Oleh: WFAUZDIN NS
PILIHANRAYA Kecil Dun Manek Urai tidak beberapa minggu sahaja lagi. Difahamkan Pas kini telah pun menggerakkan jenteranya manakala Umno masih `berkubu' dan belum pun bersedia untuk mengangkat senjata. Apakah ini strategi Umno iaitu memerhatikan terlebih dahulu perkembangan yang melanda Pas serta PR sekarang? Sudah tentu isu Kerajaan Perpaduan yang dihebohkan sekarang amat menarik minat Umno untuk dijadikan `senjata' kempen dan propaganda mereka di Manek Urai nanti.
Kita tidak boleh memandang remeh isu ini kerana ianya telah melibatkan soal prinsip dan pakatan kerjasama di dalam PR. Benar, di Manek Urai sokongan PR tidak diperlukan sangat memandangkan hampir 100% pengundi di Manek Urai terdiri dari orang-orang Melayu dan Manek Urai adalah kubu kuat Pas. Fungsi PKR terutamanya adalah untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu dan bukan Melayu untuk menyokong PAS, manakala fungsi DAP pula tentunya untuk menarik kaum Cina menyokong Pas. Ini lah kehebatan PR yang paling ditakuti oleh Umno/Bn. Komitmen pengamal media alternatif seperti Bloggers juga memainkan peranan penting di dalam membantu Pas dan PR dalam setiap pilihanraya. Terbukti, media-media alternatif seperti ini diakui kehebatannya oleh Umno/Bn yang menyebabkan kerajaan Bn hilang 2/3 majoritinya di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.
Apakah kita boleh bersenang lenang dengan kekuatan yang ada sekarang? Jawapannya sudah pasti tidak kerana kini kita dibelenggu oleh masalah keyakinan di dalam PR. Muktamar Pas baru-baru ini yang dijangkakan menaikkan semangat serta iltizam semua ahli-ahli Pas terhadap PR dan mengiktiraf Umno sebagai musuh politik utamanya ternyata gagal sama sekali. Malah, kemelut di dalam Pas bermula lebih hebat dari sebelum pilihanraya umum yang lalu. Ini adalah kerana gara-gara pendekatan secara berhikmah untuk bekerjasama dengan Umno dan lahirlah istilah Kerajaan Perpaduan. Kita tidak boleh mempersalahkan rakyat yang mungkin terkeliru dengan pendekatan yang pimpinan Pas rancang ini. Pimpinan sehingga kini bukan sahaja gagal untuk meyakinkan rakyat akar umbi, bahkan mereka juga gagal untuk meyakinkan pimpinan PR yang lain. Penjelasan beberapa tokoh di dalam Pas untuk memperjelaskan isu Kerajaan Perpaduan ini dilihat bercanggah satu sama lain menyebabkan isu ini `tergantung tidak bertali'.
Bukan rakan-rakan di dalam PR mencemburui konsep kerjasama yang ingin dilakukan oleh Pas dengan Umno, tetapi mereka ingin penjelasan apakah konsep itu lebih menguntungkan Umno atau PR malah menguntungkan rakyat juga? Jika pendekatan ini hanya semata-mata untuk menunjukkan Pas sanggup bertoleransi dengan Umno demi menyelamatkan rakyat dari belenggu rasuah, kronisma, ekonomi yang tidak menentu, maka tiada bezanya seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Pembangkang DS Anwar bahawa PR sanggup bersama kerajaan untuk tujuan-tujuan tersebut. Oleh yang demikian, mengapa perlu lagi Pas bercakap soal Kerajaan Perpaduan kerana sudah jelas PR akan bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat. Apabila Pas terlalu menekankan soal Kerajaan Perpaduan dalam kaedahnya sendiri, maka tidak hairanlah masalah keyakinan seperti sekarang berlaku.
