Oleh : mohd naim mohd zain
Kelahiran dan kebangkitan para sahabat Rasulullah SAW merupakan satu kurniaan luar biasa daripada Allah SWT. Sumbangan tidak ternilai mereka berupa penjelasan-penjelas an terhadap kebanyakan peristiwa yang dialami bersama baginda serta ijtihad yang mereka lakukan, terutama setelah kewafatan Nabi dalam mengisi tata ruang kehidupan, menjadi sebuah model ikutan yang terus memberi inspirasi kepada seluruh umat Islam.
Masih terlalu banyak sirah para sahabat Nabi SAW yang belum dijejaki dan masih banyak hikmah yang masih belum diketahui.
Sekiranya ia ditemui, pastinya rasa kecintaan umat kepada baginda SAW akan lebih mendalam dan amat berguna sebagai penunjuk umat manusia meniti kehidupan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam seperti yang pernah direntasi oleh Rasulullah dan para sahabat r.a.
Kelahiran mereka merupakan bukti kejayaan penerapan nilai-nilai wahyu dalam kehidupan duniawi.
Kedudukan para sahabat sangat istimewa dan kehidupan mereka diredai olah Allah SWT dan rasul-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (al-Taubah: 100)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang sepatutnya), tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (ali-'Imran: 110)
Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kurun adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Ibn Umar r.a. mengatakan, "Sesiapa yang mencari teladan, hendaklah meneladani generasi yang terdahulu, iaitu para sahabat Rasulullah SAW. Merekalah generasi terbaik umat ini, hati mereka lebih bersih, ilmu mereka lebih dalam, dan mereka sangat jauh dari sikap berlebihan.
"Merekalah generasi yang dipilih Allah untuk menyertai Rasulullah SAW dan menyampaikan agama-Nya. Maka teladanilah akhlak dan jejak hidup mereka, kerana mereka adalah para sahabat Rasulullah SAW.. dan telah mendapat petunjuk yang lurus." (Hilyat al-Auliya' 1: 305)
Berdasarkan huraian di atas, para sahabat r.a tidak hanya memiliki ciri-ciri bertakwa dan menjaga maruah. Malah memiliki sifat atau jati diri yang murni iaitu menjaga serta menyampaikan agama secara benar kepada generasi sesudah mereka dan tidak menyembunyikan apa jua kebenaran serta tidak mendustakan baginda SAW.
Para sahabat turut mencapai tingkat kesolehan dan kualiti amal yang paling tinggi berbanding umat manusia yang lain.
Rasulullah SAW dalam menegaskan sanjungan dan pujian Allah SWT ke atas para sahabat r.a mengecam keras sesiapa yang mengkritik kredibiliti dan sifat adil para sahabat r.a.
Sabda nabi SAW yang bermaksud, Jangan kalian mencaci sahabat-sahabatku kerana seandainya salah seorang di kalangan kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, hal sedemikian masih belum menyamai satu cupak mereka atau sebahagian daripadanya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Ibn Kathir dalam menegaskan sabda Baginda SAW mengatakan, "Para sahabat adalah 'adl menurut Ahl al-Sunnah wal-Jamaah kerana Allah memuji perilaku dan akhlak mereka seperti mana yang tercatat dalam al-Quran dan Hadis. Mereka telah mengorbankan jiwa raga dan harta mereka, di hadapan Rasulullah SAW, di jagat raya demi mengharap ganjaran yang baik.
Nur al-Din pula mengatakan, "Mereka (para sahabat) adalah 'adl. Sifat 'adl mereka telah ditetapkan dan ia lebih kuat berbanding penetapan 'adl sesiapapun kerana penetapan ini menurut nas al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan logik akal.
Dalam menterjemahkan kecintaan mereka kepada Rasulullah, para sahabat r.a berusaha mempelajari segala pergerakan baginda semata-mata untuk dijadikan contoh teladan dalam rutin kehidupan seharian.. Mereka bertekad dan berusaha jiwa dan raga untuk mencontohi baginda bukan sahaja dalam tatacara beribadat solat, puasa, dan corak kehidupan zahir melalui etika berpakaian.
Malah, mereka turut mencontohi Rasulullah SAW dalam berkomunikasi, bertindakbalas, berfikir, berdiplomasi dan berdakwah menyebarkan risalah Islam.
