Ahmad Baei Jaafar
Peminat drama Melayu mungkin tidak melepaskan peluang menonton drama cerekarama TV3 setiap minggu. Minggu ini saya sempat menonton drama tersebut yang bertajuk "Sampai Syurga" kerana ingin melihat sendiri bagaimana tajuk itu didramakan. Mana tahu kalau dengan drama itu boleh menyedarkan penonton.
Sepanjang menonton itu saya terus mencari di mana sewajarnya "sampai syurga" diberi nama pada drama itu. Namun dari satu babak ke satu babak, tidak saya temui kewajarannya. Cuma pada akhir drama itu, baru tersingkap jawapannya apabila seorang artis (watak utama) mengakhiri sebuah lagu dengan menyebut ayat "sampai syurga".
Siapa yang sampai ke syurga dalam drama itu? Dapatkah anda menjawab persoalan itu dengan tepat? Mungkin ramai yang berkata, si ayah akan sampai ke syurga. Yalah, kerana ayah yang banyak berkorban tetapi tidak dikenang sedikit pun oleh anak sendiri.
Memang sedih apabila melihat sikap si anak orang kampung yang sejak sekolah tidak berminat untuk belajar, tetapi bapa tunggal yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang terus dibebani dengan masalah anaknya itu. Si ayah yang susah terpaksa mencari wang dengan pelbagai cara untuk mengikut kehendak anaknya.
Si ayah terpaksa menjaul jam tangan yang dihadiahkan syarikat kepada kawannya hanya kerana untuk membeli alat pemain karaoke bagi mengelak anak keluar malam. Akhirnya anaknya ponteng sekolah atas alasan tidak boleh menerima pelajaran lagi. Si ayah yang marah dengan sikap anaknya itu akhirnya akur dan menurut kehendak anaknya.
Dipendekkan cerita, dia yang bercita-cita untuk menjadi artis tercapai juga. Tetapi apabila anak itu sudah terkenal, sudah disebut namanya di mana-mana media, dia malu untuk menerima kehadiran ayahnya. Namun ayah tetap akur dan balik semula ke kampung walaupun telah melalui jalan yang sukar untuk menemui anaknya di Bandar. Paling menyedihkan pada saya ayahnya nazak dia masih tidak mahu pulang menemui ayahnya.
Agaknya, wajarkah si ayah ini sampai ke syurga? Penderitaannya melalui ujian dan dugaan daripada anaknya itu, wajarkah dia dibawa sampai ke syurga? Kekejaman anaknya yang boleh dikatakan derhaka itu, selayaknyakah si ayah itu sampai ke syurga?
Saya bersimpati dengan ayah ini, tetapi penderitaan yang dialaminya itu adalah atas kesilapan dan dosanya sendiri. Wajarkah ayah yang terus menurut kehendak anaknya melakukan dosa dan maksiat, menyanyi dan bergaul bebas dibawa ke syurga? Layakkah si ayah sampai syurga kalau dia tidak pernah mendidik iman anaknya sehingga akhirnya dia menjadi anak derhaka?
Sebenarnya berdasarkan kisah itu, si ayah ini tidak layak untuk sampai ke syurga. Kalaupun ada orang yang hendak mempertahankan kebaikan ayah itu, kononnya dia patuh kepada ajaran Islam, solat, puasa dan sebagainya setiap hari, maka layaklah dia sampai ke syurga. Ya, saya boleh terima pandangan itu tetapi si ayah ini termasuk dalam kategori muflis seperti yang disabdakan oleh Rasulullah.
Maknanya walaupun dia orang baik-baik, tetapi pahalanya habis diberikan kepada orang lain. Anaknya minta dan isterinya minta dan kawan-kawannya minta. Akhirnya stok pahalanya tinggal kosong. Persoalannya, adakah si ayah ini seperti orang baik-baik tersebut?
Ya, kalau si ayah itu seperti orang baik-baik di atas, dia kemungkinan sampai ke syurga tetapi tidak dibenarkan masuk ke dalamnya oleh malaikat kerana dituntut oleh anaknya. Kalau si ayah banyak pahalanya bolehlah diberikan kepada anaknya. Tetapi yang jelas dalam drama itu, si ayah tidak melakukan solat dan ibadah lain. Dalam keadaan itu, sudah tentu dosa anaknya turut diambil oleh si ayah. Begitulah nasib si ayah yang terlalu mengikut kehendak anaknya. Dalam keadaan itu, tentu neraka tempat yang sesuai un?uknya.