Persoalannya, adakah dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan itu nanti soal rasuah, kronisma, ekonomi yang merudum, pendidikan serta masalah sosial dan agama akan selesai? Tiada penyelesaian kepada semua permasalahan tersebut sekiranya kita bekerjasama dengan mereka yang terlibat dengan semua skandal berkenaan. Kita berunding dengan siapa sebenarnya? Bukankah pemimpin mereka itu pun kita sendiri kata terlibat dengan berbagai skandal? Lainlah sekiranya mereka yang terlibat di dalam berbagai isu rasuah dan penyelewengan itu tidak lagi bersama parti yang ingin kita jadikan Kerajaan Perpaduan itu. Sebagai contoh, amat melucukan bila mana Ketua Menteri Melaka Ali Rustam pun bersetuju sangat dengan Kerajaan Perpaduan tajaan Pas ini. Begitu juga dengan Najib yang kita semua tahu latar belakang serta imejnya. Mereka masih menjadi pemimpin utama di pihak parti mereka dan inikah orangnya untuk kita berpakat?
Saya benar-benar berharap agar isu Kerajaan Perpaduan ini dinoktahkan samasekali sebagaimana Tuan Guru Presiden pernah berkata tiada lagi Kerajaan Perpaduan sejurus Najib mengambil alih kerusi PM dari Pak Lah. Muktamar sebelum ini juga menentang pendekatan itu sebaliknya inginkan PR sebagai `Government Waiting'. Niat yang baik kadangkala tidak disukai ramai apabila kaedah dan perlaksanaannya tidak kena malah terpesong. Tugas Pas dan juga PR seharusnya untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari terus berada di dalam parti yang hampir karam itu, bukan tugas kita untuk menampal segala lubang yang bocor pada bahtera Umno yang semakin reput tersebut.
Sewajarnya isu ini diselesaikan secepat mungkin sebelum PRK Dun Manek Urai. Jika tidak, suasana kempen dan keceriaan sesama kita di dalam Pas serta PR mungkin kelihatan suram nanti. Mungkin semangat petugas-petugas kempen dan jentera agak luntur kerana mereka merasakan seolah-olah mereka akan berperang dengan parti yang bakal bersama Kerajaan Perpaduan. Percayalah, kesemua pandangan mereka yang seolah-olah mengkritik kepimpinan Pas bukan kerana mereka bencikan Pas tetapi kerana terlebih sayang kepada Pas. Kami semua mahu Pas terus mendominasi PR satu hari nanti dan pada kami Umno semakin hampir untuk ditalkinkan. Buktikan di Manek Urai nanti, InsyaAllah.
18 ulasan:
assalamualaikum buat muslimin dan muslimat
saya atas nama pena ubat kuat menyeru kepada semua pendokong dan pejuang PAS agar menghentikan sengketa dan tumpukan kerja jentera parti utk mengekalkan kemenangan pas di Manik Urai..Saya menyeru buat diri saya dan saudara serta saudari agar melupakan seketika perbezaan pendapat dalam isu perlantikan di MUKTAMAR PAS YANG BARU MELABUHKAN TIRAINYA..DENGAN RASA RENDAH DIRI DAN MEMANJAT KEINSAFAN KE HADRAT ALLAH SWT AGAR KITA BERSATU KEMBALI BERJUANG DIDLM PEPERANGAN PRK MANIK URAI..SEGALA PUJI DAN KEMULIAAN LAYAKNYA UTK ALLAH SWT DAN BURUK SERTA HINA ITU DATANG DARI KITA SEBAGAI HAMBANYA YG TAAT..
ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR
WALILLAHILHAM...
WASSALAM
nak tutup mcm mna weh!org kuat pas yg buka mulut weh!abis,kita nk wat apa weh!terlopong mulut,rupanya kena kapur kita weh!kita pikir la sndri weh!kakakah
Dalam keadaan perpecahan melayu/Islam sekarang, sudah nampak jelas kaum kafir mempermainkan melayu/Islam.
