13 Julai 2009

Kontroversi tanah kubur ‘tergadai’

Email Oleh : mohd naim mohd zain
Oleh ROSLI HASSAN
rosli@kosmo. .com.my



MELAKA – Nasib kira-kira 200 kubur di Tanah Perkuburan Datuk Rambun, Limbongan di sini kini dalam keadaan tidak menentu apabila kawasan tanah wakaf tersebut dilaporkan ‘dijual’ kepada individu tertentu.

Kontroversi bermula apabila individu tersebut mendakwa membeli tanah itu tanpa mengetahui ia adalah sebuah tanah perkuburan.



Berikutan itu, pemilik tanah berkenaan kini menuntut supaya semua kubur di situ dipindahkan dan pihak jawatankuasa penduduk Kampung Limbongan pula sukar mempertahankan tanah berkenaan kerana ia diwakafkan tanpa dokumen yang sah.

Sidang Kampung Limbongan, Mohamad Abdullah (gambar), 60, ketika ditemui berkata, tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun dengan keluasan 557 meter persegi itu adalah sebahagian daripada tanah beralamat Lot 469.

Menurutnya, dia diberitahu, tanah itu dibeli oleh seorang individu menerusi satu lelongan bank pada tahun 2002 setelah pemilik asal gagal menjelaskan pinjaman bank.

1 ulasan:

PendekarLaut berkata...

ana penah tengok sinetron dr indonesia,bala yg akan menimpa seseorg yg menjual sesuatu benda yg telah diwakafkan...dan tak mustahil akan terjadi pd individu yg terlibat pd brite diatas...
ketua menteri rasuah harap dapat bg pejelasan..