22 Julai 2009

Jemputan : Forum Dakwah Harmoni pada Masyarakat Tionghua di Malaysia 26/07/09

Oleh : yahya lukman

Assalaamu'alaikum wrh wbt tuan-tuan sekalian.

Sukacita dimaklumkan, kami dari Masjid Jamek 'Ubudiah dengan kerjasama Hidayah Centre dan JIM Daerah Petaling menjemput tuan-tuan puan-puan mengimarahkan program kami yang bertajuk:

DAKWAH HARMONI PADA MASYARAKAT TIONGHUA DI MALAYSIA.

Forum ini akan diadakan pada

Tarikh : 26-07-2009 (Sabtu).
Tempat : Masjid Jamek 'Ubudiah, Seksyen 19, Shah Alam,
Selangor.
Masa : 8.00 mlm-10.00 mlm.
Audien : Masyarakat sekitar Shah Alam.
Jumlah audien : Sekitar 200 orang.

Bentuk penyampaian : Sesi Forum.
Moderator : Brother Danial Hakim Boey (012-2080284).
Panel 1 : Dr. Ann Wan Seng (016-3326717).
Panel 2 : Tuan Haji Sharin Low (012-3731999).

Kami dengan berbesar hati menjemput tuan-tuan untuk mengimarahkan sesi forum kali ini.

Segala persoalan bolehlah tuan-tuan menghubungi saya, Joannes; 013-3040834 & 03-4108 9669 atau Akh Morhalim; 013-3561278.

Allah sentiasa bersama para mujahidin. Terima kasih.

Yang ikhlas,
Joannes Bin Lukas.
Hidayah Centre.


Tiada ulasan: