15 Julai 2009

Keputusan manek Urai.

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah seh, ana harap enta brkhidmat krn Allah.

BumiPerak berkata...

Allahu Akbar... Kelantan memang berbeza. Mungkin janji Jambatan, Kuala Krai daerah Metropolis dan lain ditagih sebabkan peralihan undi orang Kelantan.
Apapun PAS tetap kuat dikala asakan BN begitu hebat. TAHNIAH

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS, walaupun menang tipis tetapi menang juga. Ini satu peringatan pada PAS, jangan terlampau yakin akan menang sehinggakan ada yang semacam bongkak mengatakan akan menang lebih dari 2000 undi sebelum keputusan di sahkan. Mungkin Allah ingin mengajar PAS, terimalah pengajaran itu dengan hati yang terbuka. Juga ingat, PAS memerlukan undi dari sahabatnya orang Cina dan India, kerana jika semua pengundi Melayu maka undi akan terbahagi dua. Biarlah apa yang berlaku jadi pengajaran.

zackeye berkata...

Apa pun tahniah kepada YB Mohd Fauzi. Sekarang buktikan dengan perkhidmatan yang baik setanding dengan apa yang pernah diberikan oleh Allahyarham YB Ismail.

Tanpa Nama berkata...

Pemborong ikan menang dgn keputusan nyawa2 ikan jer heheheh

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah... Takbir! Takbir!... Jenuh tunggu dpn tv, result tak keluaq smp jam 10. Huh, kecewa sngguh tu. Manek Urai sket lagi nak dpt jmbt rm7juta...hahahhahaahhahah.

Adaman berkata...

PAS menang 65 undi... UMNO kalah 65 juta.. keh..keh..keh..

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Kajian terhadap jumlah pengundi yang keluar mengundi harus diambil kira termasuk jumlah undi rosak, merosotnya undi PAS, bertambahnya undi UMNO.

Mungkinkah ini tanda protes? Mungkinkah kepimpinan PAS sedang ditegur oleh rakyat bawahan?

Lihatlah dari sudut positif, nescaya kita mampu membuat perubahan pada diri sendiri, memperkuat kepimpinan dan jati diri.

Wassalam..

ghebakecik berkata...

YB! Kena kerja kuat lagi, kalau kat TT Serong orang keluar mengundi 87% boleh bungkuih PAS.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah.. doa pejuang2 islam makbul olehNya.. tahniah, tp kena postmoterm juger

Tanpa Nama berkata...

ada kiraan semula x?

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillahhhhhhhhhhhhh

KudaPerang berkata...

Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah SWT kerana tetap memberikan kemenangan kpd jemaah Islam.
Jemaah Islam dan penyokong2 PR mesti meningkatkan lagi daya usaha untuk menarik sokongan umum terhadap PR.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,

Antara hikmah majoriti rendah sebegini adalah:-

1. Pimpinan perlu bermuhasabah sesama sendiri, dlm keadaan PRK lain majoriti bertambah kenapa di Kelantan berkurang?

2. Ingatan kepada pimpinan supaya tidak terlalu yakin dengan tinjauan dan cula undi. Lihat sahaja kenyataan Pengarah Pilihanraya Negeri yang begitu yakin akan menang majoriti 2000.

3. Ingatan dari kerajaan atas langit supaya bersatu hati. Bukan rahsia pimpinan PRK Kelantan cuba meminggirkan YAB Presiden & YB Timb. Presiden. Sebagai manusia, sedikit sebanyak akan timbul kecil hati.

4. Mood pengundi yang susah dijangka.

5. Kenyataan pimpinan mengenai strategi parti dalam pilihanraya. Untuk apa menyatakan kepada masyarakat umum bahawa keselamatan dipertingkatkan pada pukul 3pm-5pm (2 jam terakhir)?? Banyak lompong yang boleh diisi di situ (samada oleh pemerhati (baca:pendokong parti) dan parti lawan)

6. Allah melarang terlalu mengagungkan manusia biasa walau sehebat mana pun dia. Jangan anggap seolah-olah semua tindakannya betul belaka.

Apapun menang tetap menang walau 1 undi. Takbir!!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Abe Uji

Sinar untuk Melayu Islam berkata...

Kita sanjung TG Nik Aziz dari segi ilmu dan kewarakkannya. Namun saya cukup sedih bila TG melatah depan wartawan dan pemberita. Isu kerajaan perpaduan sepatutnya boleh diselesaikan dengan kuasa "veto" mursyidul Am. Bukan melatah depan akhbar dan media.

Pimpinan PAS semua peringkat jangan cepat sangat keluar kenyataan bila diaju soalan oleh pemberita. Kalau melibatkan isu luar negara tak pe. Cakap la apapun.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH!!!!!!!PAS mmg hebat!!!!!!!!!!!!

muharikah berkata...

setuju dgn kebanyakan pndpt di atas. adakalanya kita terlalu yakin smpai lupa qadha' dan qadar Allah. Allah memberi kemenangan di saat kita tidak menyangka kita akan mendpt kemenangan, menang besar pulak tu(cthnya PRU 12), Allah bg kekalahan di saat kita menyangka dan terlalu yakin (terlalu yakin dgn diri sendiri) yang kita akan mendapat kemenangan, malah memperkecil dan memperlekeh pihak lawan, tambah2, PRK2 sebelum ni kebanyakan kita menang besar. bila terlalu yakin, timbul perasaan bongkak. jikapun diberi kemenangan besar, timbul perasaan angkuh, riak dsb bahawa kitalah manusia paling hebat, bijak dalam mengatur strategi. kita yakin, usaha kita semata-matalah yang telah memenangkan satu2 kawasan itu. kita akan lupa utk bergantung harap padaNya. apapun tahniah. semoga kemenangan tipis ini memberi pengajaran cukup bermakna utk kita mengatur strategi yang lebih baik, memperbaiki hubungan dan mdningkatkan tawakkal pdNya utk PRU-PRU yang akan dtg. takbirr!!!

