22 Julai 2009

Kuala Selangor, Sri Manjung catat kualiti udara tidak sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara sedikit merosot pagi ini dengan dua kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Bacaan IPU yang disiarkan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi ini menunjukkan Kuala Selangor, yang berada dalam zon tidak sihat dengan bacaan IPU 106 semalam, kekal pada bacaan yang sama, manakala Sri Manjung yang berada dalam zon sederhana petang semalam, kini mencatat bacaan tidak sihat pada 104.

Bacaan IPU juga menunjukkan sebanyak 40 (80 peratus) daripada 50 kawasan yang dipantau di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU antara 51100, iaitu dalam zon sederhana, berbanding hanya 32 kawasan (64 peratus) petang semalam.

Antara kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuk Muar, Johor (81), di Selangor Petaling Jaya (84), Country Height, Kajang (87), Pelabuhan Kelang (94) sementara di Kuala Lumpur Batu Muda (94) dan Cheras (86).

Lapan kawasan lagi mencatat kualiti udara sihat termasuk Kangar, Perlis (36), di Sabah Keningau (42), Kota Kinabalu (39) dan Tawau (27), Limbang, Sarawak (32) dan Wilayah Persekutuan Labuan (41). BERNAMA-mStarOnline-

Tiada ulasan: