08 Jun 2009

Nizar terkejut

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terkejut ketika diumumkan sebagai AJK PAS Pusat dengan memperolehi jumlah undi terbanyak 854.

Beliau ketika ditemui berkata tidak menyangka akan diundi oleh perwakilan kerana menganggap dirinya masih baru dalam PAS.

Katanya, kemungkinan ada konflik diantara calon di peringkat Timbalan Presiden PAS yang menyebabkan perwakilan berbelah bagi sehingga mereka mahu menumpukan penyatuan dan menimbulkan semula suasana tersebut.

Bagaimanapun beliau tetap mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh perwakilan yang telah memberikan keyakinan untuk memikul tanggugjawab yang berat dalam PAS Pusat.

"Sebagai orang baru saya kena belajar daripada AJK yang lama," katanya.

6 ulasan:

Pak Brahim berkata...

Inilah wajah pemimpin PAS yang akan memertabatkan PAS dan pemerintahan ISLAM di bumi Malaysia. Insyaallah.

Kepada DS Nizar, saya percaya sebilangan ramai rakyat Malaysia dari berbilang bangsa dan kepercayaan Agama menaruh harapan dengan kepimpinan dan ketokohan DS yang boleh membawa keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara. Insyaallah.

masuksuku berkata...

salam yb dan DS
tahniah dan syukur kehadrat Allah. ini menandakan bukan saja orang ramai malahan ahli ahli kita sentiasa berada di belakang DS.
TERUSKAN BERJUANG KERANA ALLAH DAN UNTUK ALLAH.

alamalikut berkata...

Right timing...right places.

Tanpa Nama berkata...

Memang dia terkejut beruk sebab pengundi PAS yang tak cerdik boleh pilih ejen DAP macam dia.Sebab tu dia selalu tersengih sebab dalam kepala dia dok pikir lepas ni tanah kat Kelantan dan Kedah dia akan bagi kat DAP punya kroni dengan percuma dan pengundi PAS masih tak sedar lagi sbb DAP suruh pakai kopiah dan jubah pi melalak kat tepi jalan.Akhirnya Lim Kit Siang berjaya mencari ejen untuk beliau bermaharajalela.

Naufal berkata...

Tahniah dari saya. Semoga DS akan membawa PAS lebih jauh ke pesada antarabangsa.
Salam dari Tehran.

Tanpa Nama berkata...

tahniah.... ds nizar teruskan perjuangan anda..