Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya panel lima hakim akan mendengar rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan pengisytiharaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.
Peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan anggota panel penuh 11 hakim.
"Surat yang difaks ke firma saya semalam (kelmarin), jawapan kepada permintaan kami ialah (panel) Mahkamah Persekutusan hanya akan terdiri daripada lima orang hakim.
"Tiada alasan atau penjelasan diberikan atas penolakan (permohonan) itu," kata beliau dalam kenyataan yang diemelkan petang semalam.
Minggu lalu, Nizar menekankan bahawa panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap mahkamah untuk menyampaikan keputusan adil dan saksama bagi menyelesaikan krisis politik Perak.
Sehubungan itu, Leong memberitahu:
“Barisan anggota penuh adalah penting untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman bahawa tiada amalan "memilih hakim" selain memastikan kebebasan menyeluruh, penolakan permohonan adalah sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Malaysia.”
Leong berkata, beliau akan menasihatkan Nizar agar mempertimbangkan dengan serius untuk tidak meneruskan permohonan tanpa manfaat panel hakim rayuan yang lebih besar.
"Pada masa yang sama, saya akan menulis kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan menambah panel dan juga sebab-sebab permohonan mereka telah ditolak," katanya.

6 ulasan:
mahkamah tolak?
heran?
itulah mahkamah dunia
hukum demos-kratos.
Lima pun lima lah. Sebelas pun belum tentu Nizar akan dapat keadilan yang dia harapkan. Lagi pun kalau sebelas cuma untuk mencukupkan quota dan nampak adil pun tak guna juga kerana yang mempengerusikan panel itu yang akan baca keputusan.
tak perlah tunggu pilihanraya akan datang....
jgn teruskan..permohonan ditolak jelas nmpk korupsi..bila byk hakim diminta..so umno nak kena blanja byk lagi duit unutk rasuh hakim2 berbanding rasuah lima hakim..YB tak boleh ke kita minta hakim berkecuali dr luar negara?rasanya mcm tak boleh
yab nizar kena masuk umno baru tuntutan dilayan oleh hakim, adun lompat 2 ekor tu dah tentu selamat pasai depa sokong bn.kalau depa dalam pr dah jatuh hukuman dah...lihatlah pemuda-pemuda, hakim sekarang berbeza dengan hakim dulu-dulu.dah kaya senang nak senang lagi..
bubar DUN perak!!!
Catat Ulasan