10 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Kenapa kita berpolemik?

Oleh : TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum


saya amat menyokong kerajaan perpaduan ini jika ia memberi kebaikan kepada kami RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira kaum,warna kulit dan agama....allohuakbar

Abdullah Ngah berkata...

saya amat sedih apabila membaca tulisan Datuk Tuan Ibrahim.mengapa? kerana dia berkata keputusan yang dibuat oleh presiden tidak boleh menrugikan PAS.

Dia tidak sedar PAS sudah banyak kali rugi, kerana tindakan presiden. Pendek kata PAS sudah disengat berpuluh kali dah.

Datuk Tuan Ibrahim pernah bercakap yang berhunyi: mereka yang kafir itu tidak diminta lahir sebagai kafir.

Apakah arti perkataan ini dari segi akidah. Bagaimana pula kalau remaja berkata aku tidak diminta lahir begini.

Perkataan seumpama bagi saya semata mata hendak mengambil hati orang kafir, termasuk orang DAP yang kesmuanya kafir.

ayat bertolomng tolong dalam kebaikan juga tidak kena dengan apa yang dihajati oleh presiden untuk mengadakan kerajaan perpaduan.

Wajar ayat ini dgunapakai sedangkan kerajaan yang memerintah sekarang tidak jelas dengan ayat tersebut.

Adakah UMNO sekarang (kerajaan yang sedia itu melakukan kebaikan hakiki yang dikehendaki oleh Allah.

Apa yang boleh dilakukan oleh PAS apabila berada didalam kerajaan perpaduan nanti, sedangkan penghlang besar dalam kerajaan itu ialah demokrasi.

Apa apa yang akan diputusan pasti melalui majoriti. Maorijitilah yang menentukan hala tuju kerajaan perpaduan, bukan syura yang juga pernah melakukan kesilapan iaitu setuju Ibrahim Ali bertanding atas nama PAS.

Pak Brahim berkata...

Rakyat perlukan penjelasan yang jelas.
Kepimpinan PAS hendaklah proaktif dalam memberikan penerangan kepada rakyat jelata kerana selepas muktamar tempoh hari saya lihat kebanyakan rakyat terpinga-pinga tentang isu Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan.

Saya juga percaya idea Presiden itu adalah baik, namun dalam sistem negara yang diguna pakai, sokongan rakyat teramai adalah diperlukan untuk menjayakan cadangan tersebut menjadi kenyataan.

Laksanakan segera sebelum para penyokong berpaling.

Al Mahdi berkata...

BERFIKIR DI LUAR KOTAK
Oleh : alMahdi

Untuk pengetahuan YB. Drs. dan Al Fadhil Ust. Tuan,bahawa ramai ahli jemaah yang tidak jelas akan kefahaman fikrah tersebut. Kita sebagai rakyat marhein boleh dikatakan agak jahil dalam situasi sekarang? Tugas pimpinan tertinggi agar tidak membuat kenyataan dalam waktu terdekat ini. Malah kadangkala kenyataan daripada media arus perdana sebagai bahan bacaan ahli parti. Ini sudah tentu, lagi kelam kabut dibuatnya.

Saranan saya, agar pihak jemaah mengadakan suatu kongres wacana pemikiran terlebih dahulu, tentang "kerajaan perpaduan". Beri penerangan kepada ahli di pelbagai peringkat. Ini disebabkan kedapatan ramai ahli sebagai aktivis yang sayangkan jamaah. Mereka siang dan malam bertarung dengan UMNO/BN sejak sekian lama. Kebiasaannya, mereka yang perit dan dihimpit sikap dzalim pihak musuh sudah tentu, tidak akan berfikiran lain, selain menyanggahi idea atau polemik ini. Sesungguhnya manusia itu memusuhi apa yang tidak diketahui( jahil).

Seterusnya, kerajaan perpaduan sebahagian besar ditolak di negeri Kelantan. Pada pendapat saya, mereka di sana suadah agak muak dan jelek dengan kemunafikan pihak lawan.Kita di luar sana tidak begitu merasa perit dan getir dengan fenomena ini. Justeru, tindakan Mursyidul Am menentang kerajaan kerjasama dengan UMNO perlu kita teliti dan kaji dengan mendalam. Bagaimana pula dengan hati- hati rakan dalam Pakatan Rakyat(PR. Bagaimana dengan kata- kata Sdr. Lim Guan Eng tempohhari. Tak malu kita dibuatnya!

