Email : Kamil adli puteh ariffin
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kehadapan Saudara Idham Lim, saya sungguh terharu dengan perjuangan saudara di dalam PAS dan PR. Tetapi yang menjadi isu disini disebabkan isu KERAJAAN PERPADUAN hati saya rasa berbelah bagi terhadap perjuangan PAS. Disini ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Kepimpinan PAS sendiri iaitu.
i. Adakah PAS boleh lupa apa juga perkara yang amat buruk dilakukan oleh UMNO kepada PAS. PAs sepatutnya mengambil ikhtibar dan adakah pas bersedia untuk dipatuk untuk kali kedua..........
ii. dengan kemenangan yang diberikan oleh ALLAH SWT, PAS sepatutnya pandang isu untuk mencapai kemenangan bukannya perpaduan.Muhasabah diri, tawakdu' dan perbanyakkan mendampingi rakyat terutama masyarakat di kampung bagi meraih sokongan.
iii. Sudah lupakah kepahitan yang diterima oleh PAS pada tahun PRU11 di mana PAS kalah teruk dengan UMNO. Adakah pada masa itu Muzakarah yang PAS lemparkan disahut oleh UMNO. Jauuuuuuuuuuuuh sekali.
iv. Adakah PAS menjangka kemenangan PRU12 lepas atas sokongan UMNO. tidaaaaaaaaaaak. Ini adalah kekuasaan ALLAH SWT, Mungkin ada diantara jemaah PAS yang bertahajud dan memohon kemenangan untuk PAS telah dimakbulkan . Di mana sokongan non-muslim telah mula diraih oleh PAS. Atas inisiatif PAS kah kemenangan ini tidak sama sekali. Tetapi adalah dengan pertolongan ALLAH SWT.
v. Adakah kerana PAS merasa mempunyai kuasa sedikit lalu mendampingi UMNO(musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan).Cuba saudara imbau kembali Kemenangan PAS PRU10 dan saya lihat betapa egonya semuanya kepimpinan PAS pada masa itu. Dan cuba saudara bandingkan PRU11 baru tahu apa itu kemenangan. PRU12 cuba saudara lihat ianya dah mula nampak persamaan dengan PRU10 dimana PAS dah mula tunjuk egoisnya. Sepatutnya PAS dah bergerak langkah menuju untuk mencapai kejayaan dengan mengambil kira padangan rakan pakatan rakyat.
vi. Kenapa pimpinan PAS kurang senang dengan Saudara Anwar Ibrahim. sepatutnya PAS mencari peluang untuk meningkatkan sokongan untuk kemenangan.
vii. Kenapa PAS banyak timbul isu yang boleh menggugat kestabilan PAS sendiri dan sokongan pengundi kepada PAS.
Hayatilah apa TOK GURU NIK AZIZ katakan. PAS sepatutnya fikir bagaimana untuk mencapai kejayaan yang gemilang PRU 13. Apabila kuasa sudah ada ditangan PAS boleh gunakan sepenuhnya seperti menarik benang didalam tepung. Dengan itu Islam dapat ditegakkan dibumi malaysia .
AKHIR KATA MANA LEBIH BAIK UNTUK KITA BERKAWAN
ORANG KAFIR YANG TENTU KITA TAHU LATARBELAKANGNYA DENGAN ORANG MELAYU YANG BERSIFAT MUNAFIK.
20 ulasan:
salam..kome semua ni jelaih bebenor ke tentang kerajaan perpaduan ni..atau main dengor2 gitu je..tau benor ke apa yg dikatakan kerajaan perpaduan tu..jgn jadi serope umno..bercakap ikut sedap mulut je..
Politik ada berbagai gaya untuk mencari kepalsuan kawan mahu pun lawan... mengapa kita sebuk tentang Unity Gov...sedangkan ianya hanya cerita dan angan angan... tidak kah kita bersangka bahawa PKR juga memikirkan pekara yang sama????.. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain... org PAS jg jumud dan mati akal... org PAS kena 'smart'.. jangan melihat bunga silat sebagai buah, nanti org kata kita tak pandai bersilat.
Salam....
Aku menyokong penuh KEPIMPINAN ULAMA. Aku akan pertahankan KEPIMPINAN ULAMA selagi mana Allah swt memilih aku untuk mempertahankannya.
