05 Julai 2009

SEJARAH TAK MUDAH DILUPA...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Hati ini begitu terpanggil untuk membawa pemikiran hadirin terhadap sejarah yang tak akan saya lupa sebagai seorang Melayu. 1. Tragedi penduduk Pantai Tanah Merah Tanjung Kling Melaka yang kini kampung tersebut telah berdiri Petronas yang gah di Melaka. Disini sewaktu kecil saya pernah bermain2 di pantai tersebut, berkelah, menjala ikan dan beramah mesra dengan penduduk di situ.

Teringat Nek Lijah yang sibuk melayan karenah kanak2 yang bermain di situ, Pak Bakau menyusun ikan di pelantar dan bermacam2 lagi. Namun, segala2nya di sini tinggal memori. Kerana apa? Petronas! Memang kita tidak menolak pembangunan tapi sejarah tidak pernah lupa bahawa itu adalah perkampungan MELAYU.

Siapa punya angkara? Tanya Rahim Tambi Chik dan Ali Rustam. Tanya juga Ali Rustam, apakah slogan penduduk kg tersebut menyambut ketibaannya ketika hendak memberitahu tanah tersebut di ambil untuk mendirikan Petronas. Tanya juga Ali Rustam dan Rahim Tambi Chik berapa pampasan yang dibayar? Adakah berbaloi? Tanya juga warga Malaysia, siapa punya angkara hingga hilang KG YANG MAJORITINYA MELAYU DI MELAKA?

Kg Plentong Baru Johor. Banyak berita tidak diketahui dengan sebenarnya tentang peristiwa di situ. Ini kerana media arus kerajaan menutupnya agar 1 Malaysia tidak tahu. Adakah kita pernah bertanya kepada penduduk kg tersebut, betapa deritanya mereka dalam menghadapi FRU?

Sudi saya ingin bertanya kepada rakyat Johor yang dikatakan Umno begitu kukuh disitu, siapakah yang majoriti duduk di situ? Bukankah MELAYU. 1 Malaysia bukalah youtube, tengok kesengsaraan mereka menghadapi serangan demi serangan dalam mempertahankan kg tersebut. Tepuk dada tanya Umno? Kalau nak tahu lebih lanjut realiti kebenarannya tanya sahabat saya ketua pemuda pkr saudara Samsul Iskandar.

Hari ini kecoh di kg Buah Pala pula pengambilan tanah disitu. Saya lihat media kerajaan BN begitu memainkan peranannya seperti hendak menutup perkara yang sebenarnya. Gerakan pun berpura2lah kononnya nak membela. Mengikut sumber yang boleh dipercayai dan fakta sejarah, penyerahan tanah kg tersebut ditandatangani oleh Ketua menteri sebelum ini.

Betul atau tidak cuba tanya presiden gerakan tersebut. Teringat saya apa yang dikatakan oleh MB Rakyat MB Nizar, tanah di Lekir Perak tidak mampu diselamatkan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia telah ditandatangani kerajaan BN sebelum ini. Jika hendak diselamatkan juga, kosnya terlalu tinggi yang tidak boleh ditampung oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

1 Malaysia, siapakah yang menipu kita selama ini? Tengok apa yang terjadi di Perak sekarang, pengeluaran balak begitu berleluasa sekarang. Sempat saya tanya kepada pemandu lori balak tersebut, tahu apa mereka kata? Takut dibubar dun Perakni tak masuuuuuklah...Apa yang saya cerita diatas sebagai renungan untuk kita berfikir. Sesungguhnya SEJARAH TAK MUDAH DILUPA.. Wallahuaklam.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TERIME KASIH PENULIS KERANA MENGINGATKAN SAYA TENTANG SEJARAHTU. MEMANG SEJARAH TAKKAN DILUPA.

Tanpa Nama berkata...

saya hairan saudara mengatakan yang saudara tak akan lupa sebagai orang melayu. bila masa nya yang awak ini orang melayu. sedarlah yang saudara ini orang cina yang beragama islam. banyak beza nya tu. saya hairanlah banyak kali saudara berkata begitu. melayu tetap melayu, cina tetap cina. islam tetap islam.

sayang tgna berkata...

tanpa nama 7/4/09 8:24am faham ke camne nak baca blog ni. cuba tgk betul2, sape yg tulis...ANAK KOMANDO REJ 1 penulisnya. bukannya YB Idham... itu pun tak kena terangkan ke...ish222...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Jika berasaskan apa yang tercatat di dalam blog http://www.abjadmalaysia.blogspot.com/. Tak ada salahnya seseorang berketurunan Cina atau India beragama Islam nak mengatakan dirinya Melayu, kerana melayu adalah salah satu bangsa yang dibentuk atas persaudaraan Islam. Cuma sekarang, perlembagaan dan semangat bangsa yang tak berpenghujung yang menyempitkan definisi ini. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

hoi, tanpa nama (7/04/2009 8:24 AM )...kau ni bangangkah? Penulisan ni dari orang lain lah, bukan YB Idham, YB hanya post kan kat blog dia....lain kali, baca betul2 dulu.....

ubatkuat berkata...

itulah standard budak tadika keluaran UBN

Tanpa Nama berkata...

hangpa ini semua keluak dari tadika PASTI, itu lah sebabnya tak tau hal dunia luar. Orang dah sampai ke bulan, hangpa masih merenung bulan je..... sampai bila? orang fanatik ni susah nak ajak berbincang. cuma nampak bulan je.... hi letih lah.

sMan berkata...

Yang sampai ke bulan tu sape? UMNO ke? Buat ape sebok tumpang kebaggaan bangsa lain sampai ke bulan. Tengok bumi yang dipijak ni dulu. Lihat kekerosakan dan kezaliman yang puak kamu buat. Cite tentang bulan. . . porah!!

Tanpa Nama berkata...

bertapa ceteknya pendirian saudara, antara melayu, india, cina dan islam. Melayu tetap melayu, india tetap india, cina tetap cina. Itu bangsa masing-masing. kita tidak boleh menidakkan nya. tetapi islam ini lain. islam untuk semua bangsa, samaada melayu, cina, india, arab, inggeris dan sebagainya. itu sebab allah menjadikan umat ini berbangsa-bangsa. dia cuba untuk menguji kita..............

al amin ahmad berkata...

tak paham saya yang saudara2 sekalian pakat dok berbalah dalam hal ni...saya malu dengan bangsa melayu sendiri..ALHAMDULILLAH laaa kalau ada orang bangsa lain sanggup mengaku jadi melayu...yang realiti tu tetap realiti..tapi sesekali kita terima jer la..tak salah pun..ISLAM boleh terima orang beragama lain menganuti ISLAM...takkan melayu tak leh terima kaum lain nak mengaku melayu?
MELAYU MUDAH LUPA BETUI!!

sman berkata...

Elok jika ada usaha mendokumenkan sejarah seperti ini supaya semua rakyat masa kini dan masa hadapan dapat mengetahuinya. Boleh diusahakan mengikut negeri dahulu kemudian dikumpulkan menjadi satu buku.

ubatkuat berkata...

memali???

Tanpa Nama berkata...

IBRAHIM ALI?

Tanpa Nama berkata...

katak ong ong ong