Oleh yang demikian, kita terpaksa menerima pandangan pro dan kontra yang akan mematangkan jamaah kita. Bersabarlah, sudah tentu ada pelbagai hikmah terkandung dalam fenomena ini. Yang pasti tugas pimpinan yang baru dipilih agar bekerja keras sedikit menangani polemik ini.

Akhirnya, kadang kala pemikiran di peringkat akar umbi perlu kita dengar. Apa keluhan mereka? Mereka berjuang tenaga, keringat, air mata dan harta malah mungkin nyawa, Jadilah pendengar yang baik, jadilah teman yang setia mendengar!
Kemaafan jika lontaran idea ini tidak manis dan jauh daripada kemurkaan Allah. Namun, terpulang kepada pimpinan, kami aktivis di "grassroot" dengar dan ikut. Wala kami kepada pimpinan mukminun. Sayyidina Omar sanggup diluruskan dengan pedang, apatah lagi kita yang jauh daripada para sahabah? Allahu A'lam.

yes berkata...

Jika semua pemimpin terdiri dari mereka yang bertakwa sudah tentu kerajaan perpaduan adalah amat baik. Tetapi lihat sahaja seluruh dunia, adakah satu pun negara Islam yang mempunyai kerajaan yang betul betul memerentah seperti yang di sarankan oleh Islam. Saya belum nampak.

Memang baik jika kita tak mahu melihat permusuhan antara orang Melayu, tetapi di antara puak Melayu yang bagaimana? Haruskah saya menurut sahaja puak Melayu yang mengizinkan judi, arak dan rasuah.

Di pendek kan cerita, selesaikan dulu kekecohan negeri Perak. Kalau ini pun tak dapat diselesaikan cara yang adil, jangan mimpilah nak adakan kerajaan campuran.

Kepada Mustaffa Ali, saya mohon maaf kerana masih bercakap tentang kerajaan campuran, tapi saya rasa ragu ragu. Mungkin secara terang tidak ada perbincangan, tetapi dapatkah tuan pastikan tidak ada perbincangan dalam gelap seperti yang pernah berlaku. Saya harap tidak.

zaidin berkata...

Assalamu'alaikum...
Saya setuju dengan tulisan Dato' Tuan Man di atas mengenai asas-asas yang perlu ada di dalam membina Kerajaan Perpaduan @ Negara Perpaduan. Saya yakin kita semua faham dengan apa yang ditulis itu. Persoalannya, apakah di pihak UMNO/BN memahami semua itu? Apakah mereka akan menerima pandangan dan pendapat yang PAS kemukakan nanti? Apakah kemungkinannya UMNO/BN hanya "menanam tebu di bibir mulut"?

Saya amat yakin kepimpinan PAS akan mentarbiyah kepimpinan UMNO/BN supaya mereka menjadi pemimpin yang faham segala asas yang dinyatakan itu, namun setelah lebih separuh abad UMNO/BN mengamalkan apa yang menjadi tunjang keyakinan mereka, apakah PAS yakin UMNO/BN akan dengan mudah menerima apa yang diutarakan PAS?

Selayaknya biarlah PAS terus menjadi "bahtera sejahtera" dengan nakhodanya sendiri yang faham dan mengerti segala asas dan keperluan menjadi sebuah bahtera yang dapat membawa penumpangnya ke pulau selamat.

Wallahu'alam.

alamalikut berkata...

Pemimpin PAS saya kira terlampau berpolitik.. sehingga grass-root terkapai kapai mencari resolusi. Kita tidak berhajat menentang pimpinan diatas dsar walaq..tapi walaq juga ada batas dan perimeternya. Muktamar yang lepas menghasilkan gambaran jelas tentang ada sikap berdolak dalih pimpinan mengenai muqabalah,unity giv dsb. Apa yg lahir dari mulut Ust Ahmad Awang jelas ada seglintir pimpinan yg mempunyai agenda tersembunyi... sikap meyembunyikan maufakat atau berpakat dalam gelap ini bukan sifat yg baik malahan kalau disembunyikan juga pun Allah melihat... Inilah hasil kerja tangan mereka mereka yg cuba mencari sesuatu yg ahli tidak redha.
Bila sudah terperangkap, apa guna penjelasan lanjut..media terutama yang anti PAS dan Pakatan Rakyat akan memutar belitkan apa jua alasan yang diberi.
Kita telah bersetuju membangunkan Pakatan Rakyat mengapa mesti ada lagi'wayang disebalik tabir'??

