27 Jun 2009

TERKINI JAM 11.15 pagi: ADUN Aulong failkan sama terhadap ADUN Jelapang


Ipoh, 26 Jun: ADUN kawasan Aulong, YB YewTian Hoe sebentar tadi telah menfailkan sama terhadap ADUN Jelapang atas kejadian di dalam Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 yang lepas.

Beliau yang diiringi oleh 7 orang ADUN Pakatan Rakyat hadir bersama dengan lebih 20 orang penyokong yang kesemuanya berpakaian berwarna hitam.

ADUN Aulong didampingi oleh ADUN Pakatan Rakyat yang lain sedang menyampaikan kenyataan media.

Dalam kenyataannya, YB Yeb menjelaskan ADUN Jelapang itu mestilah menanggung akibat dari tindakan pembohongan dan putar belit dengan mengatakan di tangannya adalah thumbdrive dan sesudah itu dikatakan pula keychain. Katanya ada rakaman yang jelas bahawa ADUN Jelapang itu telah menggunakan alat penyembur pemedih mata.

Ditanya berapakah tuntutan yang beliau minta, dia menjelaskan perkara itu diserahkan kepada peguamnya. Sambil memberi komitmen hasil dari tuntutan itu akan didermakan kepada OKU. Beliau juga menuntut YB. Hee Yit Fong untuk meletakkan jawatan.

9 ulasan:

Manickam Nadeson berkata...

Bagus, well done YB. See that the Jelapang ghost will be chased out from Perak.

Unknown berkata...

YB pasai apa ulasan saya tak diterbitkan. http://leecopperten.blogspot.com/2009/06/adun-pas-perak-hilang.html

Atuk Banjar Masin berkata...

Pergelutan kuasa politik diantara PAS dan UMNO ini sudah lama berlarutan. Kini tiba masanya DAP (kaum cina) menggunakan kesempatan ini untuk bertindak secara berani dan terbuka.

Mereka berani kerana pemimpin2 melayu dari UMNO dan PAS sudah jadi buta tuli kerana mabuk berkuasa. Pemimpin2 melayu terutamanya PAS sudah hilang pertimbangan hinggakan sanggup membantu kaum kafir ini menguasai politik melayu/Islam.

Tanpa Nama berkata...

tokgajah,apa ko dpt selama 50thn lebih BN (umno) jd kerajaan? BN parti kaum...umno utk org melayu,mca org cina,mic org india n lain2 parti bangsa masing2 tp PAS smua org bleh masuk syaratnya islam, PKR smua org bleh masuk,DAP pn smua org bleh masuk. Hari ni aku pening,anak2 dah mintak duit yuran skolah..cikgu suruh bayar cepat katanya.Tokgajah...bleh x kerajaan BN hapus yuran skolah? kesian org2 miskin kat kmpung..trmasuk la aku ni,,,,,,

Tanpa Nama berkata...

dari dok bantu melayu islam yg tadbir x ikut Islam lagi teruk,,

ahmed berkata...

UMNO secara literalnya memanglah MUSLIM tapi tidak membawa ISLAM,,

DAP mmg ramai bukan MUSLIM tapi mereka teguh dengan prinsip keadilan, kesaksamaan,kebajikan semua kaum, menentang rasuah..Ini semua ISLAM..

so mana nak sokong MUSLIM atau ISLAM?

sokong lah ISLAM..undilah DAP..kearah ISLAM FOR ALL

david ahmad muniandy berkata...

bagi pembelot parti si katak sedarkan diri, lepas kena dakwa balik rumah kurung dalam bilik tidur dan menangis....

rahmanw berkata...

salam....
sama ke SAMAN?

Hj Mat berkata...

saman jangan tak saman
Apa nak jadi sekarang tak tau la
Anak saman Ayah
Anak saman Emak
Mak Bapa saman anak
dan macam-macam saman lagi.