Mohd Shuhaimi Al-Maniri
KALAM PERANTAU http://kalamperantau.wordpress.com
Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu membuka satu lagi pilihanraya kecil. Dalam keadaan UMNO/BN fobia dengan PRK dan cuba mengelak ianya diadakan oleh mana-mana pihak setelah mereka tewas dalam semua siri pilihanraya kecil di Semenanjong Malaysia.
Di Pulau Pinang baru-baru ini, Sungguhpun keputusan PRK Penanti belum diketahui, tetapi sudah dijangkakan PKR akan memenangi semula kerusi yang dikosongkan mereka untuk menukar ADUN yang sudah ditetapkan akan menjadi Timbalan Ketua Menteri 1.
Menang DUN Penanti, Dr. Mansor Osman calon PKR dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggantikan Mohd Fairus Khairuddin yang meletak jawatan.
Manakala satu lagi PRK selepas ini adalah di Kelantan pula. PRK DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai dengan tempoh berkempen lapan hari.
Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.
Pilihanraya kecil ini menarik kerana sungguhpun kerusi ini kerusi tradisi PAS, tetapi UMNO pernah menang dalam tahun 2004. Malah dalam pilihanraya kecil di Kelantan, iaitu PRK Pengkalan Pasir pada tahun 2003 juga dimenangi oleh UMNO walaupun kerusi tersebut adalah milik PAS sebelumnya.
Apakah peristiwa Pengkalan Pasir akan berulang di Kelantan dalam PRK DUN Manik Urai ini? Jawabya tidak musthil jika jentera PAS Kelantan ‘over confident’!

2 ulasan:
Laman web PRKN041.PAS.ORG.MY tak dak apa pun cerita pasai prk MANIK URAI.sudah berapa lama tak up date,macam mana kami yg jauh nak tau perkembangan prk041.
Kekalahan PAS di pengkalan Pasir Pasir Mas atas sebab pAS bekerjasama dengan Ibrahim Ali iaitu membenarkan pilihanraya kecil itu berlaku tiga penjuru.
Disebabkan tidak ambil pengajaran, maka itulah yang terjadi kepada PAS yang sedang nyawa ikan di kelantan.
Pilihanraya kecil Manek Urai barangkali tidak berlaku sedemikian lagi. Cuma ianya tiada isu berbangkit, sebab PAS mahu kepada kerajaan perpaduan.
Manakala Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah sebut PAS IKHLAS.
Kalau sudah demikian apalah artinya jika berlawan. Kan ini adalah suatu yang baik dan permulaan tanda orang hendak bekerjasama.
sewajarnya dua dua parti tidak akan mengambil bahagian dan SPR boleh batalkan pilihanraya kecil, atas sebab antara parti yang bermusuh ini akan berbaik baik.
Duit kerajaan pun tidak habis.Apa kata anda semua. Kan bagus begitu. Lawan apabila tidak sehaluan. Kalau sudah sehaluan tiada sebab hendak berlawan.
PAS boleh angkat bendera Putih demikian juga UMNO putih sama putih jelas kelihatan bersih. Inilah yang hendak dicapai dalam melayari bahtera yang masih jauh.
Soal dasar perjuangan boleh diketepikan sahaja apabila kita tidak punya kemampuan. Buat apa yang mampu sahaja.
Catat Ulasan