Kehidupan para sahabat penuh dengan kebahagiaan dan kesyukuran, kerana mereka sempat menghabiskan sisa usia menjalani kehidupan di dunia bersama Rasulullah SAW mereka. Kehidupan mereka jauh dari permusuhan di antara satu sama lain.
Setiap individu mengasihi saudara muslimnya dan membantu meningkatkan diri dan keimanan masing-masing. Meskipun pun berbeza keturunan atau warna kulit, mereka tetap mengutamakan persaudaraan Islam.
Setiap tetangga saling mengasihi tetangganya yang lain, tidak pernah mementingkan diri sendiri seiring mematuhi setiap tunjuk ajar baginda SAW. Begitulah kecintaan sahabat kepada Rasulullah SAW, yang mencerminkan kekukuhan iman dalam sanubari mereka.
Abu Bakar al-Siddiq (Khalifah Islam yang pertama) membuktikan rasa cintanya dengan menemani Rasulullah berhijrah ke Yatrib atau Madinah di saat getir baginda menghadapi masa-masa sulit kerana para pemuka Quraisy yang hendak membunuh baginda meskipun ada ketika Abu Bakar r.a berada dalam keadaan ketakutan.
Melihat situasi yang berlaku baginda menenangkannya. Peristiwa ini dirakamkan oleh al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. (al-Taubah: 40).
Umm al-Mukminin Khadijah binti Khuwailid r.a, srikandi Islam terulung yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Beliaulah insan yang selalu membantu Rasulullah SAW, sentiasa memacu semangat baginda untuk tetap meneruskan gerak kerja dakwah. Menyelimuti, mengasihi dan mendukungnya, dek dorongan cinta yang mendalam kepada insan yang paling jujur dan dikasihi Allah SWT.
Ikrimah ibn Abu Jahl r.a, yang selalu setuju dengan Rasulullah SAW dan sentiasa teguh hatinya. Beliau gugur pada Perang Yarmuk.
Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, ia meletakkan kepalanya di atas paha Khalid bin Al-Walid, seraya berkata dengan air mata yang mengalir dari kedua matanya: "Wahai paman, apakah kematian ini membuat Rasulullah reda kepadaku?" Pada saat kritikal seperti itu pun dia teringat Rasulullah SAW, dan keinginannya hanyalah agar Rasulullah SAW reda kepadanya.
Ali ibn Abi Talib pula pernah ditanya bagaimanakah kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata: "Demi Allah, Kami mencintai Rasulullah SAW lebih daripada harta kami, anak-anak kami ayah-ayah kami dan ibu-ibu kami"..
Demikian rasa taat setia dan kasih sayang para sahabat kepada baginda SAW. Apa jua situasi dan keadaan yang menimpa mereka, termasuk perselisihan yang mengakibatkan peperangan, dan sebagainya, ia sama sekali tidak mengeluarkan para sahabat dari landasan keredaan Allah SWT.
Mereka tetap mendapat keredaan Allah dan ganjaran nikmat syurga-Nya di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Hujurat: 9)
Sehubungan itu, sebagai umat Islam yang mengecapi nikmat hidayah, kefahaman dan kenikmatan Islam melalui kalam Allah, untaian sabda baginda dan pelestarian sunnah melalui pengorbanan dan jasa para sahabat r.a.
Sewajarnya kita perlu membuka kembali lembaran sejarah dan mengambil 1,001 rahsia dan hikmah tersembunyi berkenaan sikap para sahabat sebagai tindakbalas kepada peristiwa yang berlaku bukan sahaja dalam menyelesaikan permasalahan semasa, tetapi terus menerus menjadi panduan berguna bagi umat Islam setiap masa dan ketika.
Tindakbalas seumpama ini barangkali semakin pudar atau hilang dalam diri setiap muslim masa kini, sehingga menghilangkan kehebatan jati diri muslim sejati.
Melalui pengetahuan yang diperolehi dari usaha menjejaki sirah para sahabat r.a mampu mengembalikan kesedaran umat Islam dalam memahami tuntutan agama, seperti mana kefahaman dan kesefahaman tinggi para sahabat terhadap agama Islam. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan