04 Jun 2009

Selamat "menoreh" UMNO di manek Urai

Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT Datang Umno ke Manek Urai dan selamat juga diucapkan kepada jentera-jentera Umno yang akan menjadi `orang susah serta fakir miskin' di Manek Urai untuk beberapa minggu ini. Kepada yang bakal menjadi `penoreh sambilan' di Manek Urai, kita harap akan dapat bekerja dengan baik, telus dan berdisiplin tanpa melukakan pokok-pokok getah nanti. Jangan lupa kepada penduduk-penduduk di Manek Urai khususnya kepada penoreh-penoreh getah, anda boleh lah mengambil `cuti' tahun untuk beberapa minggu ini kerana anda akan dapat `penoreh' sementara untuk menyara keluarga anda.

Satu lagi strategi terbaik Umno akan dipamerkan di Manek Urai bagi membuktikan Umno sentiasa membela nasib orang-orang Melayu. Saya tidak pasti samada di masa akan datang terutamanya di Sarawak, apakah Umno/Bn akan turun `bercawat' atau memasang tindik besar di telinga sewaktu turun berkempen di kawasan pengundi orang-orang Penan. Begitulah keadaannya jika pemimpin sudah kehabisan idea bagaimana untuk membantu rakyat bawahan sehinggakan sanggup melakukan perbuatan aneh lagi melucukan.

Apakah pengundi-pengundi di Manek Urai akan menjadi `bodoh' selepas melihat aksi lawak antarabangsa Umno nanti? Kembali kita kepada pesanan Tuan Guru Nik Aziz yang juga MB Kelantan, apabila `diberi gula kita ambil, diberi kain kita pakai, diberi kerbau kita seret, tetapi undi PAS". Kini, kita tambah satu lagi ayat tersebut iaitu `apabila diminta pisau toreh, kita asahkan dan beri pada dia dan kita tidor di rumah, tetapi undi tetap PAS". Saya merasa khuatir bila mengingatkan bagaimana keadaan pokok-pokok getah itu nanti bila berebut-rebut puak-puak Umno dari jauh ini datang untuk menunjukkan kebolehannya menoreh. Lebih dikhuatirkan lagi apabila mereka bercadang pula untuk tidor di rumah-rumah penduduk di Manek Urai. Tidak dapat dibayangkan sekiranya tuan rumah mengajak mereka yang tidor di rumahnya itu sembahyang berjemaah dan menyuruh mereka ini menjadi Imam. Kalau sembahyang Zohor atau Asar boleh berkira juga, tetapi kalau sembahyang Maghrib, Isyak atau Subuh kena lah si Imam berkuat sedikit suaranya. Bayangkan jika yang datang menumpang tidor itu tidak pernah menjadi Imam, tentu melucukan.

Apa pun memang baik sangat Umno berbuat demikian. Maklumlah dengan cara apa lagi Umno nak buktikan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai bahawa Umno sekarang ini sanggup bersusah payah bersama rakyat walaupun seminggu dua. Biarkan sahaja Umno dengan gelagatnya itu. Itulah kelebihan Ketua Penerangan Umno yang baru dan diharapkan beliau juga akan turut menoreh bersama nanti. Menteri Penerangan pun boleh turun ke Manek Urai untuk menoreh kerana Rais Yatim adalah orang Jelebu yang kawasannya sendiri pun penuh dengan hutan bukit bakau yang tentunya sudah menjadi kebiasaannya.

Kepada pengundi-pengundi di Manek Urai, gunakanlah peluang ini untuk anda melihat sandiwara semasa oleh Umno. Apa yang penting, selepas Umno `menoreh' di kawasan anda, tentukan kita `toreh' pula Umno di peti undi nanti. Selamat `menoreh' Umno di Manek Urai.

Lain-lain artikel sila klik ---> wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

Ayiem berkata...

hahahahahahahhaha masa yang cukup tepat untuk merasai penderitaan rakyat....

masa inilah kalau nak jadi susah atau pura-pura susah dan amat mengerti penderitaan org kampong hahahahahhahahhaa.......

habis la jahanam pokok getah......

lepas PRK org kampong makin susah sebab pokok getah semua luka hahahahhahaha......

Tanpa Nama berkata...

toreh jgn tak toreh

ubatkuat berkata...

sandiwara tahap bangsat bangat dari kaum2 munafik paling tersohor dari dulu kini dan selama lamanya..adakah puak2 PR pun terikut ikut dengan skrip bermusim ini utuk menipu rakyat dan menagih undi simpati paling jijik??MEMANG TIDAK SEKALI KALI

teruskan drama bersiri PRK ini dan taburkanlah pembangunan segera utk MANIK URAI TAPI INGAT

MASA PANGKAH NANTI BULATKAN TEKAD UTK PANGKAH BULAN PURNAMA PENUH,,DIAORANG NAK BAGI HATTA BANGUNAN PUTARJAYA SEKALIPUN BUATLAH KERANA ITU TANGGUNG JAWAB KERAJAAN TERHADAP RAKYAT KERANA MEREKA HAMBA RAKYAT DAN MEMIKUL AMANAH RAKYAT HASIL CUKAI RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

Umno kalau tak pernah menoreh hentikan lah.. Tuan rumah pun belum tentu nak bg, rosak pulak batang getah dia

Tanpa Nama berkata...

tentang umno jadi penoreh sambilan tu saya harap pihak PAS dapatkan feedback dari orang kampung adakah mereka terpedaya, manalah tau orang melayu kan mudah lupa serta mudah termakan budi ... jika mereka termakan dengan rasukan kepura-puraan umno tadi cuba-cuba lah cari formula untuk beri penawar kepada mereka.

masuksuku berkata...

salam semua.
jangan minta toreh getah saja..suruh mereka angkat tong taik sekali..cuci taik kerbau...pungut tembakau..buat budu..dan jual ubat kuat sekali..yang ni pasti dia orang pakar..he he he..umno ..umno..sanggup sokmo apa je...atas arahan si najis dan penguin bantut...

mat sabung berkata...

org manek urai pon cerdik dr dulu lg..deorg tu tk bagi pokok getah yg elok2 , deorng bg pokok getah yg dh penchen mcm bapak HADHARI tu je....tnggu masa nk tebang buat prabot je...bg pokok getah yg elok2/muda hbis la rosak pokok getah aku tu!!! nok noreh guano pah2 ni...abih pokok getoh aku punoh!!mu nk guno wak blakon toreh hri tu jah, aku wak cari make ngn batang getoh tu sapa mati!haprak BE END!!

S. Man berkata...

Saya nak benar baca komen daripad penduduk Manik Urai terhadap lakonan lawak UMNO tu.

budak kampung online berkata...

LINTAS DARI MANIK URAI - KESEMUA PENOREH-PENOREH GETAH UMNOBN MENGALAMI SAKIT PINGGANG KERANA MEMBONGKOK TERLALU LAMA... KAH..KOH..KEH

Tanpa Nama berkata...

Kecewa Strategi baik UMNO diketawakan dan kita masih sibuk berceramah. Pastu gi ketawakan kerja baik orang. Islam tak ajar macam ni. Tingkatkan usaha kurangkan mengutuk dan menfitnah terutamanya bab sembahyang.

Salam