17 Jun 2009

DIMANAKAH ERTI KEPATUHAN KEPADA PIMPINAN?

Masing-masing ingin membawa jalan,
Tidak mahu ikut pimpinan,
Kalau begini, tiadalah pengakhiran,
Melainkan tersungkur di pertengahan..

Sirah Nabi SAW telah menceritakan tentang satu peristiwa tragis yang sepatutnya menjadi pengajaran buat kita pada hari ini. Tambahan pula, kita sebagai seorang pejuang, yang sedang berjuang menegakkan Islam. Peristiwa ini juga sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini. Peristiwa yang dimaksudkan ialah Perang Uhud. Perang Uhud sepatutnya mengajar kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang terjadi ketika itu.

Sebelum berlakunya perang, Nabi SAW sebagai seorang pemimpin perang, telah memberi beberapa arahan kepada tentara perang. Antara arahan yang diberikan ialah kepada bahagian pemanah. Kumpulan pemanah diperintahkan supaya berada di atas bukit dan jangan sekali-kali berganjak daripada kedudukan mereka walau apapun yang terjadi. Inilah arahan Baginda SAW kepada tentera pemanah yang ditugaskan untuk berada di atas bukit.

Ketika peperangan terjadi, kelihatan umat Islam sedang meraih kemenangan. Pada peringkat ini, umat Islam hampir boleh dikatakan menguasai peperangan, dan berjaya menghalau orang kafir yang berbaki. Maka, apabila orang kafir bertempiaran lari, mereka telah meninggalkan harta-harta mereka. Lalu harta-harta tersebut adalah harta rampasan perang.

Maka, umat Islam ketika itu berlumba-lumba memungut harta tersebut. Bahkan, tentera pemanah yang berada di atas bukit, turut sama ingin memungut hasil rampasan perang tersebut. Sedangkan Nabi SAW sudah memberi arahan supaya tidak berganjak daripada kedudukan asal mereka. Tetapi disebabkan keindahan harta yang berada di hadapan mata, mereka tidak lagi mematuhi arahan tersebut.

Mereka berkata “kita sudah menang, tunggu apa lagi..” Bahkan mereka menganggap bahawa berdiam diri di atas bukit hanya merugikan sahaja. Apa perlunya kita berada di atas bukit lagi sedangkan kita sudah menang? Ia hanya merugikan sahaja.. Sedangkan arahan Baginda SAW tadi, diletakkan ke tepi.

Melihat keadaan itu, maka, romponglah satu pasukan tentera Islam. Ini kerana pasukan pemanah tersebut bertindak sebagai bahagian serangan belakang yang boleh melumpuhkan tentera kafir. Tetapi apabila pasukan ini sudah hilang posisinya, maka ia memberi pulangan yang besar kepada orang kafir untuk melancarkan serangan kedua.

Lalu serangan kedua pun dilancarkan dalam keadaan umat Islam sedang sibuk memungut harta perang. Sehingga menyebabkan umat Islam hampir-hampir kalah, dan Baginda SAW hampir dibunuh. Semuanya disebabkan keingkaran pasukan pemanah tersebut terhadap arahan Baginda SAW.

Pengajaran di sini ialah, patuhlah setiap arahan dan keputusan. Adakah kita ingin biarkan UMNO menghapuskan PAS ketika kita sedang bergaduh sesama kita? UMNO boleh sahaja menyerang kita semula disebabkan kita sendiri sudah berani melawan keputusan pimpinan. Bahkan kita sendiri bergaduh sesama sendiri, sedangkan keputusan itu di tangan Presiden.

Cuba bayangkan seolah-olah Presiden PAS sedang memberi arahan kepada kita .. “Jangan tinggalkan posisi anda!” Tetapi kita menjawab, “Apa gunanya posisi ini pada saya, saya lebih suka dengan posisi lain..” Atau anda menjawab “Posisi ini tidak sesuai, Presiden tidak patut mengatur strategi seperti ini..” Maka, apakah yang akan terjadi selepas itu?

