04 Mei 2009

Ustaz Latif YDP PAS paling muda di Kelantan

KUALA KRAI, 3 Mei : - Mungkin satu tranformasi baru berlaku di Kelantan apabila golongan muda diberi peluang menerajui pentadbiran PAS kawasan.

Sedangkan kebiasaannya Yang Dipertua (YDP) PAS terdiri daripada mereka yang agak berusia.

Namun di Kuala Krai perwakilan memilih Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, 38 sebagai YDP baru PAS apabila menewas penyandangnya pada mesyuarat agung yang diadakan semalam.

Pada pemilihan itu Abdul Latif mengatasi bekas anggota parlimen Kuala Krai, Ustaz Ibrahim Mahmood. Manakala Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaacob mengekalkan jawatan sebagai Timbalan YDP apabila menewaskan pencabarnya, Ustaz Zulkefli Yaacob.

Ismail Jalil pula menang sebagai Naib YDP apabila berjaya mengatasi Mohd Razali Abdullah.

Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Ismail Sulaiman, Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Mahadi Mat Zain dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Norizan Mohd Zain.

Manakala di PASIR PUTEH, tiada perubahan dalam kepimpinan PAS kawasan itu biar pun berlaku pertandingan agak sengit bagi kesemua jawatan utama.

Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad kekal sebagai YDP apabila mengatasi dua pencabarnya iaitu anggota parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussin dan Adun Selising, Drs Saiful Baharin Mohamad.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat juga mengekalkan jawatan sebagai Timbalan YDP apabila menewaskan tiga pencabarnya iaitu Yuganu Yunus, Zarir Yaakub, Sidi Ahmad Taib.

Manakala Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim menang di kerusi Naib YDP apabila berjaya mengenepikan Ibrahim Ismail dan Adnan Othman.

Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Wan Leh Wan Dollah. Ketua Dewan Pemuda, Mohd Nazlan Abdullah dan Ketua Dewan Muslimat, Hajah Kalthom Othman.

Sementara itu, di PENGKALAN CHEPA, Dato' Mohd Amar Abdullah mengekalkan jawatan YDP kawasan tersebut, timbalannya Haji Yusof Ludin, manakala naib YDP, Haji Osman Awang yang berjaya mengatasi Dr Izani Hussin.

Wan Ubaidah Omar kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat dan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa.

Seramai 230 perwakilan dari tiga Dun iaitu Cempaka, Kijang dan Panchor hadir pada mesyuarat tersebut yang diadakan di Kompleks Purnama, semalam.

Sementara itu Mohd Amar berkata, PAS Pengkalan Chepa mencatat sejarah apabila pertama kali berlaku pertandingan merebut jawatan utama iaitu Naib Yang Dipertua. Harakahdaily.

11 ulasan:

kp cht ibol berkata...

bukan kah yb.ghani (adun air itam kedah) adalah YDP Pas termuda di Malaysia?? tak silap nya dia jadi YDP tahun 1999 pada usia 28 tahun

Tanpa Nama berkata...

Bukankah tajuk memperkatakan YDP termuda di KELANTAN bukan di MALAYSIA?

Tanpa Nama berkata...

Memanglah dia yang termuda di Malaysia,maksud drs.khalil idham ni yg termuda di kelantan...OK..tahniah kpada semua yang berjaya..dan kepd yg tidak berjaya,teruskanlah perjuangan walau tiada jawatan kerana kerja mulia dinilai oleh ALLAH swt..'jawatan' di sisi-Nya yang lebih bernilai...insyaallah...Allahuakbar..

peti undi sg pas dun mengkebang berkata...

tok wakil ambo ni...

Tanpa Nama berkata...

Rekod Malaysia, Mantan YDP Lembah Pantai, Dr. Azhar Yaakub dilantik pada usia 24 tahun (tahun 1997)!

Tanpa Nama berkata...

Rekod Malaysia, mantan YDP Lembah Pantai, Dr. Azhar Yaakob dilantik pada 1997 dalam usia 24 tahun!

Tanpa Nama berkata...

Cita-cita Yb Ustaz Latif untuk mendapat tahta kuasa dan pangkat masih belum tamat. YB Ustaz Latif mahu memburu jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan pulok.

Bagi saya cuma satu saja. Jangan Tamak dengan jawatan sudahlah Ustaz Tif. tak terpikul pulok. Mana nak jaga rakyat selaku ADUN Mengkebang, mana nak jaga PAS Kawasan Kuala Krai yang baru diamanahkan sebagai YDP.

Kalau dok berebut ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, lagi lah luas buminya yang perlu kena jaga.

Jawatan Amanah...bukan glamour untuk bermegah-megah.

Pengundi Muda. Kuala Krai

Tanpa Nama berkata...

maknanya kalau umur 38 jadi YDP nak heran apa , lagi muda pun ramai lagi jadi YDP orang tak riuh pun...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

molek juga jadi YDP paling muda di kelantan,boleh wak sejarah...sperti abang ipar jadi yb trmuda di kelantan...tapi nasib sepupu ustaz tih...umpama lampu yang tiada cahaya...apa penyakit sebenarnya yang ada pada sepupu ustaz ni?????

Tanpa Nama berkata...

Kira-kira Ustaz Latif ni keluarga besar jugok. YB Ustaz Bahaihaki (ADUN Pasir Tumboh)abang ipar dio. YB Ustaz baihaki aktif orangnya. Selain daripada menjawat jawatan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, YB Ustaz Baihaki juga Ketua Penerangan Badan Perhubongan PAS Kelantan. Nampaknya letih jugak. Kesian YB. sepatutnya boleh diagihkan kepada orang lain.

Kesian kepada sepupu YB Ustaz Latif ialah Ustaz Zulkifli. Cubaan pertama cabar Ustaz Ibrahim Madinah pada 2007 dulu gagal. Sekarang cabar Pak Su Wel juga, Gagal. sudah 2X gagal.

Cuba lagi pada tahun 2011. saya percaya akan menang untuk jawatan Yang DiPertua apabila Ustaz Zul insyaAllah boleh mengalahkan Ustaz latif.

seronoknya tengok babak ni.

Tanpa Nama berkata...

Ana lihat pemimpin muda yg suka cabar ulama', tak lama dalam parti...buang le perangai kurang ajar tu