IPOH – Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah perkenan meluluskan permohonan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Taman Tasek Jaya Ipoh bersama Persatuan Cina Muslim Cawangan Ipoh untuk membina sebuah masjid baru di Taman Tasek Jaya Ipoh.
Baginda bertitah, kerajaan yang diterajui oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 10 Ogos 2005 telah bersetuju merizabkan kawasan seluas 3,776 meter persegi di Taman Tasek Jaya bagi tujuan pembinaan masjid itu.
Titahnya, reka bentuk masjid tersebut akan menerima pakai ciri-ciri seni bina kebudayaan Cina.
“Masjid ini akan dapat menjadi pusat ibadat, pusat perkembangan ilmu, pusat maklumat, pusat kemasyarakatan untuk manfaat tujuh kawasan perumahan iaitu Taman Seri Tasek, Taman Tasek Baru, Taman Manikavasagam, Taman Tasek Jaya, Taman Musim Bunga, Taman Tasek Mutiara dan Taman Tasek Berlian.
“Beta suka menyarankan supaya komponen pusat niaga dan kafeteria turut dimasukkan supaya masjid ini memiliki kemudahan yang lengkap,” titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali Ke 166 di sini, semalam.
Baginda turut mengumumkan geran pelancaran sebanyak RM2 juta yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak untuk pembinaan masjid itu.
Selain itu, baginda menghargai peranan aktif salah seorang ahli Majlis, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Azizuddin Zainal Abidin yang berperanan menjadi penasihat utama kepada projek berkenaan di samping Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah dan Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.
Titah baginda, keindahan dan kesempurnaan Islam akan lebih terserlah dan meyakinkan jika kegiatan yang dianjurkan atas nama Islam dapat diterjemahkan kepada masyarakat.
"Islam tidak hanya indah secara teori bahkan lebih terserlah dalam amalan hidup seharian.
“Contoh teladan yang murni dan sifat `kota apa yang dikata’ merupakan pendekatan dakwah lebih ketara dan bermakna berbanding aktiviti berbentuk kuliah dan ceramah," titah Baginda.
Baginda juga mengingatkan rakyat jelata tentang kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa di kalangan umat manusia sebagai rahmat ciptaan Allah SWT yang mesti dimanfaatkan untuk membuktikan bahawa Islam adalah universal.
Titahnya, ciri-ciri budaya yang pelbagai adalah cermin kekayaan Maha Pencipta dan Islam tidak menolak budaya yang tidak bercanggah dengan prinsip ajarannya.
“Selagi budaya tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam, perkembangannya tidak harus disekat atau dihalang.
“Kegagalan mentafsir kepelbagaian budaya dan bahasa merupakan satu kelemahan yang perlu diatasi," titahnya.
Justeru itu, Baginda berkata, persepsi Islam jangan sama sekali disempitkan, penjelasan antara konsep dan hubung kait agama dengan budaya dan kumpulan etnik perlu difahami.
"Agama Islam untuk umat dunia tanpa ada sempadan kaum atau budaya Islam bukannya hanya milik Melayu," titah Baginda.
Komen Cina Islam:
Dalam Persidangan Bajet DUN Penggal ke 12 , semasa memnjadi pembahas pertama mewakili Pakatan Rakyat saya telah menyatakan mengenai perkara ini dengan jelas dan supaya dipercepatkan. Alhamdulillah perkara tersebut telah di Perkenan oleh DYTM Raja Muda Perak .
Dalam Ucapan tersebut saya menyebut "(21). Saya juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mempercepatkan penubuhan Masjid Cina Muslim yang pertama di negeri Perak. Kewujudan Masjid ini dengan ciri rekabentuk dan unsur tertentu akan menambahkan lagi kehebatan Islam sebagai agama yang sejagat, khususnya membuktikan bahawa Islam bukan hanya milik sesuatu bangsa. "
(Berita asal/Sinar Harian perak 3 Jun 09)

18 ulasan:
Alhamdullillah satu usha murni Raja Muda. Jangan lupa Bubarkan DUN perak. Kembalikan kuasa rakyat.
Salam.
Alhamdulillah, sederap ke hadapan, kunjung kasih Tuanku, Semoga diikuti di Bandar Raya yang lain pula di Malaysia ini.Berdakwah bil hal.
