KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah (gambar) sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.
Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.
Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.
Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.
Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.
Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.
Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.
BN akan mengumumkan calonnya esok.
4 ulasan:
Semuga Allah memberi kemenangan kepada hambanya yang telah memperjuangkan ugama nya Inysa Allah
Takbirrrrrrr
Allahhuakbarrrrrrrrrrrrrr
Kita berdoa agar calon Parti Islam yang bakal menyertai Kerajaan Negeri Islam Kelantan akan beroleh kemenangan.
Bagi pengundi disana tolaklah calon dari Parti Melayu.Jangan berikan mereka peluang.
Ambo no komen sikit, pasal jalan nak masuk ke Kg Lata Rek, tolonglah celek mato sikit tak kira BN ko PAS ko. Jalan tu teruk doh, korek jalan sampai ke dekat Air Terjun Lata Rek dah kira-kira sebulan doh, bubuh batu kerikil sajo tapi tak tar pun, hingga jalan tu kini dah jadi tinggi berbanding dgn tar asal hok tak korek tu. Kete ambo kete kecil rendah pulak ada skirting bawah ( hok asal lagi bukan tambah deh !)sesek sokmo bawah tu. Lo ni ambo tak berani bawah doh sebab rim dah belok, doh ari-ari dok langgar tar hok tinggi tak tar tu. Weh, kalo nak main parti pun jalan hok keperluan utama tu utamakan dulu, pahtu naok main parti pun loh gilah. ambo cukup geram dengan orang yang buat kijo tak cerdik ni !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Jalan tu tolong tar lah weh, geran sungguh ni, baso main politik bodo !!!!!!!!!!!!!!!
Catat Ulasan