Pada mula nya mereka menyokong satu pehak, setelah mendapat kekayaan dan kuasa ekonomi, kaum kafir ini inginkan pula kuasa memerintah. Disamping itu mereka juga sedang menuntut hak2 persamaan dengan orang melayu.
Sebenarnya kaum cina sudah bersatu dalam DAP. Sedangkan kaum melayu/Islam masih berpecah - UMNO, PAS dan PKR.
PAS dan PKR pula telah menambah-kuatkan DAP.
nasa dan HH,anda dah tamak..so baik lah anda serahkan jawatan anda kepada perwakiilan dan ahli2 PAS untuk menentukan....
buktikan yg anda berdua ada kekuatan..buktikan dgn menawan balik trengganu tu..otherwise keep your mouth shut...
to nasa,sila keluar dari bumi kelantan!! anda tidak diperlukan di negeri tok guru kami! sila pergi ke trengganu!! buktikan anda punyai pengaruh!!!
Setuju dengan ulasan YB,
Tapi YB, the damage has been done. Kalau tutup tajuk perbincangan pun orang masih anggap isu ini tidak selesai. Orang masih tidak percaya dan menganggap mereka ini mengkhianati kawan. Kerana sebelum itu sudah ucapkan kata putus bahawa tiada lagi perbincangan dgn UMNO. Alih2 dlm muktamar, beria2 mau kerajaan perpaduan dgn UMNO UBN. Apakah pemimpin PAS bertitle ulamak cakap berdolak dalih macam ini? dan orang juga merasakan Pengarah Pilihanraya PAS juga part of the damage... sebab itulah dia masih tidak dapat mengangkat mertabat PAS di trengganu. Baik undurkan orang macam ini kalau mau memulihkan imej PAS.
Saya setuju artikel ni...tapi masalahnya pemimpin PAS sendiri yang mengeluarkan kata-kata "Kerajaan Perpaduan" setelah pemimpin itu sendiri mengatakan tidak lagi ingin mengulas tentang perkara tersebut ...ini masalahnya...bila isu timbul satu negara baru terhegeh-hegeh minta orang lain tutup cerita kerajaan perpaduan.
Inilah dia Tuan Guru Hj Hadi..dari dulu lagi si tuan guru ni banyak menimbulkan kontroversi..bagi saya elok jawatan Presiden Pas di kasi pada orang lain....
Salam,
Benar seperti kata penulis artikel diatas bahawa isu Kerajaan Perpaduan harus dinoktahkan. Saya sendiri sekarang merasa amat bimbang dengan isu ini kerana ia telah menimbulkan keresahan. Walau apapun alasan yg baik dan manis digunakan, ianya pada pendapat saya tidak akan meyakinkan penyokong dan pendokong Pas (dan PR) kerana ianya tidak kelihatan baik (sekurang2nya pada masa sekarang). Saya teringat kata2 "pemimpin yg "bersih" bukan sahaja mesti "benar2 bersih" tetapi mesti "KELIHATAN bersih". Sekarang, idea kerajaan perpaduan @ kerjasama dgn Umno TIDAK kelihatan baik. Memang kenyataan awal Presiden mengenai perkara ini telah dimanipulasikan namun jangan salahkan rakyat terbanyak. Mereka hanya membaca yg zahir. Saya bukanlah orang besar dalam politik, namun saya melihat kadang2 statement yg dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Pas (dan juga PR) tidak berhati2, terlalu umum, maka ia sangat terdedah kepada manipulasi musuh politik. Betul, manipulasi maklumat adalah cabang seni dan propaganda dalam politik, tapi usah dibiarkan musuh mendapat "markah percuma" kerana kecuaian kita. Itu belum lagi dikira provokasi dari pihak Umno. Lihat saja bagaimana Ketua Pemuda Umno mengulas mengenai kemenangan YB Ust. Nasharudin sbg Timb. Presiden baru2 ini. Benar, itu adalah provokasi tetapi