KOTA BHARU, 23 Julai :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.
Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.
"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini, petang ini.
Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.
Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.
Menurutnya gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.
Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.
"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.
"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.
"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.
Menurutnya Rasulullah saw menghantar surat pada raja-raja Mesir, Iran dan India menggunakan ayat al-Quran.
Harakahdaily/-

13 ulasan:
ALHAMDULILLAH, dengan kenyataan TGNA ini dapatlah meredakan keresahan ahli/penyokong PAS dan melenyapkan propaganda UMNO
Apabila hukum agama dipolitikan, begini lah jadinya. Perkara yang kita ragu2 sama ada boleh atau tidak adalah lebih baik kita elakkan.
Salam..
Media kerajaan semua ingin politikkan.. aduhai dunia..
SALAM.... BETUL....KENAPA TIDAK HEBOH ISU MEMACAKKAN LILIN ATAS KEK....MELETAKKAN BUNGA DI TUGU NEGARA YANG DIADAKAN TIAP- TIAP TAHUN
memang media arus perdana keja mencari isu memburukan pr dan di sambut oleh orang politik yang JAHIL tentang agama.tapi pa bila terkena batang hidung yang jahil akan ditutup oleh media jahil mereka.TGNA sudah memberi jawapan kpd mamak ghandi tu.
kalau zambri orang politik, nik aziz tu orang apa???............jangan gunakan agama islam untuk berpolitik, join ngan DAP boleh nyala lilin.(dah gila kuasa)
kebijaksanaan tok guru sangat terserlah..syabas
Dlm membuat aper sj, yg paling penting adalah NAWAITU (niat). Sebab niat adalah 'pengakuan hati'. Klau niat ikhlas tanpa tujuan aper2 mengikut kepentingan peribadi, insya Allah kita akan diperkenankanNya. Sebaliknya, adalah 'malang' bagi mereka yg sengaja bermegah2 melakukan 'kemungkaran' bertujuan kepentingan peribadi (politik). Bagi ana, kalau sekadar membakar lilin, tanpa niat untuk 'mengagungkan / bersekufu/ menyebelahi' musuh Allah (alkafirun), ia adalah sunat muaakat.(demi umat manusia sejagat)..wa Allahualam..
Kan saya dah cakap banyak kali dah. Sudah2 lah dengan melatah tu. Jangan dilayan sangat isu2 propaganda UMNO-BN tu. Kalau dilayan, nanti bukan setakat Manik urai, satu Malaysia akan jadi situasi yang sama. Nak keluar kenyataan pun biarlah selepas muzakarah antara pimpinan, dan setuju dengan satu kenyataan sahaja. Tentu UMNO-BN tak mungkin dapat buat macam tu.
UMNO memang gila, yang Pak Lah letak bunga kat tugu negara tu depa tak ambil kesah, semua bini-bini pemimpin UMNO tak tutup aurat depa tak ambil kesah, mudah-mudahan UMNO hancur dalam PRU 13 nanti....TAK KELAPAG UMNO....

SAYA TERDENGAR MUFTI JOHOR ULAS TENTANG NYALAKAN LILIN YANG DIHADIRI OLIH IR NIZAR DALAM RADIO, MINTA MUFTI JOHOR ULAS ROSMAH MANSOR TAK MENUTUP AURAT, KALAU MUFTI TAKUTKAN ALLAH DEMI MENEGAKKAN HUKUM ISLAM!!!!!!!
1. Salah tetap satu kesalahan walau siapa pun yang lakukan.
2. Saya cuba mencari artikel penafian, yang mana tuan punya blog menunjukkan gambar lain dan bukan gambar yang dimaksudkan (kes lilin nie). Kenapa siarkan alasan nak guna lilin sebab suasana gelap? Bukankah nampak seperti kolot dan cubaan menipu? Dan, dimanakah artikel tu sekarang?
3. Rakyat bertanya berkenaan isu lilin nie? boleh ke tidak? Kenapa susah sangat Ulama PAS nak menjawab. boleh kata boleh, tidak katakan tidak. Susah sangat...
4. Yang pasti, keyakinan terhadap PR semakin pudar. PAS lebih rela bermatian dengan kafir demi menentang umat Islam lain.
Catat Ulasan