Tapi AKU MEMANG PANTANG BILA KADUK NAIK JUNJUNG. PAS kalah sampai tersembam pada PRU Ke 11 dulu pun kerana KADUK KADUK ini. Dan sekarang KADUK KADUK ini buat hal lagi.
Ingat !! Yang masuk syurga adalah golongan MUTTAQEEN. Bukannya golongan bertitle ULAMA ataupun PROFESIONAL.
Ayuh !! Saudara saudara ku sekalian !! Bangunlah !! Pertahankan jemaah ini daripada KADUK KADUK ini !!
Yang menghancurkan PAS bukan ERDOGAN !! Yang menghancurkan PAS bukan ULAMA !! Tetapi yang menghancurkan PAS adalah KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG !!
Siapakan KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG itu?!
H1N1 !!
www.saynotomunafiqeen.blogspot.com
waduh!ayat terakhir tu tepat sgt weh!siapa mkn lada la rasa pedas.dlm pas byk sekrg weh.hati hati la weh!kita tgk sape yg kena weh!
kerajaan perpaduan timbul lagi...aku pun heran dengan sikap dan perangai sesetengah pemimpin PAS ni...yang tambah peliknya, apa perlunya statement tu dikeluarkan sekarang..?? apa untungnya..??
apa penulis kata aku setuju 100%..PAS ni kadang2 kuat gak melatahnya...ni lah antara kelemahan segelintir pimpinan PAS yang suka sangat buat statement tak de hujung pangkal yang akhirnya diputar belitkan oleh media..patutnya sebagai pemimpin, mereka well-aware dengan ancaman putar belit umno tu...
ntahlah...kadang2 aku terfikir gak...mungkin sekarang ni lah masanya untuk melakukan perubahan dalam kepimpinan PAS tu sendiri...dah tiba masanya 'batton' pimpinan di serahkan kepada pelapis yang lebih muda, wibawa, berketrampilan,credibel dari segala segi...tiba masanya sekarang ni untuk tumpukan membina kekuatan dan pengaruh, bukan beri kenyataan melulu tanpa fikirkan akibatnya...
kalau tak, sampai bila pun PAS akan dok syok sendiri 'kononnya' rakyat menyokongn sedangkan sebenarnya mengharapkan masalah dalaman umno untuk menang...
ASsalamualaikum...
Khabarnya MB ku yang sah, DSN akan membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung status MB yang sah.. Tiada pun berita mengenainya? atau, PAS Perak tidak meneruskan rayuan?
aku rasa kita ni sudah mula membiarkan berburuksangka sesama jemaah,berulangkali TGHA jelaskan kita tidak akan bersama BN/UMNO...insayaAllah...tidak...teringat juga semasa almarhum fadzil noor bersama pimpinan umno dlm isu palestin...ianya sama juga seperti sekarang,cuma kita mudah percaya berita dari musuh sendiri...sabarlah...kita dipihak benar...maka segala urusan kita sentiasa dalam tadbir Allah...wassalam..
salam,
saya pun nak tambah sikit
i. memangler dakwah kita perlu pada UMNO, tapi kita dah dakwah pada UMNO ini dah 55 tahun, tapi UMNO tetap macam tu, kenapa kita tak wujudkan perpaduan dlm PR, gunakan masa kita agar kita tarbiyah dan didik DAP dan PKR, agar mereka lebih menghayati islam, agar sahabat2 kita dlm PR lebih memahami islam dan istiqamah dlm perjuangan, agar katak2 melompak tak wujud.
ii. sebagai ahli pas, masih terdengar kat telinga saya.. " Kita berjuang melawan UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita lawan BN bukan kerana namanya BN, ..kita lawan mereka kerana mereka mengekalkan perlembagaan jahiliyyah.. percaya ler tuan2. perjuangan kita adalah jihad, kalau kita mati lawan puak-puak ini, maka mati kita adalah mati syahid." siapa yg ucap ini??
hasilnya terkorbanler assyahid ustaz ibrahim libya, syahidnya shabat kita dilubuk merbau.. perlakukan penindasan UMNO keatas perjuang2 PAS, maka apa perlu perpaduan, walaupun kita tahu kerajaan perpaduan yang nak diwujudkan adalah kerajaan tanpa pembangkang...tapi sapa jadi PM? sapa jadi TPM, still UMNO..
malah ada sahabat saya bercakap, nak pos borang IMNO pada Presiden dan Tim Presiden PAS!!!
iii. Dlm sejarah kita pun pernah lihat, apabila berlakunya perbezaan antara Saidina Ali r.a dgn Muawiyah r.a, apa kesudahan yang terjadi..tak tahu la boleh pakai tak peristiwa itu. tapi sejarah juga membukti apabila Saidina Ali berada hampir pada kemenangan.. tak nak ulas byk, takut.
iv, kenapa Mursyidul Am dan Presiden bertelagah pendapat secara terbuka? Bila dua pimpinan tertinggi PAS tidak bersependapat dan mengeluarkan pendapat secara terbuka dan luas, ahli-ahli dan rakyat Malaysia juga akan mengeluarkan pendapat secara terbaka dan meluas pula.