Bagi si anak yang secara jelasnya adalah tergolong dalam anak derhaka, yang pastinya dia berdosa apatah lagi dia sering terlibat dengan pergaulan bebas dengan lelaki. Pergaulan dengan lelaki seperti kehidupan suami Isteri. Walaupun berdosa sebesar itu, namun dosanya itu adalah kerana kegagalan si ayah mendidiknya sejak kecil hingga dewasa. Jadi walaupun dia menyanyikan lagu "sampai syurga" tidak akan sampai ke syurga kerana yang pasti tiada pahala ayahnya yang boleh dipindahkan kepadanya ketika itu.
Berdasarkan drama ini, ibu bapa yang mempunyai anak, harus kembali kepada ajaran Islam dan didik mereka sejak kecil dengan didikan yang betul. Didiklah mereka dengan solat, akhlak harus dibiasakan dengan tatasusila yang indah. Manakala anak-anak pula, patuhilah perintah Allah dan ibu bapa dalam segala yang diperintahkan selagi tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Ingatlah ibu bapa tidak akan mahu anaknya menderita di dunia ini apatah lagi di akhirat.
Oleh sebab itu sebagai umat Islam, yakinlah bahawa syurga hanya akan menjemput anda semua jika semua ajaran Islam dapat dipatuhi dengan sepenuhnya. Yang haram dijauhi, yang makruh ditinggalkan, yang wajib ditunaikan, yang sunat dikejari, dan yang harus mahu dijadikan ibadah. Lima hukum ini jika dianggap remeh, kononya yang haram "tak apa boleh bertaubat", yang makruh, "tidak mengapa, tidak berdosa", yang wajib "tak buat tak apa nanti kadalah", yang sunat, "tak payahlah bukan wajib". Kata-kata ini adalah do?a yang menyebabkan seseorang tidak berpeluang untuk sampai ke syurga, apatah lagi memasukinya.
(Email pada 4 Jun 2009)

4 ulasan:
salam YB dan semua...
sedih juga saye melihat ibu bapa yg sebegini...
lihat lah dalam akademi fantasia...mentor dan sebagai nye...si ibu dan ayah menangis gembira bile anak2nya dipuji oleh para juri2 ...kadangkala sakit hati bile melihat ibu bapa yg sebegini... oleh itu saya sg
Saya amat bersetuju dgn pandangan yg diberikan. Itulah hakikatnya hari ini. Semua org pun berangan nak ke syurga Allah, tapi amalannya tak seberapa. Satu lagi yg amat membahayakan, bila pihak2 yg cuba berdakwah melalui drama, filem & lagu ni pun masih kurang pengetahuan mereka ttg Islam. Walaupun ianya satu medium dakwah yg baik tetapi sekiranya tidak digunakan dgn betul, ianya boleh memesongkan akhidah penonton2 yg kurang pengetahuan ttg Islam. Contoh spt dlm drama yg disebutkan, org yg tidak faham mungkin akan menganggap usaha membantu cita2 anak khususnya perempuan utk menjadi seorang penyanyi adalah tidak salah. Hakikatnya, ia jelas bertentangan dgn ajaran Islam.
Mengulas berkenaan situasi dlm drama ini, saya sependapat dgn YB. Anak ibarat kain putih & ibubapalah yg akan mencorakkannya. Bila si ayah dah corakkan anaknya dgn benda2 yg lara sejak dari kecil lagi, mana mungkin si anak itu akan menjadi anak yg solleh atau sollehah. Sayangnya, apa yg saya perhatikan pd hari ini, ramai org tidak mengikut saranan Rasulullah S.A.W. yg meminta kita mengajar anak bersolat seawal umur 7 tahun. Ramai yg memandang remeh dgn saranan ini. Bagi saya, ianya adalah perkara asas dlm usaha mencorak peribadi mulia dlm diri anak2. Bila perkara asas ini tidak diikuti, jgn salahkan anak2 jika mereka tidak menjadi insan yg baik bila mereka sudah dewasa nanti.
saya pun sedih kerana ibubapa sekarang mengejar kekayaan dengan memperdagangkan anak2 dalam dunia hiburan.Bagi mereka kekayaan adalah segala2nya.Walaupun dah berbuih mulut ustaz2 mentarbiah bahawa suara tu aurat bagi wanita tapi mereka tidak ambil pusing.Jika dilihat sekarang stesyen2 tv berlumba2 menyesatkan anak2 muda dgn pertandingan hiburan realiti .Tak ada pun mufti atau menteri agama hendak menyuarakan tentang hal ini.Ini lah 1 Malaysia yang PM laungkan!
Assallamualaikum YB,
Snow setuju dengan pendapat YB.
Seorang perempuam yang tidak menutupi aurat, dari golongan keluarga yang miskin ingin mengejar impian sebagai seorang penyanyi yang seolah olah mendapat restu dari sang ayah yang tidak kelihatan pernah berdoa menadah tangan memohon.
Solat, aurat, puasa dan lain lain ibadah hanya kerana Allah and "NO COMPROMISE"
Wassallam
Catat Ulasan