Alif H'ng
Di China terdapat pepatah yang berbunyi bahawa "Tipu Daya Tidak Pernah Berakhir dalam Peperangan". Taktik "Berlagak Berani" bermaksud, jika kekuatan pertahanan sesebuah kota kurang, pihak yang mempertahankan kota itu bolehlah membiarkan keadaan itu, kecurigaan pihak musuh akan bertambah. Jika tidak bersedia menghadapi musuh yang kuat, ahli strategi yang berpengalaman dan berani biasanya memperdaya musuh dengan cara memberi gambaran bahawa penduduk dalam kota itu hidup aman tenteram. Dengan itu, musuhnya akan menganggap bahawa ada tentera yang berjumlah besar berpangkalan di kota itu, dan mereka akan berundur kerana takut.

Berdasarkan catatan sejarah, taktik tersebut digunakan seawal abad ke-7 sebelum Masihi. Taktik itu diketahui oleh umum ketika digunakan oleh ahli strategi terkenal pada zaman kuno China, iaitu Zhuge Liang, dalam satu perang yang penting.
Penggunaan taktik itu diceritakan dengan hidup sekali dalam buku klasik kuno China, "Roman Kerajaan Tiga Negeri". Pada zaman kerajaan tiga negeri itu, iaitu kira-kira pada abad ke-3, Negeri Wei, Negeri Shu dan Negeri Wu menjadi tiga negeri yang paling kuat. Ahli strategi negeri Shu, Zhuge Liang amat bijaksana, manakala, penasihat Raja Negeri Wei, Sima Yi juga cerdik. Dalam satu pertempuran, tentera di bawah Zhuge Liang gagal mempertahankan satu tempat strategik, iaitu Jieting. Sima Yi mengetuai tentera yang berjumlah 150,000 orang menuju ke kota pangkalan tentera Zhuge Liang. Tetapi, Zhuge Liang hanya mempunyai 5000 orang tentera yang berpangkalan di kota itu. Untuk menghadapi musuh yang besar dan kuat ini, Zhuge Liang berlagak berani dan tenang. Dia menempatkan tentera yang berjumlah kecil itu di luar kota, dan membuka semua pintu kota itu. Pada setiap pintu, 20 orang askar menyamar menjadi orang awam dan menyapu jalan. Orang awam dan askar yang lain disuruh berada di rumah dengan senyap. Pada masa itu, Zhuge Liang naik ke menara di atas pintu kota dengan membawa dua orang pengiring lalu memainkan alat muzik.
Ketika menyaksikan suasana yang amat santai itu, Sima Yi rasa terkejut dan curiga, mungkin tentera dengan jumlah yang besar sudah ditempatkan dalam kota itu, dan sedang menunggu mereka. Maka dia pun mengundurkan tenteranya.
Zhuge Liang menggunakan kecurigaan Sima Yi dan menangkis serangan tentera yang berjumlah 150,000 orang dengan taktik itu. "Berlagak Berani" merupakan taktik yang berisiko. Berundur ke kawasan yang selamat atau membawa masuk tentera tambahan perlu dilaksanakan segera selepas taktik itu digunakan.
3 ulasan:
orang cina memang licik dengan taktik,inilah kualiti yg patut ada dlm masa kritikal ini
Kalau kesian sangat menggunakan wang kocek sendiri, gunakanlah wang rakyat sebab ini salah satu taktik peperangan saikoloji juga.
PR harus memakai taktik Zhuge Liang sebelum umno mengeluarkan taktik mereka.
Catat Ulasan