Sekarang mungkin rakyat Malaysia malah ahli PAS sendiri akan terdedah dengan perdebatan siapa lebih besar? Mursyidul Am, Presiden Atau Jamaah?
Salam Persaudaraan Kamil adli puteh ariffin
yang dikasihi Allah SWT.
Janganlah terlalu berprasangka buruk terhadap sesuatu perkara yang bermatlamatkan kebaikkan, apakah saudara tidak melihat sedikitpun kebaikkan diatas kerjasama sesama Islam yang akan dijalinkan? Apakah kita akan menjadi seperti dua puak di Palestin yang sering kali bertelagan dan menguntungkan pihak yang lain?
Sekadar renungan
moga ukwan sesama Islam akan kembali terjalin.
Kak Midah
hamidahosman.blogspot.com
Saya bersetuju sangat dengan saudara.
Wahai Pemimpin yang menyokong Kerajaan Perpaduan, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak perbuatan buruk padahnya. Jangan sampai sokongan yang diraih sekarang ini berkurang, di masa itu barulah hendak meminta simpati.
Minta maaf la. Bukan hendak mencerca ulamak seperti TGHH. Tetapi strategi beliau terlalu meragukan. Terkenang pulak kepada Allah Yarham Ust Fadzil. Disegani kawan dan lawan. Al-Fatihah..
Bagaimana mungkin Presiden dan Mursyidul Am bercanggah pendapat. Tidak duduk semejakah mereka. Ataupun mereka ini tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain..
eee.. getikk la.. bace kerajaan perpaduan ni.
benci umno la..
eee.....!
PAS telah menempah maut dalam PRU 13..terlajak perahu boleh undur, terlajak kata padah akibatnya..sememangnya presiden DS Hadi tak brfikir panajng sebelum berkata kata.. saya rasa Dato' Nik Aziz lebih baik kata kata nya dan beliau amat disenangi oleh semua..tadak sepert DS Hadi....saya pun kurang 'minat' DS Hadi berbanding Dato Nik Aziz Nik Mat...HIDUP Dato Nik Aziz & Dato HUSAM...saya merasakan lepas ini ramai golongan profesional yang belum memasuki mana mana parti akan tolak untuk menyertai PAS..saya pun dah kurang minat denagn PAS..cuam saya menunggu Dato Nik Aziz & Dato Husam menubuhkan parti baru...PARTI ISLAM MALAYSIA UNTUK SEMUA (PASUS)
Salam.
kepada En. kamil yang dihormati.
Harap saudara jangan mudah terpedaya dengan segala isu atau berita mengenai kerajaan perpaduan yang disebarkan oleh kebanyakan media arus perdana.
Ingin saya memohom kepada En. Kamil agar membaca teks penuh ucapan Tuan Guru Haji Hadi di dalam muktamar yang baru-baru ini. Dalam ucapannya tidak disentuh langsung mengenai kerajaan perpaduan tetapi hanya menyatakan bahawa PAS sentiasa membuka pintu rundingan yang bertujuan untuk memperkasakan Islam Di negara ini dan membasmi segala kezaliman.
Di dalam ucapan beliau juga ada menyelitkan sejarah awal penubuhan PAS dan juga mengenai sejarah kezaliman dan kerakusan UMNO dalam mengekalkan kuasa.
aku sokong kerajaan perpaduan demi umat islam
assalamualaikum yb...
saya salah seorang penyokong dan pendokong tegar pas di bachok kelantan... saya ingin mengemukakan beberapa pendapat berkenaan unity g.
1. kami tetap berada dibelakan TGNA.. sebarang keputusan TGNA itu adalah keputusan kami..
