17 Jun 2009

Apakah sebenarnya maksud 1Malaysia ?

Semalam saya sempat berbual dengan orang-orang penting dalam UBN dan mereka sempat memperkatakan mengenai masalah yang betul-betul membelit kehidupan dan pemerintahan PM baru dan Isterinya.

Yang lucunya katanya bila ditanya kepada Rosmah apakah maksud 1Malaysia, dia menjawab Satu Isteri, percaya atau tidak itulah yang Rosmah pernah cakapkan kepada pemberi maklumat di Parlimen kepada saya kelmarin.

Saya kurang berminat untuk mempercayai atau meberi komen panjang kepada masalah ini, cuma yang jelas banyak pihak tidak memahami mengenai konsep ini termasuklah orang UBN sendiri.

Cukuplah masyarakat pelbagai bangsa di malaysia ditipu dengan berbagai slogan sebagai pemanis mulut dan penghias suasana pemerintahan UBN yang semakin reput itu.

16 ulasan:

zackeye berkata...

Satu Malaysia kena tipu,

Unknown berkata...

Secara mudahnya apakah dia Malaysian Malaysia yang hendak dilaksanakan oleh Lee Kuan Yew itu samalah seperti yang kita lihat di Singapura hari ini. LKY hanya dapat melaksanakan Malaysian Malaysia itu di Singapura sahaja.

Rasanya tidak teruk sangat konsep yang hendak beliau laksanakan. Mungkin masyarakat Melayu Singapura rasa macam sedikit terpinggir kerana mereka bukan merupakan golongan majoriti di sana. Apapun orang Melayu di sana hidup agak selesa juga malah ramai yang lebih kaya dari orang Melayu di Malaysia sendiri.
Kadang2 kita ini seperti takut dengan hantu yang kita reka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Aku tengoklah si Rosmah ni lebih menonjol daripada isteri² PM yang terdahulu... nak kata dier ni terlibat dengan politik tak jugak. Mungkin kerana najib ni takut bini tu yang nampak macam rosmah ni lebih menonjol. tak heranlah kalau dier leh kata konsep 1 malaysia 1 isteri. Agaknya takut kalau najib ada scandal ngan pempuan lain sebagaimana pengalaman yang lepas. Agaknya si Rosmah ni dah sampai tahap gila kuasa gak cam laki dier gak. Maklumlah dah kat umah diern dah biasa control najib. Dalam fikiran dier apa salahnya kalau dier leh kontrol Malaysia pulak.

Tanpa Nama berkata...

YB, yang dicakapkan oleh rosmah tu bukannya tak paham tp warning kpd najib tu huhhuhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

"1 MALAYSIA" tu, maananya seluruh rakyat Malaysia
jangan bising2 fasal altantuya. faham?

LAWAN MANA YANG TAK BETUL berkata...

Berapa kali Haji Hadi, Nasa di arah keluar dewan?
Berapa kali Haji Hadi, Nasa disimbah air FRU?
Berapa kali Haji Hadi, Nasa di ISA kan?
Berapa kali Haji Hadi, Nasa di tumbuk,dipukul waktu perhimpunan?
Berapa kali Haji Hadi ,Nasa..isteri dan anak-anak diugut?

Sapa boleh tolong jawabkan?

Betulkah mereka benar2 faham perjuangan sedangkan mereka belum betul-betul pernah diuji?
bagi mereka yg pernah melalui nasib di atas..setitik/sekelumat pun tak hinggin kerajaan perpaduan.

Shaharudin Ahmad Sani berkata...

Tahniah YB Khalil Idham Lim,jikalau benar ,memang sesuai jadi Ketua Penerangan Pas Perak

Na'im Nikmat berkata...

1 Malaysia mungkin bermaksud UMNO dan parti2 kompenannya bersatu untuk melingkupkan Malaysia..Nauzubillah

baba siam berkata...

1malaysia bagai letak semua telur ayam dlm satu bakulah!

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia. malaysia 1, 1 malaysia, malaysia 1. apa benda hah..makin tak paham.
kalau kat sekolah ada ustaz tanya. puasa dari segi bahasa. puasa dari segi syarak apa dia.... boleh gak jawab. tapi yang satu malaysia tak tau la pulak aku. tolong jelaskan ..

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia ni slogan bodoh!!! mana ada dalam dunia ni 2malaysia atau negara lain nama sama dengan malaysia.awatla duk cari publisiti murahan ni tok jib!!!

Tanpa Nama berkata...

ROSMAH MANTAP!!!!!!!

Unknown berkata...

Kakak Rosmah makin cantik..yooo

inamadia berkata...

Salam...
Kepada pemberi komen "lawan mana yang tak betul", semoga Allah mengampunkan dosa kamu yang mengata keterlaluan pada pimpinan PAS.Ustaz Hadi bersama-sama dengan Ustaz Fadzil memperkukuhkan PAS ketika PAS mengalami krisis PAS pada tahun 1973.Jangan kata Ustaz Hadi tak tahu dan tak kenal susah payah berjuang dalam PAS.Ustaz Nasharuddin mempertahankan Ustaz Hadi sebagai pimpinan kerana Ustaz Hadi tidak melanggar syariat Islam.Ustaz Hadi memberi idea dengan hujah dan fakta, mengatakan ia tidak relevan bila benar ia tidak relevan walaupun idea itu datang dari Ustaz Hadi sendiri.Kamu tu yang tak JAHIL!!!! Tak tahu nak membaca, tak paham-paham! tapi sibuk nak mengata pimpinan..

Tanpa Nama berkata...

1malysia = H1N1????
BETOI KA MCM NIE HUHUHUHUH, TAK SESUAI LANGSUNG WAAAAAAAAA.............

Tanpa Nama berkata...

Kepada pemberi komen "lawan mana yang tak betul", ... jgn jadi gila ok..? kalau semua nama Haji Hadi dan Nasa itu digantikan dengan Tokguru Nik Aziz.. aku rasa sama je jawapannya. itu bukan ukuran dalam perjuangan