mereka.

Rozaimi berkata...

itulah ADAT (kebiasaan) hari ni..yang JAHAT akan MENANG (buat sementara)...baru2 ni (sbg contoh) saya dpt tau sahabat baik sejemaah dgn kita diFITNAH oleh kerabat ZAMBRY (w'pun MAMAK tu org Kelate tapi jenis dan sekulit umpama ZAMBRY)..betapa deritanya sahabat saya dipinggirkan mertua dan tertempias juga periuk nasinya..namun bila saya mohon belia bersabar, dgn TENANG dia berkata..inilah ADAT dunia..yang JAHAT akan MENANG tapi yang BENAR akan tetap MUNCUL MENYERLAH bila tiba saat dan ketikanya. Saya suka utk berdoa bagi sahabat saya di Kubang Kerian sana dan DS Nizar di Perak sini...Moga kalian beroleh KEJAYAAN dari segala musibah dunia.

Tanpa Nama berkata...

saya mencadangkan semua ADUN PR letak jawatan, mereka nak main2 dgn kita, kita ajar mereka...biar DUN tak bubar ..asalkan SPR talibarut UMNO susah..puas hati kita,,,,alang nak kalah biar kita lawan

alamalikut berkata...

Penghakiman yang tidak bertulis?????? wah... apsal..hakim malas nak tulis ker?... atau fakta yg nak tulis takut makan diri????..

Antah berkata...

Salam,

Dalam setiap masalah itu ada hikmahnya..teruskan berusaha tanpa lupa Allah tetap bersama mereka yang berjuang dijalanNya..

waksab berkata...

Dah macam main lat tali lat tam plum la pulak...

http://waksab.blogspot.com
DariMindaKu

Tanpa Nama berkata...

Caca Merba di buatnya...

Sultan boleh lucut jawatan MB tanpa ada usul tidak percaya sidang dun? Apa gunanya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tu?

Pelik bin ajaib

Pening-pening....

donat montel berkata...

salam....usahlah kita saling berbalah pada sesuatu yang tidak mendatangkan faedah pada kita...benarlah telah berjaya golongan yahudu wannasara dalam memecahbelahkan umat Islam...kembali pada Islam yang sebenar...berpayung di bawah panji Islam.