Tanpa Nama berkata...

Salam YB, minta jasa YB tolong sampaikan dan peringatkan TGHA dan Us Nasa agar segera terangkan kepada semua ahli dan rakyat Malaysia dgn terperinci apa yg dimaksudkan dgn UG ni,bagaimana UG, perlu ke UG dan mcm2 lagi. 1. Yg terbaik adalah diadakan forum diantara saf pimpinan dan ahli semuanya mengenai UG. Wajib beri penerangan dan jawab semua soalan yg dikemukakan ahli dan sahabagt dlm PR yg lain.
2. Jgn buat pertemuan secara sembunyi2 dgn Umno,seolah ada RAHSIA dah ini akan mengundang curiga.
3. Utk masa yg terdekat ini, sila edarkan risalah menerangkan mengenai UG.
4. Apabila TGNA sebagai Mursidul Am telah TIDAK setuju dgn UG, mengapa org "bawahan" masih ingin bercerita pasal UG ?
Jgn ambil mudah perkara ini, saya sebagai ahli telah di"serang" dgn byk persoalan terutama dari Non-muslim kerana mereka terasa seolah dikhianati PAS.
Semoga ALLAH selamatkan Gerakan Islam ini..
Jgnlah ada perpecahan...

ANAK BAPAK berkata...

saya setuju dengann tulisan ustaz tuan ibrahim tuan man kerana apa..kerana konsep ini adalah arahan allah dan apa yang diwahyukan allah maka wajib kita meyakininya..kenapa perlu ada sangsi dan suu'u zan terhadap lontaran idea presiden..? yang menghangatkan suasana adalah media terutama nya bloggers...siap sebenarnya dibelakang bloggers yang tiada habis-habis menghentam lontaran idea tuan guru presiden..mintak penjelasan dalam masa yang sama menghentam presiden...kita semua kena ingat sedalam mana kebenceian kita kepada UMNO kerana dasar sekularnya..ahli-ahli umno adalah sedarah sedaging dengan kita..maka mana tanggungjawab kita menyelamatkan mereka yang masih faham UMNO ke arah memperjuangkan Islam..

lupakah kita betapa allah beri arahan kepada kita yang mafhumnya " dan peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari azab neraka, yang mana bahan bakarnya adalah terdiri dari manusia dan batu(berhala)..."" lupakah kita...???

tidak mungkin pimpinan berusaha secara sulit atau tidak hendak bergabung dengan UMNO yg sekular itu, tapi kenapa polemikkan soal sikap terbuka kita kepada sesiapa pun untuk menuju ke arah kebaikan seperti yang termaktub dalam perlembagaan PAS Fasal 6 (4)&(6)..tidak bacakah kita perlembagaan sendiri..

jangan kita jual nama tuan guru nik abdul aziz atau berselindung di balik namanya semata-mata nak melepaskan geram kita terhadap pimpinan yang lain..

lupakah kita kepada peringatan dari allah dalam surah al-anfal ayat 60-63 yang mafhumnya :

60)"dan siapkanlah persediaan untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)kamu menggetarkan musuh allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang allah mengetahuinya.apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya"

61)"Dan jika mereka condong kepada kabaikan maka condonglah kepadanya dan bertawakkal lah kepada allah, sesungguhnya dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui"

62)"dan sekiranya mereka hendak menipu engkau, cukuplah allah sebagai pelindung engkau, dia memperkuatkan engkau dengan pertolongannya dan dengan pertolongan orang mukmin"

63)"Dia (ALLAH) menyatukan hati mereka (mukmin),kalau engkau belanjakan segala apa yang ada di bumi nescaya engkau tidak akan dapat menyatukan hati mereka, tetapi allah jualah yang dapat menyatukan mereka, sesungguhnya allah maha perkasa lagi maha bijaksana" (surah al-anfal 61-63)

maka apakah kita lupa betapa allah menyeru kepada kita untuk menyelamatkan aqidah saudara mara kita yang masih dalam UMNo dan masih ada sedikit iman itu atau hanya kerana benci kita kepada UMNO saudara mara kita tidak diselamatkan..??? apakah kini kita hanya bertawakkal kepada sokongan cina dan india non-muslim dan melupakan tawakkal kepada allah..??? lupakah kita bahawa siapakah mad'u kita...????