2. kenapa skrg baru timbul ug.. tidakkak pimpinan melihat bagaimana UBN menderra kerajaan pas di kelantan sejak 1990 hingga sekarang. hak kerajaan dan rakyat dinafikan.. ini tidak akan kami maafkan
3. kenapa sekarang? ditengah sokongan pr sedang melonjak dan UBN menuju kekuburan...
4 Ust Nasa AP Bachok skrg tidak disenangi oleh pengundi tempatan krna sejak menang amat jarang bersua muka dgn rakyat... tak caya cuba tanya penduduk Bachok dan ramai yany x akan memberi undi kpd ustaz kiranya perkara ini x diperbaiki..
5. hentikanlah idea mengarut yang bakal memecahbelahkan sokongan kpd PAS.. tu pn kalau nak menang PRU13.. kalau x baik undi UBN atau trus X klua mengundi....
Jangan kawan cuma muka lawan dihati ya!
Saya ni bukan islam tapi setahu saya zaman Islam di Arab juga terbagi 72 puak.belah bagi puak masa tu pun susah nak satukan, dunia hari ni juga Islam perang sesama sendiri Iran Iraq berperang 8 tahun.apatah lagi sekarang PAS nak Kawan baik dgn UMNO yg semakin pupus....nasib baik bukan perang senjata...
tanpa nama yang di no1 di atas sekali...
hang jelaih ka tentang kerajaan perpaduan? pastu nak tuduh orang yang tolak (cakap ikut sedap mulut) kerajaan perpaduan tu seropa umNO. Kalau Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) pun tolak, hang nak kata TGNA serupa umNO jugak ka?
p/s pesanan buat semua TANPA NAMA, guna "Ulas sebagai Nama/URL" la. Kalau takmau letak URL pun, tulis nama ja. Baru ada identiti sikit. Macamana YB Drs. Khalil? Setuju dak?
Sedikit sebanyak memang isu ini diambil peluang untuk diputarbelitkan oleh pihak media. Dan sememangnya rakyat makin keliru dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan. Tapi apa pun, aku sedikit kecewa sebab Datok Husam tak menang, sebab aku dapat lihat Dato' Husam ni sebagai satu aset PAS yang paling bernilai. Beliau merupakan anak didik TGNA yang mana disebabkan ketokohan mereka berdua dalam kepemimpinan di Kelantan, banyak membuka mata non-muslim untuk memberikan sokongan pada PAS. Malah tanpa segan silu, ada golongan non-muslim ini dengan bangganya declare "tok guru kito".
Isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sekarang adalah satu strategi untuk menghadapi PRK Manik Urai. Kita boleh lihat sendiri bagaimana kita diperkotak-katikkan dengan isu ini. Aku masih menimbang dalam kebimbangan isu ini sebab aku tidak meneliti ucapan penuh TGHA masa muktamar tempoh hari, tapi gusar dengan kenyataan itu, aku pun rasa tergoyah keyakinan dengan PAS sekarang. Tapi aku tidak mahu terus menghukum PAS.
Cuma pada pendapat aku, isu ini sudah dibangkitkan dan akan terus dimanipulasi oleh golongan UBN dan sekutu, eloklah kiranya diberi penjelasan supaya penyokong2 PAS dan PR sendiri tidak keliru dengan perkara ini. Tidak relevan untuk mendiamkan perkara ini di ambang PRK di Manek Urai menjelang. Aku sakit untuk menyatakan ini, tapi kalau PAS tidak sedari hal ini, masih mendabik dada dengan kemengan sementara yang Allah kurnia,elok diberi satu 'tamparan sayang" dalam PRK Manek Urai nanti....
Saya tak faham leeee DSHHA selalu mgneluar kenyataan yang tak difahami oleh jamaah apabila para jamaah keliru kan susah diri sendiri nak terangkan kepada jemaah, saya suka cara TGNA beliau beri kenyataan jelas tak berbelit, Dengan puak UMNO Ni tak payah perpaduan leee mereka sesak mereka cari kita kalau senang kepala kita di pijak
saya minta.Tuan Guru H Hadi tarik balik leeeee perpaduan dengan UMNO tu nanti berpecah didalan PR dan PAS.
sayang tgna 6/9/09 6.33 pm
cuba hang terangkan dekat dlm blog ni kerajaan perpaduan yg TG Hj Hadi maksudkan......aku nak tengok mana ayat yg kata TG Hj Haji Hadi nak join ngan umno bentuk kerajaan perpaduan
Catat Ulasan