berapa ramaikah yg "terpedaya" dengan statement itu? Masih banyak golongan yg mudah terpedaya. Lebih malang lagi apabila banyak pihak mempercayai persepsi umum bahawa Ust.Nasa ingin membawa Pas bekerjasama dengan Umno/BN (Ust. Nasa telah menafikannya). Persepsi ini terjadi kerana bukan semua rakyat terdedah kepada maklumat sahih dan jg disebabkan propaganda2 berterusan yg dilakukan oleh pihak2 tertentu. Ini memberi beberapa impak negatif, diantaranya ; rakyat menjadi keliru yg boleh mengakibatkan keyakinan merudum, pimpinan tersebut dilihat kurang mahir "membaca politik" dan banyak masa serta tenaga perlu dihabiskan untuk memberi penerangan "membetulkan" statement yg telah dimanipulasi tadi. Jika kita mengambil sikap lebih berhati2, saya merasakan masa yg digunakan td, boleh dimanfaatkan untuk perkara2 lain. Akhirnya, izinkan saya memetik kata2 penulis artikel diatas "Percayalah, kesemua pandangan mereka yang seolah-olah mengkritik kepimpinan Pas bukan kerana mereka bencikan Pas tetapi kerana terlebih sayang kepada Pas. Kami semua mahu Pas terus mendominasi PR satu hari nanti dan pada kami Umno semakin hampir untuk ditalkinkan" Paling utama NOKTAHKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO/BN.
Pas For All.
setuju dgn artikel diatas!
diharap dgn kenyataan ini, semua baik dari kalangan pemimpin atasan, ahli dan penyokong bawahan, golongan ulama, golongan profesional, aktivis2, bloggers2 dan cybertroopers PAS/PR dapat bersatu teguh hadapi pilihan raya di DUN Manik Urai..
Lupakan perbezaan, nyahkan persengketaan, ayuh rapatkan saf, bulatkan tekad, cekalkan hati, bersatu demi sebuah kemenangan..buktikan pd 'mereka', kami tidak mudah lalai dan leka, kami tidak mudah terhasut dan termakan umpan mereka..
Allahuakbar!!.
"Stop isu UG, perkasa PR, kita benam Umno di Manik Urai!!"
http://priamalaya.blogspot.com/2009/06/stop-isu-ug-perkasa-pr-kita-benam-umno.html
Apa pulak YB..tak syoklah..bagiatu la Presiden buat sidang akhbar,..kata PAS bagi UMNO menang di Manik Urai sebagai tanda sayang PAS kpd UMNO dan permulaan kerajaan perpaduan!
My dear PR LEADERS and Supporters!
Enough is Enough!
Please stay FOCUS with our MISSION and VISION to take over and govern this country!
Please DO NOT get DISTRACTED with ALL these NONSENSE side-line issues such as UNITY GOVERNMENT etc.!
Please PUT a FULL-STOP to ALL these TALKS or ANY TALK that will eventually benefits the BN or others..!
Any side-line issue will give advantage to BN! They will HIGHLIGHT IT even more SO THAT PR will forget their MORE IMPORTANT ISSUES that already in-hand such as RRK Manek Urai, lost PERAK State Government right in front of our VERY OWN eyes, all the pending court cases etc..!
Please for ‘UNITY’ sake within PR, set aside our differences IF ANY, and work towards our COMMON GOAL - EVERYONE in PR from TOP (ESPECIALLY) all the way DOWN (THE GRASSROOTS) must SEE the SAME ‘BIG PICTURE’ that we are going to achieve at the end of this long battle, hurdle, fight and journey!
WE WORKED SO HARD AND SO LONG JUST TO UNITE US ALL IN PR, SO WE SHOULD NOT LET ANYONE, I MEAN ANYONE TO EVEN THINK OR TRY TO BREAK THAT ‘UNITY’ IN PR! FORGET THE UNITY WITH OTHERS, FOR NOW….!
