29 Ogos 2009

Adun Umno takut lompat parti - PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos: PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.

Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.

TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.

Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."

Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.

Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.

Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.

12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Selepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.

Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.(gambar atas)

Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.

Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau.

HarakahDaily/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mereka melompat untuk kaya, bukan mahu jadi miskin, menetang ahmad said kerana telah menjadi sedikit miskin berbanding semasa idris jusoh, nak cari dunia bukannya akhirat... tolak UMNO

Abdullah Ngah berkata...

Memang benar wakil rakyat BN mana mana di Malaysia ini hendak kumpul harta, hatta wakil rakyat Bn Terengganu sekali.

Sekarang ini kedudukkan wakil rakyat Terengganu memang sudah gagal untuk mengumpul harta, kerana menentang Ahmad Said.

Dalam UMNO sesiapa yang menentang ketua sudah tentu gagal buat apa sahaja hatta mahu kumpul harta.

Kumpulan Datuk Rosol Wahid jangan diharap kamu berjaya untuk mengumul harta selagi kamu tidak sokong Ahmad Said, kecuali Datuk Idris Jusoh yang sudah banyak harta.

Idis Jusoh tidak kesal sangat dengan harta, sebab dia sudah banyak harta. Tapi bagaimana dengan orang lain.

Kalau kamu menentang ahmad Said dan menyokong Idis Jusoh maka itulah nasib kamu. Kamu akan menerima nasib malang yang sangat malang.

Oleh itu jangan takut lompat parti, kerana kedudukan kamu sudah tidak selamat lagi.

Kalau kamu kekal dalam UMNO sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti, sudah tentu nama kamu tiada lagi dalam senarai calon.

percayalah.

Jangan diharap kamu akan dipilih menjadi calon dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Percayalah.

Saya kenal Ahmad Said. Beliau adalah seorang pendendam macam juga Idris Jusoh.

Jadi, jangan takut untuk lompat parti. itu pun kalau mahu selamat dalam politik semasa macam macam ada hari ini.

Percayalah jika orang yang menentang Ahmad Said tidak lompat parti maka kreria politik mereka pasti berakhir juga akhirnya.

Jika tentang ketua dalam mana mana parti politik sekalipun pasti malanglah nasib mereka.

Oleh itu jangan takut buat perhitungan. Lompatlah agar hati tidak sakit macam sakitnya hati masing masing semasa jadi wakil rakyat sekarang.

Kalau lompat pasti selesai, malah ada yang jadi menteri besar dan barisan EXCO dan barangkali boleh kekal menjadi calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

InsyaAllah. Mudah mudahan penyakit yang dihidapi sembuh tidak lagi menderita dan kecewa.

david ahmad muniandy berkata...

kalau dah ramai orang amno lompat parti, orang2 dalaman amno akan memikirkan perkara yang tak masuk akal mesti guna kuasa polis masuk rumah tangkap habis-habis orang pakatan rakyat. ataupun buat perkara yang tidak diingini.

Tanpa Nama berkata...

saya tidak setuju jika puak2 rosol wadid lompat parti pasuk pkr.. sebab meraka semua ni tidak iklas untuk untuk perjuangkan hak rakyat, tapi mereka tidak puas hati dengan mad said,keran tidak boleh kumpul harta..

ketahui tentang EMAS ANDA
http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=metro0909