ZAMRI kecik's
Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyakselagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.
Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyakselagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.
Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat
Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi.
Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah. Hukumnya adalah berdosa.
Sebagaimana firman-Nya
"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)
Ingatan untuk diriku sendiri?
12 ulasan:
dalam kitab fikh manhaji (mazhab syafie)
"waktu isyak bermula apabila berakhirnya waktu maghrib. Ia berterusan sehingga terbitnya waktu fajar sadoq. tetapi waktu ikhtiar bagi solat isyak ialah anda tidak melewatkannya lebih daripada 1/3 pertama daripada malam'
mungkin penulis tesilap faham antara pembahgian waktu2 seperti waktu ikhtiar olah ulama'. wallahua'lam
Perbahsan detail boleh dirujuk dalam hasyiah baijuri dan sebagainya yang menjadi rujukan mazhab syafie di malaysia (sekiranya bermazhab ini)
Solat isyak tempohnya 1/3 mlm..kalau sape2 sengaja lewat maka berdosa,cuma bg yg ada sebab2 maka bleh la solat sblm terbit fajar sadoq. Sbnarnya..bla masuk aje waktu solat tanpa bertangguh wajid solat..walaupn blum sampai 1/3 mlm tp duk ek ah ek ah..kira berdosa krn sngaja melambat2kn solat...wallahualam.
Salam abufateh, tolong jelaskan 1/3 malam tu pukul berapa? ramai nak tau . alang-alang nak bagitau, baiklah terus terang . tidak tergantung .. sekian
Salam abufateh
1/3 pertama malam tu jam berapa ? ramai nak tau..alang-alang nak bagi tau , baik jelaskan terus , tak tergantung.. terimakasih
Salam YB,
ana setuju ngn abdulfateh
aku nak tanyalah dah berapa ramai suka tangguhkan solat?
malam dalam islam dikira bermula dari waktu maghrib sehingga subuh. Jadi 1/3 malam dikira berdasarkan kepada berapa jam antara 2 waktu tersebut.
Ulama' menggunakan istilah 1/3 malam tanpa menyatakan pukul berapa secara tepat kerana panjang waktu malam antara negeri-negeri di malaysia tidak sama lebih--lebih lagi jika di timur tengah dan eropah (dan lain-lain negara) waktunya sentiasa berubah-ubah (beza yang ketara antara musim panas dan sejuk)
jadi 1/3 malam boleh dihitung sendiri berdasarkan kadar panjang malam kawasan anda semua.
wallahhua'lam
tulisan yang baik untuk renungan daripada ustaz Adnan Fadzil
di
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/waktu-akhir-solat-isyak.html
1/3 malam ?? sebagai contoh maghrib 7.00 malam dan subuh 5.00 pagi = 10 jam. 10 jam bahagi 3 = 3 jam 20 minit. saya ambil pandangan ulamak kira 1/2 malam semasa mengejakan haji. waktu ini kira semasa bermalam di muzalifah dan mina. wallahualam
Minta penjelasan tentang waktu solat isyak ini di hebahkan lagi agar umat islam tidak rasa was was. Mungkin mana mana mufti boleh jelaskan di TV. Kalau kita minta TGNA yang bincangkan perkara ini nanti ramai yang tak setuju dan di jadikan isu politik, sebaliknya jika mufti yang buat pengumuman tentu tak jadi masalah
Hhmmm...pening aku.
kat mana silapnya artikel tu?
aku kata:
"Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat
Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi.
Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah. Hukumnya adalah berdosa.
abufateh kata
"waktu isyak bermula apabila berakhirnya waktu maghrib. Ia berterusan sehingga terbitnya waktu fajar sadoq. tetapi waktu ikhtiar bagi solat isyak ialah anda tidak melewatkannya lebih daripada 1/3 pertama daripada malam"
aku rasa sama ja.bezanya.
aku cakap pasal waktu habis.
abufateh cakap pasal waktu lewat.
Ada beberapa apps solat dan kiraan waktu, yang saya jumpa. Dia ada beri alarm dan warning untuk masuk waktu dan juga berakhir waktu.
Cuba check itunes. Kalau android or playstore sy blom try
Org dah soroh jangan sampai 1am or 2 am, buat je lah. Yg banyak tanya nk juga tau sbb apa? Nk melambat kan? Download je software tuh. Jgn ko tersetting alarm smpi solat taubat, solat witir dan pelbagai sudah, haha
Catat Ulasan