IF WE, CAN’T EVEN GET OUR OWN HOUSEHOLD OR OUR OWN FAMILY TOGETHER, PLEASE DO NOT TRY TO UNITE THE COMMUNITY..! IT WILL BE A BIG LAUGH IN THE TAMAN (COMMUNITY)… CORRECT AND UNITE OURSELVES FIRST, BEFORE WE DO OTHERS!
YES, WE WON BIG IN PRU1999 AFTER DSAI SPECTACULAR REFORMASI WAVE, BUT LOST BADLY IN PRU2004 AFTER COULD NOT TAKE THE EXCITEMENT (STAY DREAMING) OF WINNING BIG IN PRU1999 (WE EVEN LOST THE TRENGGANU STATE - OVER CONFIDENCE PERHAPS!) AND LATER MANAGED TO PULLED OURSELVES BACK TOGETHER (MAYBE) AND WON BIG IN THE PRU2008 (THAT’S ALSO BECAUSE PEOPLE HATED BN SO MUCH AT THE TIME - AND NOT really BECAUSE OF PR INTERNAL (UNITY) STRENGTH..!
SO WE WENT THROUGH UPS AND DOWNS. WHAT WE NEED RIGHT NOW IS TO MOVE FORWARD, BE POSITIVE AND MORE IMPORTANTLY LEARN FROM OUR OWN MISTAKE AND OTHERS! AS A MUSLIM OR ANYONE FOR THAT MATTER, WE SHOULD NOT MAKE MISTAKE TWICE!
FOR PAS,I WOULD THINK AT 55 YEARS OLD, THE PARTY SHOULD BE MATURED ENOUGH TO THINK RATIONALLY AND NOT THINKING OR ACTING LIKE A 25 YEARS OLD YOUNG MAN (BARU BERJINAK DENGAN POLITIK) OR A 40 YEARS OLD MAN (BARU NAK JADI PEMIMPIN DALAM PARTI) - OR TRY TO RE-START THING ALL OVER AGAIN, AFTER ALL THE STRUGGLES MADE TO UNITE US ALL!
Till then, LOOKING FORWARD TO OUR BIG WINNING AT PRK MANEK URAI, RRK AFTER THAT… AND THE NEXT PRU-13!
MA
suruh hadi& nasha tutup terus pasal unity govt sebelum rakyat tutup undi untuk pas
Dalam keadaan perpecahan melayu/Islam sekarang, sudah nampak jelas kaum kafir mempermainkan melayu/Islam.
Pada mula nya mereka menyokong satu pehak, setelah mendapat kekayaan dan kuasa ekonomi, kaum kafir ini inginkan pula kuasa memerintah. Disamping itu mereka juga sedang menuntut hak2 persamaan dengan orang melayu.
Sebenarnya kaum cina sudah bersatu dalam DAP. Sedangkan kaum melayu/Islam masih berpecah - UMNO, PAS dan PKR.
PAS dan PKR pula telah menambah-kuatkan DAP.
Semasa dalam kerajaan yang memerintah sekarang kaum kafir ini mendapat kesukaran untuk menuntut kehendak2 mereka. Cara paling mudah, mereka berpaling-tadah dan menyokong pehak lain pula iaitu PAS dan PKR. Mereka dapati PAS dan PKR sanggup buat apa saja demi mendapatkan kuasa memerintah dan menghancurkan pehak lain iaitu UMNO.
Sedangkan jika PAS atau PKR dapat memerintah, sokongan kaum melayu/Islam cuma lebih kurang 30% sahaja. Ini lah yang telah berlaku di negeri Perak. Dalam kerajaan PR nya cuma ada dua orang EXCO melayu/Islam sahaja. Di P Pinang kita tak perlu cerita lagi.
Oleh kerana melayu/Islam terbahagi dua, maka dengan senang mereka mempengaruhi dan memberi sokongan pula kepada pihak yang lain. DAP memang ada harapan cerah memerintah negara dengan pertolongan PAS dan PKR.