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

5 ulasan:

Atuk Banjar Masin berkata...

Sebenarnya pemimpin2 PAS mengetahui bahawa perpecahan politik ini akan menghancurkan melayu/Islam. Kekuatan, perpaduan dan kehormatan melayu/Islam makin sehari semakin terhakis.

Sedangkan kaum kafir semakin bersatu dan bertambah kuat kedudukan nya. Hinggakan kaum kafir ini sudah berani mempertikai kan hak2 orang melayu/Islam.

Kaum kafir ini sentiasa menuntut hak2 persamaan dengan Bumiputera, sebelum berkuasa sudah menuntut, apabila berkuasa akan terus terlaksana. Jika kaum kafir ini sudah berkuasa bersama, tidak mustahil kaum melayu/Islam akhirnya akan terus terpinggir seperti melayu/Islam di Singapura.

Tanpa Nama berkata...

YB..
dlm quran da bg tahu
"fazakir inafa'atil zikra tanfaul mukminin"
tp pemimpin x nk dngar cmne!!
x kan kami yg d bwh ni, br nk mencapai awan d langit d sekat mcm zaman sblum ini...
kami ingin'n pembaharuan..
oleh itu pemimpin yg ingin dan angan2 itu..
HENTIKANLAH!!!!
TOLONGLAH!!!
IBU SAYA MENANGIS PA BILA MENDENGAR BERITA BEGINI!!
DIA TDK SANGGUP LIHAT PAS HANCUR, DAN DIA SLALU PESAN
"DNGAQ CKP TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ"
oleh itu tggallah angan2 tu wahai pemimpin yg ingin kan kebendaan duniawi ini!!!

pemuda25

alamalikut berkata...

Sirah Rasullallah perlu dilihat sebagai guide line atau blue print yg jitu kerana ianya lahir dari seorang yg telah dikrniakan dengan sifat sifat yang maksum... benar pada kalam dan perbuatannya... apa kah Hadi Awang dan pimpinan yang lain juga maksum???
Jika tidak..apa salahnya akar umbi mengkritik dan memberikan pandangan???.. Cerita sirah tidak boleh diheret sebagai hujjah dalam kes UG ini.. logiknya Nik Aziz kadang kadang lebih terpakai dari impian president sendiri. Saya mmg menentang UG kerana saya ada hujjah..dan saya tau president juga ada hujjah.. mengapa tidak kita mengadakan muzakarah mengenai UG??.. mengapa mengeluarkan kenyataan seolah olah UG telah ada dalam perancangan PAS?..Pimpinan wajib bermuzakarah dengan ahli / grass root... sbb pimpinan kena faham bahawa grass root bukan bodoh seperti grass root umno/bn.

Dr Fikrah berkata...

Saya harap anda semua dapat baca artikel ini..


http://drfikrah.blogspot.com/2009/06/siapakah-yang-berhak-putuskan-keputusan.html

dan

http://drfikrah.blogspot.com/2009/06/siapakah-yang-berhak-putuskan-keputusan_10.html

akulajuki berkata...

Ketaatan kepada Allah dan RasulNya adalah ketaataan yang bersifat mutlak tiada sebarang bentuk takwil apalagi bangkangan. Manakala kepatuhan kepada pimpinan yang terdiri daripada kita manusia yang serba lemah ini adalah besyarat. Syaratnya selagi pemimpin itu tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengah syarak. Malah prinsip ini juga terpakai dalam soal ketaatan kepada kedua ibu bapa.

Dalam soal PAS ini, siapakah pemimpin yang paling kanan kedudukannya, Presidennya kah atau Mursyidul Amnya kah?

Dan dalam konteks kerajaan perpaduan yang akan menjurus kepada kerjasama dengan UMNO atas dasar kepentingan Islam dan Melayu, ini adalah sesuatu yang mengelirukan. PAS bertunjangkan yang mana satu? Melayu atau Islam?