SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata surcaj 30 peratus bagi bas henti-henti dan bas ekspres yang dilaksanakan dari musim perayaan tahun lalu akan ditukarkan kepada kenaikan tambang.
Beliau berkata, oleh itu kadar kenaikan tambang bas henti-henti dan ekspres yang akan diumumkan bakal menyaksikan kenaikan 10 sen saja atau tiada sebarang perbezaan.
"Surcaj 30 peratus yang dikenakan dulu akan ditukar kepada kenaikan tambang.
"Sebagai contoh, harga tambang bas harian dari Seremban ke Kuala Lumpur adalah sebanyak RM4.70 sebelum musim perayaan tahun lalu, ia kemudian dikenakan surcaj RM1.30 (kesemuanya RM6) dan jika kenaikan (tambang) baru diumumkan, pengguna tetap membayar harga tiket RM6," katanya selepas menyampaikan permit teksi dan kereta sewa kepada 85 pemohon di sini, hari ini.
Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas SeMalaysia, sebelum ini mahu kerajaan menaikkan kadar tambang bas berikutan peningkatan kos operasi termasuk kos penyelenggaraan, alat ganti dan upah pemandu serta kenaikan harga minyak Jun tahun lalu.
Kali terakhir kenaikan tambang bas dibuat pada tahun 2005.
Kerajaan sebelum ini dilaporkan pada dasarnya bersetuju memberi kenaikan tambang 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam dan ini termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres yang dikekalkan sehingga hari ini.
Sementara itu, Mohamed Nazri, memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemilik teksi yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing.
"Selepas tiga kali mereka dikompaun, kita akan tarik permit mereka...kita bagi tiga kali peluang. Kalau kita terus ambil tindakan keras semasa kali pertama tertangkap, itu maknanya kita sudah tutup pintu rezeki dia sedangkan teksi itu masih ada hutang dengan bank, bank pula mungkin tidak dapat bayaran balik," katanya.
Beliau berkata, kompaun bagi kesalahan itu ialah RM300.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Nazri berkata, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan had usia teksi dan kereta sewa kepada 10 tahun berbanding tujuh tahun sebelum ini bagi meringankan bebanan pemiliknya.
"Dengan cara ini, tuan-tuan dapat memaksimumkan penggunaan kereta berbanding dengan pembiayaan pinjaman," katanya. - Bernama.
Komen :
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Nazri, nampaknya sekali lagi BN tidak dapat mempertahankan hak rakyat yang diberikan sejak tahun lepas, sekali ini ia mempertahankan hak pengusaha bas.
Sebenarnya ada beberapa alasan yang boleh diberikan oleh kerajaan kalau dia benar-benar hendak membela rakyat. kenaikan minyak tahun lepas sebenarnya melalui beberapa proses penurunan.
2 ulasan:
saya ada satu kemuskilan..... jika benar sykt bas tak untung macamana mereka dapat bertahan selama ni?.... kenapa mereka masih berebut nak dapat laluan?..... kenapa masih lagi ada sykt yang baru muncul?.... macamana mereka dapat beli bas 2 tingkat?.... kenapa masih ada org melabur dalam perniagaan yang rugi?.... ada ke orang berniaga untuk rugi?....mengapa mereka sanggup rugi dari tahun ke tahun?, bukankah lebih baik beralih perniagaan?...PADA SESIAPA YANG PANDAI tolong jawab sikit...
Minta kerajaan BN (yang selalu megah dengan satu lagi projek kerajaan BN) jawab soalan Merong.
Catat Ulasan