29 Jun 2009

ZAMBRY PERLU BERSEKOLAH SEMULA

Oleh: WFAUZDIN NS

APALAH malang nasib orang Perak. Sudah ada MB yang dipilih oleh majoriti rakyat Perak dirampas pula secara tidak demokratik. Jika yang menggantikan MB yang dirampas itu lebih cerdik sedikit tidaklah rugi sangat rasanya, tetapi yang dilantik pula teramatlah rendah akal dan fikirannya. MB Perak yang mahkamah pilih ini langsung tidak faham apa itu kiasan atau perumpamaan. Cuba baca kenyataan Zambry terhadap apa yang disebut oleh Mursyidul Am Pas terhadap Umno, di sana jelas membuktikan Zambry ini tidak memahami apakah itu kiasan.


Tuan Guru Nik Aziz di dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini menyebut Umno adalah parti sesat sama seperti komunis dan ajaran Ayah Pin. Apabila kenyataan ini dihebahkan, maka ramai yang bodoh totok di dalam Umno tidak mengerti apa maksud Tuan Guru tersebut. Bagi mendidik mereka yang bodoh totok tersebut, Tuan Guru menyatakan bahawa kenyataannya itu adalah `kiasan' atau juga perumpamaan. Adakah Tuan Guru menarik balik kenyataannya itu yang menyatakan Umno sama seperti Komunis dan ajaran ayah Pin? Sudah tentu tidak, sebaliknya Tuan Guru memperjelaskan lagi kenyataannya untuk lebih mudah difahami oleh mereka yang bodoh sombong ini.

Pelik bin ajaib, kita ingat mungkin dua tiga kerat ahli-ahli Umno di ceruk-ceruk kampong atau orang-orang tua yang tidak bersekolah sahaja yang tidak faham maksud dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ramai golongan elit dan dianggap cerdik pandai dalam Umno pun tidak faham apa itu kiasan. Termasuklah si Zambry ini yang tidak faham. Untuk mengajar benak Zambry ini, mari kita beri satu contoh. Ini Contoh, "kulit muka saya hitam dan gelap sama seperti Orang Asli Afrika". Apakah Zambry ingat saya ini Orang Asli Afrika? Jika Zambry menjawab Ya, eloklah Zambry mendaftar untuk memasuki sekolah semula.

Oleh kerana kedangkalan otak beliau, beliau menganggap Tuan Guru telah mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kita ingin bertanya, di mana dan bila masa Tuan Guru Nik Aziz menarik kembali kenyataannya? Bukankah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang memperjelaskan bahawa apa yang diucapkannya itu adalah kiasan hanyalah untuk mengajar orang-orang yang pendek akal seperti Zambry? Itulah akibatnya apabila mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak sehingga ditertawakan orang.

Dan yang terbaru juga, Zambry minta agar Mufti Perak jangan diperlekehkan dalam soal Kerajaan Perpaduan Umno-Pas yang digilakan sangat oleh Umno itu. Beliau berkata Mufti tersebut bukan orang politik. Persoalannya, jika sudah rasa diri bukan orang politik kenapa gatal-gatal mulut campurtangan di dalam perancangan mana-mana parti politik? Atas dasar perpaduan Islam? Masakan Mufti tidak tahu perpaduan dalam Islam bukan seperti perpaduan sesama golongan penyamun dan perompak untuk merampas negeri orang. Perpaduan dalam Islam hendaklah berpaksikan Al-Quran. Sekiranya Mufti Perak sanggup beri jaminan bahawa Umno sedia untuk meletakkan Al-Quran di tengah-tengah sebagai hakim, penentu dan rujukan ke arah mencari perpaduan dengan Pas, saya gerenti Pas akan sebulat suara sanggup untuk berbincang ke arah perpaduan yang dihajati itu. Tetapi, jika tangan ingin berjabat salam dalam masa yang sama kaki memijak Al-Quran, lebih baik kita terus bertentangan.

Saya fikir lebih baik Zambry dan Mufti Perak berbincang samada kerajaan yang beliau bentuk sekarang ini di Perak menepati Al-Quran atau tidak. Jika tidak mahu jadikan Al-Quran sebagai rujukan, boleh juga memikirkan samada bertepatan dengan demokrasi atau tidak. Jika kedua-duanya tidak bertepatan dengan apa yang telah mereka lakukan, maka kita tidak tahu kerajaa apakah yang telah terbentuk di Perak sekarang. Islam pun bukan, ikut demokrasi pun jauh sekali. Mungkin kerajaan seperti ini ada di belantara, itu mungkin. /wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

lihatlah sikit hari lagi mufti perak pun dibeli oleh orang umno....
nak kata apa sekarang mufti-mufti pun berbelah pihak umno gak....

ali alor setar berkata...

mufti dilantik olih amno macam acuan dia juga kalau tak ikut acuan alamat kontrak pulus habis lah.

Tanpa Nama berkata...

teringat kepada bekas mufti terengganu yang tak minta gaji dari kerajaan sebab takut kerana gaji tu dia tak boleh bercakap benar,tapi bila dah jadi mufti makan gaji ni susahla,silap cakap kena buang kerja,xda duit nak makan,UMNO yang bagi rezeki kt dia,khurafat betul.

member pencen keramat berkata...

Kebanyakan para mufti sekarang dah boleh dibeli dengan wang ringgit dan anugrah (Pingat) kalau dapat tu terkuncilah mulut mereka lihat dan renungkan yang telah berlaku sekarang ini.Kalau mereka berani mereka keluarkan kenyataan suruh Rosmah bini Najib Tutup Auratnya dan juga lain-lain bini menteri kita cakap aja porahhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Tertarik dengan petikan dibawah :
..Atas dasar perpaduan Islam? Masakan Mufti tidak tahu perpaduan dalam Islam bukan seperti perpaduan sesama golongan penyamun dan perompak untuk merampas "negeri orang"...

Hmmm... Bodohnya orang kita..

Tanpa Nama berkata...

Apa kata Mahadir tentang hal ini? Adakah dia setuju tentang cara negeri Perak di ambil? Atau apa dia?

john berkata...

anto zambry tu kt skolah henry geni je...
kepala batu pnya org mcm tu laa...

Tanpa Nama berkata...

Sejauh yang saya ajar BM kepada pelajar selama hampir 40thn,saya belum jumpa lagi 'bahasa kiasan' atau perumpamaan, "sesat seperti komunis dan ajaran Ayah Pin."
Mungkin sekolah PAS (di bawah Pengetua Nik Ajis) akan masukkan dalam daftar bahasa Kiasan dan Perumpamaan baru. Wallah wualam...

Alif H'ng berkata...

iblis memang pandai selok belok Al-Quran termasuk pandai dalam bab agama, tetapi tidak faham kandungan maksud dalam Al-Quran termasuk huraiannya...kalau mereka betul-betul faham mereka tidak akan menentangkan agama Allah dan menentangkan kata-kata TG Nik Aziz termasuk menentangkan mana-mana ceramah agama politik.