Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.
Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata.
"Saya percaya adik-adik saya dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya ketika berucap merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di markas PAS di Taman Melewar Gombak malam ini.
"Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan menggangu keutuhan jemaah kita," katanya sambil menambah bahawa Islam yang diperjuang parti itu berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
"Al-Quran dan al-Sunnah yang megajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula hendak untuk berdamai," katanya.
Sehubungan itu, katanya, prinsip dan dasar Islam yang perjuangkan oleh PAS tidak sesekali akan berganjak.
"Namun kaedah dan uslub (pendekatan) boleh berubah," tambah Nasharuddin yang dikaitkan dengan kumpulan pro-muqabalah yang cenderung berkerjasama dengan Umno.
Beliau akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu Jumaat ini - berdepan dengan dua pencabarnya - Datuk Husam Muda dan Mohamad Sabu - kedua-dua naib presiden PAS.
Perkukuh saf Pakatan Rakyat
"Kita akan perkukuhkan saf kita sendiri dan juga saf Pakatan Rakyat yang telah kita isytiharkan sebagai wadah politik kita untuk berdepan dengan Umno dan BN," katanya.
Bagaimanapun, Nasharuddin menasihat Pemuda PAS supaya jangan lupa bahawa "kita sebagai da'i (pendakwah) bertanggungjawab kepada mad'u (orang didakwah)".
"Semua di luar sana adalah mad'u kita. Kita akan terus ajak mereka untuk bersama dengan kita, berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi politik atau kefahaman apapun yang mereka miliki," tegasanya.
Menurutnya, PAS juga mesti menjadi sebuah parti yang perlu dijenamakan semula.
"Bukan sekadar sebagai parti pembangkang tetapi PAS kini adalah sebuah parti Islam yang bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdepan dan membawa kepimpinan alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan izin Allah.
"Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan," tambahnya.
Nasharuddin juga meminta ahli parti itu agar sentiasa berada dalam kancah masalah rakyat dan menangani masalah mereka.
Pertahankan syura
"Bukan hanya menuding jari kepada kerajaan, sebaliknya agresif dalam menyelesaikan kekusutan yang tersimpul dek kerana kesesatan dalam memimpin rakyat," tambahnya.
Nasharuddin juga menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya menampil dan memasarkan politik dan produk dakwah serta mempotretkan kepimpinan bermodelkan Islam dengan sebaik-sebaiknya.
Di samping itu, tegasnya, Pemuda juga hendaklah terus mempertahankan syura (bermesyuwarah)
"Kita perlu memperbetulkan amalan yang biasa dilakukan dan membiasa amalan yang betul.
"Kita mesti berani membuat reinvention dan rebranding yang menepati sasaran dakwah kita.
"Jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membungkar rahsia tanzim (organisasi) kita.
"Jagalah adap-adap berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya," tegasnya.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Nasharuddin ditanya sama ada intipati ucapannya bertujuan untuk mempertahankan jawatannya.
Dalam reaksinya, timbalan presiden PAS itu berkata beliau bercakap untuk memperjelaskan dasar parti dan tiada niat sedemikian.
Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai cabaran Husam dan Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden Jumaat ini.
(malaysiakini)

4 ulasan:
Aku percaya nasa & mat sabu bukan jenis gilakan kuasa, jawatan dan kedudukan. Bukan jenis melampau nak sangat2 ke putrajaya. Dakwah, penerangan dan penjelasan diutamakan. Mengapa dulu sebelum PR tak nampak nak ke putrajaya tidak bising pun hal perbincangan, muzakarah, muqabalah dng mana2 pihak, unMO ke PKR ke DAP ke melayu ke cina ke india ke iban ke... tapi sekarang bila dah nampak sangat dekat ke putrajaya mula jadi salah/haram utk perbincangan sampai diputarbelit nak masuk umNO pulak, memberi nyawa semula kpd umNOlah. Kalaulah umNO dah nak mampus, ahli2nya nak kemana? ke PKR kot! bijak bijak... Agenda siapakah semua ini???
Saya percaya yang Dato' Presiden tidak akan dengan sengaja melakukan apa-apa untuk merosakkan parti atau mengkhianati perjuangan Islam.
Dan saya pasti pimpinan tertinggi parti yang lain cukup berkesempatan untuk menegurnya secara berdepan sekiranya mereka benar-benar ikhlas. Perbuatan menjaja 'kesalahan' Dato' Presiden sebagai bahan kempen untuk menaikkan diri sendiri menunjukkan sikap yang tidak baik dan merbahaya. Ahli harus sedar dan fikir tentang ini.
Ada yang berhujjah bahawa sekiranya bukan kerana 'isu-isu tertentu' yang melibatkan 'kelemahan' Dato' Presiden, mereka tidak akan bertanding pun. Implikasinya mereka bertanding demi kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi. Sebelum ahli terpukau dengan 'pengorbanan' ini, sila fikir tentang perbuatan kempen yang menjatuhkan orang lain. Adakah matlamat menghalalkan cara?
Agaknya apa masalah orang dalam PAS yang sibuk sangat nak berpadu nak bersatu, nak tidur sebantal dengan umNO, dah banyak sepak terajang dan hinaan umNO terhadap PAS tapi pemimpin PAS (beberapa kerat) yang tak sedar diri masih dilihat macam orang gila talak.
Agaknya ada habuan besar kot atau pun tender tender yang bakal menjadikan kaki gila talak nih kaya raya, tak rugi kalau tak rapat dengan umNO yang memang terang terang takda niat nak jaga agama yang kita sayangi ni.
Jangan la termakan dakyah kononya berdosa sangat kalau tak jalinkan hubungan dengan umNo
suruh umNo tu berubah dulu jaga agama ni macam jaga nyawa diorang baru boleh cakap banyak...
Amaran kepada kaki gila talak dalam PAS kalau tak nak hilang penyokong buat la kerja tak senonoh.
Catat Ulasan