27 Jun 2009

Kubur Islam di Singapore

Oleh : anuarani

Mereka berlumba-lumba mendirikan kubur bertaraf 5 Star.

Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura.

Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

wALLAHua’lam.





20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah deme ada duit...agk2nya itu aje cara yg nmpak utk sedekah simati. Kat M'sia kt pn byk kubur mcmtu..

zackeye berkata...

DiMalaysia pun apa kurangnya. Kalau yang meninggal itu orang ternama atau keluarga kepada orang ternama maka ada juga dibina binaan marmar. Walau pun ramai mufti tapi tak berani nak tegur. mereka tidak takut pada syirik.

Tanpa Nama berkata...

Ikut la umat Arab Saudi..kubur raja pun sempoi jer..

Tanpa Nama berkata...

sebab orang alim ulamak mulut bisu,tak berani nak beritahu kebenaran. masa kebumi tu kan iman ada sekali...

Tanpa Nama berkata...

Ada mufti pun bukan berani nak cakap yg benar....

Tanpa Nama berkata...

kubur pun jadi tempat macam nak membezakan antara si miskin dengan si kaya, padahal dok kat dalamnya tu, semuanya setaraf sahaja. hanya iman yg membezakannya.....

Tanpa Nama berkata...

tapi ade riwayat, yang Nabi letakkan satu ranting yang berdaun kat atas kubur. sbb tu ade org letak bunga. tapi tabur2 bunga n, sy tak berani nak ckp la ape hukumnya. selagi tak bercanggah ngn ape nabi buat, takpe la. and takleh gak nak haramkan benda sesuka hati.

Tanpa Nama berkata...

kita kena balik pada lah ISLAM yang sebanar....

Hj Mat berkata...

Cuba lihat kubur Baqiq di Madinah dan kubur Maa'la di Mekah, kubur baqiq sejak 1430 dulu hingga kini tak penuh,penuh, tapi kubur di Malaysia Masya'Allah kita boleh bezakan kan yang mana orang kaya dan miskin kubur pun nak dibeza-bezakan itulah hakikatnya kita di Malaysia nie.

Tanpa Nama berkata...

alo tanpanama 7:56am .. orang bukan haramkan sesuka hati tapi berpandukan hadis sohih berikut:

Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Tanpa Nama berkata...

nama kubur islam hiasan macam kubur cina

nora Othman berkata...

nama kubur islam hiasan macam kubur cina

baba siam berkata...

kalau nak semua ikut balik zaman nabi,naik untalah kaita hari ni je....

faethal berkata...

Baba siam cakap baik2...
Silap cakap boleh gugur iman kita sebagai muslim.
Maksud tanpa nama ikut zaman nabi tu,ikut balik ajaran asal Islam yang disampaikan nabi.
Apa maksud baba siam semua naik unta hari ni?
Samakah dengan maksud hukum hudud tak sesuai zaman ni sebab ia sesuai di zaman nabi je..
Samakah maksud sebab nabi bela janggut kerana takde pisau cukur..
Jaga percakapan jika hendak melibatkan nabi tercinta..

Tanpa Nama berkata...

manusia kalau takda feel islam dalam diri...macam tu lah....segala tindakan...tidak menurut fikrah islam....

ZAMRI kecik's berkata...

Hmmm...
sepaham aku la...
memang haram membuat binaan di atas kubur.
tapi, hanya pada tanah wakaf.
jika tanah persendirian boleh.
tapi, jangan berunsurkan keagamaan lain dan bazir.

pasal yang baba siam cakap tu pulak.
yang aku paham.dia hanya cakap pasal zaman nabi.bukannya perihal nabi.

Wanchang berkata...

boleh tengok keadaan camni di wakaf Perkuburan Bukit Kiara rasenye... siap guna granit mahal, rumput karpet di sekeliling kubur.. Wallahu'Alam

Tanpa Nama berkata...

memang da haram kubur orang ni...

Tanpa Nama berkata...

apelah orang nie nak buat kepok dan nisa pun nak lawa2. kan membazir berdosa kita kalau buat kubur si mati itu.

Tanpa Nama berkata...

Ada orang mampu bina mahar dan cantik apa awak susah ? Duit untuk kemewahan dan keselesahan. Kalau tidak apa guna perlu duit banyak-banyak.