ANAK BAPAK berkata...

saya setuju dengann tulisan ustaz tuan ibrahim tuan man kerana apa..kerana konsep ini adalah arahan allah dan apa yang diwahyukan allah maka wajib kita meyakininya..kenapa perlu ada sangsi dan suu'u zan terhadap lontaran idea presiden..? yang menghangatkan suasana adalah media terutama nya bloggers...siap sebenarnya dibelakang bloggers yang tiada habis-habis menghentam lontaran idea tuan guru presiden..mintak penjelasan dalam masa yang sama menghentam presiden...kita semua kena ingat sedalam mana kebenceian kita kepada UMNO kerana dasar sekularnya..ahli-ahli umno adalah sedarah sedaging dengan kita..maka mana tanggungjawab kita menyelamatkan mereka yang masih faham UMNO ke arah memperjuangkan Islam..

lupakah kita betapa allah beri arahan kepada kita yang mafhumnya " dan peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari azab neraka, yang mana bahan bakarnya adalah terdiri dari manusia dan batu(berhala)..."" lupakah kita...???

tidak mungkin pimpinan berusaha secara sulit atau tidak hendak bergabung dengan UMNO yg sekular itu, tapi kenapa polemikkan soal sikap terbuka kita kepada sesiapa pun untuk menuju ke arah kebaikan seperti yang termaktub dalam perlembagaan PAS Fasal 6 (4)&(6)..tidak bacakah kita perlembagaan sendiri..

jangan kita jual nama tuan guru nik abdul aziz atau berselindung di balik namanya semata-mata nak melepaskan geram kita terhadap pimpinan yang lain..

lupakah kita kepada peringatan dari allah dalam surah al-anfal ayat 60-63 yang mafhumnya :

60)"dan siapkanlah persediaan untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)kamu menggetarkan musuh allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang allah mengetahuinya.apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya"

61)"Dan jika mereka condong kepada kabaikan maka condonglah kepadanya dan bertawakkal lah kepada allah, sesungguhnya dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui"

62)"dan sekiranya mereka hendak menipu engkau, cukuplah allah sebagai pelindung engkau, dia memperkuatkan engkau dengan pertolongannya dan dengan pertolongan orang mukmin"

63)"Dia (ALLAH) menyatukan hati mereka (mukmin),kalau engkau belanjakan segala apa yang ada di bumi nescaya engkau tidak akan dapat menyatukan hati mereka, tetapi allah jualah yang dapat menyatukan mereka, sesungguhnya allah maha perkasa lagi maha bijaksana" (surah al-anfal 61-63)

maka apakah kita lupa betapa allah menyeru kepada kita untuk menyelamatkan aqidah saudara mara kita yang masih dalam UMNo dan masih ada sedikit iman itu atau hanya kerana benci kita kepada UMNO saudara mara kita tidak diselamatkan..??? apakah kini kita hanya bertawakkal kepada sokongan cina dan india non-muslim dan melupakan tawakkal kepada allah..??? lupakah kita bahawa siapakah mad'u kita...????

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Ahmad Awang sndri akui ada pimpinan ttinggi yg 'berkeinginan' bkjasama dgn UMNOngok..
(kes blaku d Perak dlu)
Dan rmai phk yg 'menjeling' ke arah kerusi Timbalan..
Kami dah x sng duduk nih..
Kami sayangkan PAS!!!

Unknown berkata...

I am no wrong in expressing my doubt in this UG. God damn those who betray us all supporters of PAS & Pakatan Rakyat. Dare those people come to tell us what to do & what not after some dubious stetement from a few leaders? Don't try to misleading or face the consequences soon.