DAP akan bersetuju memberi jawatan PM kepada PAS, PKR bagaimana pula? Timbalan PM I? dan DAP TPM II? Siapa Ahli2 EXCO nya dan menteri2 yang akan di lantik? Sudah tentu kaum kafir lebih ramai dari melayu/Islam yang menjadi menteri dan timbalan menteri nya.
Dikala ini kalau PAS ingin juga menunaikan hajat nya menubuhkan 'negara Islam', usul akan di bawa ke parlimen - bolehkah PAS mendapat sokongan dari kaum kafir?
kami bersama pakatan rakyat.. MENOLAK BN.!
kami bukan mahu bersama BN!!
please.
lantak kan mereka terkubur tanpa batu nisan!
salam
sebab blogger2 tu diakuilah menyebabkan mreka besar diri..almaklumlah..faktor kemenangan...mestilah berasa hebat..
tgk sekarang,blogger2 tu jugaklah yg mengutuk menghina TGHH n pimpinan lain..hanya atas dasar atau keadaan yg belum pasti..dah jadi lebih teruk dari utusan..maaflah..bukan semua orng berfikiran yg blogger2 tu besar sgt faktornya..blogger bukan perwakilan..perwakilan tidak segopoh blogger2..perwakilan dikalangan org yg bertungku lumus bekerja..blogger walaupun buat kerja jugak,tapi suka mengungkit,maklumat pun bukan semua betul kebelakangan ni,suka mengeluarkan kata2 kesat,maki hamun..hanya semata2 calon pilihan tak dipilih..blogger2 juga sebenarnya faktor perpecahan..ambik maklumat bukan dari yg berautorti..cukup sekadar dapat mengupdate blog walaupun dgn bahan yg tak bernilai..menyatakan pendapat peribadi sehinggakan ternampak kedangkalan pemikiran...
kesimpulan..blogger2 sebeginilah sebenarnya yg menimbulkan kekeliruan..'blogger plastik' nama yg sesuai diberi..
maaf jika kasar..kerana mual dgn gelagat blogger2..sampai ada yg ugut nak keluar pas..dipersilakan..pas yg bawa Islam tak rugi walau sikit pun dgn golonagn seperti ini..tak faham adab dalam jemaah..kalu hanya melihat pas sekadar parti politik untuk hanya memperjuangkan hal hidup rakyat..tanpa meletakkan yg perundangan dan manhaj Islam itu asas kepada semua perubahan..maka keluarlah..tak perlu ugut..siapalah kalian jika nak dibandingkan dgn Islam??
satu pandangan yang bagus daripada dr.teruskan usaha anda
tak serik serik ke apa yang telah bn buat pada parti pembangkang.... ni nak berpadu pulak...
Jangan salahkan UMNO, jangan salahkan kafir, salahkan pemimpin Pas yang beria ia benar nak mengorat UMNO walau pun sudah bertunang dengan PKR dan DAP.
Kalau dalam kehidupan seharian, kita dalam mentadbir rumah tangga harus ikhlas dan tidak boleh melakukan sesuatu di belakang isteri atau suami, dalam pakatan politik juga harus begitu. Apa pandangan pemimpin Pas yang telah berbincang secara sorok sorok.
yg korang marahkan hadi awang wat pe,org ni dah duduk dlm perjuangan lebih dari hgpa semua,kalau ada kesilapan dlm pentadbirannya,buatla teguran bwerbahasa sikit,semua org kekadang tersilap percaturan,yg merancang kita,berjaya atau tak,itu semua haq Allah...jgn main bedal je ngutuk ulama yg berjuang ngan darah dan harta ni....hang[a tengok la diri sendiri sebelum nak bantai org lain,tegurn la pimpinan kita nganbahasa yg baik...baru betul kaedahnya...ingat sahabat,ini pemimpin yg berjuang utk islam,bukan pemimpin yg berjuang utk bangsa mcm umno...kalau nak bantai umno lantak la pun....wasssalammm.
Catat Ulasan