Terimakasih DYTM Raja Nazrin. Mohon perekenan BUBAR DUN
alhamdulillahhhh....islam itu tingi...tidak ada yang lebih tingi dari nya...tidak akan di terima
ibadah ibadah kusus dan cara hidup yang melitupi
semua tindakan dan perbuatan dalam aspek kehidupan
melainkan yang di turun kan olih allah kepada
rasul nya muhammad saw.selain dari islam ia pasti akan tertolak/tidak di terima.mari lah semua manusia.. kita menerima.menghayati/menterjemah kan
islam yang maha luas ini dalam seluruh kemidupan..mudah mudahan allah ridzo dengan kita.....dunia...jambatan ke akhirat..
Islam sudah lama tersebar di tanah besar cina & jumlah Umat Islam lebih dari penduduk Malaysia kini.Budaya islam sudah menyerap dlm hidup muslimin cina juah lebih pengetahuan org2 melayu disini.Imej islam bagi org cina di malaysia adalah
Melayu = Islam; Islam = Melayu adalah salah anggapan yg harus diperbetulkan.keputusan raja muda perak adalah bijak.
harap kebijaksana dlm hal ini juga boleh diguna dlm ha politik perak ye!
junjug kasih tuanku mohon perkenan BUBAR DUN
Alangkah bagusnya jika pr yg. memerintah.Daulat tuanku semoga tuanku memperkenankan pembubaran dun.Ampun tuanku.
Alhamdulillah...
segala yang baik itu datangnya dari Allah..
Rakyat makmur raja sejahtera....
Semoga berkhidmat untuk rakyat kerana Allah jua..
Sekarang DYTM Raja Nazrin sendiri membenarkan membangun masjid berkonsep cina orang umno nak kata apa hahahahaha.....
Alhamdulillah
Seronok berita ini. Biar semua dapat melihat betapa indahnya Islam ni....
alhamduliillah,dengan pembinaan masjid cina ini mudah2an jurang yang memisahkan orang-orang cina dan melayu khasnya akan terpupus lalu mereka memahami bahawa agama islam ini bukanlah utk rakyat melayu sahaja bahkan ianya agama universal dan tanpa perkauman..
Para blogger yang dihormati,
Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.
terima kasih, diatas sokongan.
I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:
1. Your blog's name.
2. Your blog's url.
3. Your blog's category.
Thanks for support.
Islam untuk semua.ISLAM for ALL.
Assalamualaikum kalau boleh YB Lim terteralah gambar pelan masjid cina yang hendak dibina dalam blog YB Lim.
Saya bukan Islam tetapi semasa melawat ke bandar xian cina pada tahun 1994 dulu.saya bertuah melawat salah satu masjid cina tertua disana,saya berbual dgn muslim di dlm masjid itu dan apabia mereka tahu saya dari Malaysia,saya diberi tahu bhw DYMM yg dipertuan agung pada masa itu Sultan Azan Shah baru2 melawat ke masjid mereka.
masjid ini bercirikan corah binaan cina tetapi consep Islam di masukan penuh dgn ukiran dlm ayat2 suci dlm tulisan Arab juga.
Org islam di malaysia harus digalak melawat ke cina terutama ke masjid2 di sana.
utk matlumat lanjut kalau boleh lawat laman ini:
www.travelblog.org/.../Xi--an/blog-85724.html
Salam.
Bertambah selangkah lagi maju ke hadapan, minda Islam Ad.Din. menjana Islam bertaraf dunia dan akhirat.
Junjung kasih Tuanku.
Kita berharap selepas ini akan berlaku pula pembinaan tersebut di Shah Alam.
sebagai seorang Cina, saya dididik dan diasuh bahawa masuk Islam tu masuk Melayu...rupa2nya Islam tu bukan Melayu punya....di negeri Cina, orang Islam masih mengamalkan tamadun Cina, senibina Cina, tulisan Cina dan budaya Cina....apa kena dengan Islam di Malaysia ni??Mestikh Islam itu didominasikan oleh Orang Melayu?? Maka jika memeluk Islam itu diharuskan bersongkok,bersamping atau berbaju kurung??.....
Hanya di Malaysia Melayu dilabel sebagai Islam. Hakikatnya, ada orang Melayu di Indonesia yang masih Hindu lagi...... sudah 50 tahun rakyat malaysia ditipu oleh United Melayu National Organasation... sudah sampai waktunya rakyat Malaysia berkenalan antara satu sama lain buat sekali lagi...
Harap semua negeri di Malaysia mengikut nas al quran mengenai nasab atau keturunan. Tujuan pengislaman mualaf seperti saya tidak wajar dipertikai termasuklah keputusan mahu mengekalkan semula nama asal saya kerana yang penting akidah saya terpelihara. Saya telah berkahwin dengan wanita melayu islam dan buat wanita melayu islam yang lain tiada tempat untuk anda dalam hidup saya.
Catat Ulasan