Tanpa Nama berkata...

1. Tahniah kepada PAS/ PR. Insyaallah, majoriti yang kecil ini menjadi wadah menempa kejayaan akan datang.

2. Tahniah kerana membuktikan bahawa penjual ikan lebih diperlukan di Manik Urai berbanding orang yang "tinggi ilmunya".

3. Kepada yang tewas, terimalah dengan hati terbuka tanpa mengeluarkan kata-kata tidak berakal. BN juga menang dan memerintah negara dengan bantuan orang kafir.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Tahniah atas kemenangan di Manek Urai walaupun tipis. Mengikut analisis rambang, saya mendapati bahawa undi UMNO meningkat kerana isu pembangunan.

Generasi muda Kelantan yang telah berhijrah ke bandar-bandar telah melihat kelebihan yang ada di negeri-negeri dibawah tadbir BN dulu dan kini. Oleh itu mereka merasakan sudah cukup untuk merasa 'kekurangan' ini setiap kali pulang ke kampung. Oleh itu, isu pembangunan masih relevan dan UMNO pandai memanipulasi situasi.

Walaupun begitu, anak-anak muda yang inginkan pembangunan masih sayangkan pimpinan berlandaskan ISLAM, dimana UMNO tidak diyakini untuk memperjuangkan ISLAM sebagaimana PAS.

Sebab itu, undi terpecah kepada dua dengan pembahagian yang sama rata cuma lebihan 65 undi di pihak PAS. Oleh itu, pihak PAS perlu mencari strategi agar isu pembangunan yang dibawa dalam pilihanraya akan datang tidak dapat disuntik kepada masyarakat yang merasa kawasan mereka kurang pembangunan fizikal.

Penerangan secara berterusan bukan hanya sewaktu kempen perlu dilakukan. Setiap penerangan perlu sentiasa membuat perbandingan pembangunan fizikal dan pembangunan spiritual dan selepas itu melihat kesan atas pembangunan ke atas masyarakat dan sosial.. InsyaAllah, pembangunan spiritual akan lebih diingini sekiranya masyarakat tidak mudah dimomok dan terperdaya dengan pembangunan fizikal.

Inilah pengamatan dan temubual saya dengan beberapa orang Kelantan yang berada di perantauan. Bagi mereka, PAS masih relevan tetapi mereka inginkan pembangunan fizikal seiring dengan pembangunan spiritual. MEreka faham tekanan kerajaan PAS yang kurang perutukan kewangan, namun ramai lagi yang tidak faham tentang sumber penyaluran duit kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

Walau apapun, saya bersyukur atas bantuan Allah terhadap undi '65' ini. Kami di perantauan sentiasa menginginkan 'harmoni' antara dunia dan akhirat.

Salam dari New Zealand

Tanpa Nama berkata...

Kamik tok dari sarawak, iboh guna istilah "kafir" jaik gilak bunyinya...

orang sarawak.

ubatkuat berkata...

ALHAMDULILLAH,,SIKIT ATAU BANYAK MAJORITI,,SAMA SAMA KITA RENUNGI MESEJ DARI DUN MANIK URAI NI,,SAYA BERPENDAPAT MANIK URAI BUKAN KUBU SESIAPA TAPI BIJAK NYA MEREKA MEMILIH CALON ADALAH PENENTU SEGALANYA DENGAN IZIN ALLAH

ALHAMDULILLAH,,TAKBIR

Abdullah Ngah berkata...

PAS kena lihat kedalam diri dan jangan asyik lihat dekat luar sahaja.

Ingat, jaga agama Allah jangan pakai hawa nafsu.

Tanpa Nama berkata...

Ada hikmah disebaliknya....sama2 kita renungkan, kenikmatan dugaan kemanisan kesabaran .ALLAH beri segala cubaan dan rintangan kpd yg disayanginya...bersyukurlah apa yg ada,insyaallah akan ditambah dngn izinnya.

Hj Mat berkata...

Tahniah diatas kemenangan, Pas Menang dalam kalah,
BN menang dalam kalah,Oleh yang demikian YB yang baru ni harus berkerja lebih keras dan kerap turun padang melihat rakyat merhaen,ikutilah cara hidup Tuan Guru Hj Nik Aziz,rakyat akan lihat apa yang anda buat dari A to Z

Tanpa Nama berkata...

tahniah PAS walauupun saya berprndapat tuan aziz tuan mat jauh lbh bagus drp md fauzi abdullah...apa² pun jangan terlampau bangga dan hendaklah bekhidmat utk rakyat sebaik²nya kalau x rakyat akan bertukar arah pada pemilihan raya akan dtg...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,izin Allah PAS menang juga walau pun menang tipis.Kena buat post-mortem sekarang.Carilah apa kehendak pengundi setempat.Pada yang menang buktikan dengan khidmat bakti kepada rakyat.BN-UMNO pun buat post-mortem juga.Tentu mereka berfikir kenapa mereka kalah walau telah menggunakan kelengkapan dan kemudahan semaksima yang ada.Kepada yang suka buat janji,tunaikanlah janji.Itu adalah amanah yang mesti dilaksanakan.