27 Jun 2009

Boneka Penjajah..!!

Muhammad Nasir Abdullah

Kerajaan terpaksa berhempas pulas untuk menyebarkan propaganda supaya rakyat Malaysia bersetuju supaya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) tidak dibenarkan pulang semula ke Malaysia.

Pelbagai cara digunakan. Segala media dikerahkan untuk menanamkan sentimen ini.

Aku sendiri tidak pernah kisah sama ada Chin Peng pulang atau tidak. Kedua-dua pilihan tersebut tidak penting dan tidak relevan langsung dengan aku.


Tapi aku meluat bila propaganda yang disebarkan itu semakin menjadi-jadi dan tak masuk akal.

Sebagai contoh, malam kelmarin sebuah stesyen TV menyiarkan dokumentari dan temubual dengan bekas Ketua Polis Negara tentang kekejaman komunis.

Aku hanya tengok seimbas lalu. Tak boleh tengok sampai habis, bimbang termuntah dan terjeluak.

Bekas Ketua Polis yang ditemuramah itu, kalau tidak silap aku ialah Tan Sri Sir Claude Fenner yang menjadi Ketua Polis Malaysia dari tahun 1958 hingga 1968.

Claude Fenner adalah seorang penjajah!

Pada tahun 1955, beliau memegang jawatan Ketua Polis di Johor. Ketua polis kerajaan yang menjajah Tanah Melayu!

Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1945, Askar British berpangkat Leftenan Kolonel itu bertugas dengan Pentadbiran Tentera British ("British Military Administration").

Dia dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang pertama adalah untuk memastikan aspirasi penjajah terus berjalan di Tanah Melayu walaupun kononnya Tanah Melayu telah merdeka.

Muslihat Inggeris mengekalkan pegawai polis dan tenteranya selepas Malaya diisytiharkan adalah untuk terus melindungi syarikat-syarikat Dunlop, Socfin, Harrison Crosfield, Sime Darby dan lain-lain yang menjadi punca kekayaan besar mereka.

Mereka terus menjajah Tanah Melayu walaupun kononnya Tanah Melayu telah diberi kemerdekaan.

Apa hak dia nak bercakap tentang kejahatan komunis?

Kamu adalah penjajah yang lebih jahat!

Peliknya, kenapa media menggunakan orang sebegini hina untuk bercakap bagi pihak negara untuk menerangkan keburukan komunis.

Uweeekkkk.....
http://puteragunungtebu.blogspot.com/

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku sendiri tidak pernah kisah sama ada Chin Peng pulang atau tidak. Kedua-dua pilihan tersebut tidak penting dan tidak relevan langsung dengan aku.

- anak muda yang lahir slepas 1984. buta sjarah ttg kekejaman kominis.
pergi balik gosok gigi

Tanpa Nama berkata...

Segala yang berlalu telah berlalu, cuma kita jadikan pedoman dan tauladan. Apa yang sedang berlaku hari ini adalah lebih penting, jadi selesaikan lah kemelot Perak ini. Adakah sekarang ini kita menjajah sesama sendiri?

pakmattempe berkata...

Kalau dlm Islam adakah Ching Peng boleh dimaafkan?(sekadar ingin tahu). Kalau ikut ahli panel drp Sabah yg dituduh pengampu oleh pemanggil org Sabah juga dlm HELO MALAYSIA(ASTRO) mlm tadi segala perbuatan jahat boleh diampun dengan beri contoh zaman Nabi. Tapi dia pelik zaman skrg Parti Islam tak boleh ampun pihak lwn.Bermakna segala kejahatan siapa yang mulakan? Menarik juga perbahasan ttg Satu Malaysia tapi ahli panel tu terlebih mengampu jadi ulasannya lawak dan tak ada point.

Briged Akhdor LR2 berkata...

ape nak diherankan umno itu sendirikan adalah pencacai penjajah ..lihat sejarh umno itu sendiri adalah puak berhaluan kanan yg pro penjajah ,kemerdekaan mlaysia nie juga atas belas ehsan penjajah atau ganjaran pada umno krn telah byk mentaati penjajah ,berbanding dgn team berhaluan kiri yg bermatian menentang penjajah (nak citer semua panjang)termasuk pkm ..yg lebih terang lagi...umno amat selesa dgn undang2 penjajah krn menyifatkan undang2 penjajah adalah yg terbaik..patung jww birch pun msh ada di pasir salak ..ini bermakna umno mmg mengagungkan penjajah ..jadi jgn ler kiter diperbodohkan lagi dgn umno yg beria menyatakan yg umno shjlah yg berjuang menuntut kemerdekaan ..

PUTRA SEJAGAT berkata...

komunis tetap komunis.chin peng tetap komunis.komunis tetap pengganas.walaupun aku tak ada lagi masa tu tapi aku tahu kezaliman dan keganasan komunis di sem. tanah melayu dan dunia.jangan buta sejarah.jangan mudah lupa sejarah.kalau mudah lupa sejarah,orang bunuh keluarga kita pun nanti kita boleh lupakan.mau ka??jangan kata tak kena mengena dengan diri.umno pun tetap boneka penjajah.macam balaci penjajah di iraq la selepas saddam hussein.AKU SOKONG PAS!! PR

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 2.30,hang lagi buta sapa yang bunuh assyahid ust ibrahim libya...tak payah dok suh orang gosok gigi hang la balik cabut gigi...buta mata orang boleh pimpim tapi buta hati...masuk neraka la...tak kenal mana yang haq dan mana yang batil....